"Baby?" Tegur Ayden sambil tangannya memaut bahuku. "Are you okay?" Soalnya kedengaran risau. "Baby sakit kat mana-mana ke?" Soal Ayden lagi. Jari-jemarinya mengesat air mataku yang sedang galak jatuh. Badanku ditarik ke dalam pelukannya.
Aku angguk perlahan. Masih terhinggut-hinggit dalam tangisan.
"I papah turun bawah ya?" Tangannya sudah di pinggang aku. Sebelah lagi mengusap perlahan belakangku seolah ingin meredakan tangisanku.
"No." Balasku sepatah. Laju sahaja aku menolak pegangannya.
"Degil kan?" Bentak Ayden geram. Dia kembali memaut pinggangku.
Belum sempat aku menepis, Ayden sudah mengangkatku dan sekaligus tanganku memaut leher Ayden.
Wajah aku rapatkan ke dada Ayden. Airmata masih mengalir tanpa henti. Perasaan sayu menyapaku sebaik terpandang wajah Ayden.
"Kenapa you buat I macam ni?" Aku tanya Ayden dalam esakan.
"I angkat baby nak bagi senang sikit turun pun salah ke?" Soal Ayden semula.
"I heard you." Aku cakap dalam esakan. Jujur. Aku sudah malas berteka-teki dan memendam perasaan.
Terasa badan Ayden mengeras namun dia tidak membalas. Kakinya terus menapak ke tingkat bawah dan akhirnya dia dudukkan aku di sofa sebelum turut duduk di sebelah aku.
"Kenapa sayang diam?" Aku soal Ayden dengan tangisan yang sudah sedikit reda.
Ayden pandang aku dalam dan jarinya menyeka airmataku.
"Baby it's a long story." Ujarnya sambil ketap bibir.
"I'm not in rush." Aku balas selamba tanpa pandang Ayden. Sekaligus memberitahunya bahawa aku inginkan jawapan darinya hari ini juga.
Ayden menghela nafas panjang. "Baby nak tahu which part?"
"Who is she and why did you lie to me?" Aku cakap tanpa pandang Ayden. Entah kenapa aku terasa seperti ditipu.
"I kenal dia masa I belajar kat UK. We were in relationship and she got pregnant, masa tu I dah broke up dengan dia tapi since Nely mengandung, I get back dengan dia and we had a daughter." Ayden terdiam seketika. Terbias riak sedih di wajahnya.
Aku fokus mendengar cerita Ayden.
"Setahun kemudian dia meninggal. Even dari dia lahir pun dia dah selalu sakit. Maybe sebab lifestyle Nely masa mengandung suka minum arak, merokok. Bila Ariana meninggal, I broke up with her for good." Jelas Ayden lagi namun aku tidak membalas.
"I tak pernah contact dengan dia langsung, dia ada cuba contact I tapi I tak pernah layan. Not until today." Ayden pandang aku dengan riak serba salah.
Ayden capai kedua belah tanganku dan dia usap perlahan. "I nampak suprise baby, I thought nak celebrate so I minta Nina carikan I any event planner yang boleh ambil job last minute. I tak tahu yang Nely sebenarnya co-owner kat situ. Tadi dia datang dengan staff dia, tapi kebetulan baby balik masa staff dia turun ambil barang dalam kereta. So yea, plan I turned out jadi lain. I minta maaf sebab buat baby sedih. I takde niat pun." Sambung Ayden panjang lebar.
"So sayang ada berapa orang anak?" Aku tanya Ayden sinis.
"Sorang. Ariana was the only one. Serius relationship I ada dua je. One with Nely and one with Elaina." Jelas Ayden cuba membela dirinya.
Aku senyum sinis. "Then how about me?"
Ayden mengeluh dengan soalan aku. "Baby tanya soalan apa ni. Kalau tak serius, I tak kahwin dengan you tau." Balasnya seakan merajuk.
YOU ARE READING
AYDEN, My Kryptonite ♥️
RomanceLelaki psycho! Itulah tanggapan pertama sewaktu bertemu dengannya. Kemalangan kecil yang menjadi permulaan pertemuan demi pertemuan diantara Keisha Yasmin dan Ayden.