Terasa pipiku disentuh lembut dan sesekali dahiku dikucup. Mata aku buka perlahan. Terpandangkan sengihan Ayden yang melebar.
Ayden duduk birai katil dengan singlet dan boxer. Menandakan dia sudah mandi kerana itu memang pakaian rasmi Ayden di rumah.
"Good morning baby." Tegurnya sambil mengucup dahiku sekali lagi.
"Morning sayang." Balasku sambil bangun dari tidur. Tangan pula mencapai telefon di sisi katil.
Mataku hampir terbeliak melihatkan waktu sekarang. "Pukul 11.30 dah?" Soalku seakan tidak percaya. Semenjak berkahwin aku tidak pernah bangun selewat ini.
Sedikit sebanyak nasihat opah sewaktu di kampung dahulu aku guna pakai meskipun aku secara zahirnya dengan dia tak ngam.
Aku bangun dan sandarkan badan ke kepala katil. "Sorry sayang, I tak sedar langsung. You mesti dah lapar kan?" Aku menyuarakan kebimbanganku.
Wajah Ayden aku pandang dengan rasa bersalah. Hidup berdua tidak boleh disamakan dengan zaman bujang dahulu.
Selalunya kami akan keluar di hujung minggu untuk bersarapan di kafe terkemuka memandangkan Ayden merupakan penggemar kopi. Tak minum kopi masa breakfast, boleh huru-hara hidup dia.
Ayden masih tersengih. "No worries, I tahu semalam you tak boleh tidur kan? Sakit lagi ke?" Soalnya penuh prihatin. Tangan kini berada di perutku. Dia mengusap perutku lembut.
Aku mengeleng perlahan. "Tak sakit dah, semalam I jumpa tukang urut power. Thanks sayang, sebab I, dengan you pun tak boleh tidur." Sedikit sebanyak aku merasa bersalah dengan Ayden.
Sudah lama aku tidak diserang senggugut teruk seperti semalam. Hanya mampu baring dan tidak boleh bergerak. Ari-ariku terasa menyucuk dan pinggangku sangat sakit.
Ayden membantu menuam perutku dan mengurut kemudiannya bagi melegakan kesakitanku.
Kedua belah tangan Ayden mengusap pipiku. "Baby, kalau you tak sihat, siapa lagi nak jaga kalau bukan I?"
Aku mengangguk perlahan. "Sayang ok? I minta maaf, takde rezeki lagi bulan ni." Ucapku sambil menekap kedua belah tangan di atas tangan Ayden.
Teringatkan perbualan beberapa minggu lepas bersama nenek Ayden dan betapa terujanya Ayden apabila nenek mengutarakan perihal anak kepada kami. Aku jadi serba salah dengan Ayden.
"It's okay baby. I boleh spend more time dengan you." Balas Ayden dengan tawa kecil. Lantas bibirnya mengucup dahi aku.
"Anyway, I made you breakfast. Sayang nak makan kat sini or kat dapur?"
Mataku terbuntang luas. Biar betul apa yang aku dengar.
Wow. Ni biar betul Ayden sampai masak breakfast.
"Mana-mana pun boleh. Tapi I nak sayang suap I." Sengaja aku tayang muka comelku. Bukan selalu dapat bermanja dengan Ayden. Sebelum ni asyik bergaduh je.
"Ok, you cuci muka and gosok gigi dulu. I ambilkan makanan." Jawab Ayden sambil menarik selimut yang membaluti tubuhku. Badanku ditarik bangun dari katil.
"Aye aye captain."
Keluar sahaja dari bilik air, telefonku berbunyi menandakan ada panggilan masuk.
Skrin telefon aku pandang dengan kerutan di dahi. Panggilan diterima daripada Zharif. Tidak pernah dia menelefonku sebelum ini malah kami hanya berhubung melalui group WhatsApp. Kalau dia nak sampaikan sesuatu, dia cuma mention nama aku.
Tanpa berlengah, aku menyeret skrin telefon untuk menjawab panggilan Zharif. Mungkin dia ada hal penting.
"Hello?" Sapaku sepatah.
YOU ARE READING
AYDEN, My Kryptonite ♥️
RomanceLelaki psycho! Itulah tanggapan pertama sewaktu bertemu dengannya. Kemalangan kecil yang menjadi permulaan pertemuan demi pertemuan diantara Keisha Yasmin dan Ayden.