Dah baca jangan lupa vote and comment ya 🤗🤗
Dadaku terasa benar-benar sakit dan hidungku terasa perit. Aku terbatuk beberapa kali.
Mata aku buka perlahan. Terpandangkan wajah cuak Ayden yang agak berbalam sedang memangku badanku.
Aku kuatkan diri untuk bangun meski badanku terasa lemah. Terasa tangan Ayden menolak aku untuk membantu aku bangun. Badan Ayden aku rangkul erat sebelum aku teresak perlahan di dadanya.
Terasa tangannya mengusap-usap belakangku lembut. Menenangkan.
"You okay?" Soalnya lembut. Masih setia mengusap belakangku kerana sesekali aku masih terbatuk.
"Sakit." Balasku sepatah hampir tidak terkeluar suara kerana tekak yang sangat perit.
"Keisha Yasmin!" Terdengar jerkahan kuat memanggil namaku membuatkan mataku terbuka luas.
Kelihatan Ayden sedang merenungku tajam beberapa meter di hadapanku.
Fikiranku menjadi bercelaru seketika. Kalau di hadapanku adalah Ayden, jadi siapa yang aku peluk?
Takut-takut aku memalingkan wajah untuk melihat lelaki di sebelahku. Meski hati aku kuat mengatakan bahawa orang itu ialah Adam, separuh hatiku berharap agar aku memeluk orang lain.
Terasa pelukan dilepaskan.
Adam bangun dan cuba menghampiri Ayden.
"Ayden, kau salah faham ni." Ujar Adam sebaik menghampiri Ayden yang wajahnya sudah merah padam.
"Kau jangan campur urusan aku dengan Keisha!" Marah Ayden.
"Ayden.."
Belum sempat Adam bersuara, badannya sudah ditolak oleh Ayden sebelum dia melangkah laju menghampiriku.
Tanganku direntap kuat oleh Ayden sekaligus dia menarikku untuk bangun.
"Sakit sayang." Aduku perlahan sebaik dia menarik aku berjalan mengikutinya ke dalam rumah.
"Hati I lagi sakit!" Bentaknya kuat.
Aku terdiam dengan balasan Ayden dan hanya memilih untuk menuruti langkahnya sahaja meskipun pergelangan tanganku terasa sakit.
"Ya Allah kamu kenapa ni Keisha basah lencun. Jatuh dalam kolam ke apa?" Soal mama sebaik kami menapak ke dalam rumah.
Dia yang baru keluar dari arah dapur segera menghampiriku dengan riak terkejut.
"Haah ma." Jawabku pendek.
"Mama bagi Along masuk bilik dulu dengan Keisha. Nak bagi dia mandi tukar baju dulu." Cantas Ayden sebaik aku menjawab soalan mama.
"Ha yelah, kesian mama tengok Sha ni dah menggigil-gigil. Bawa dia naik cepat, nanti demam pula." Terpancar riak risau mama.
Aku kembali menuruti Ayden tanpa sebarang kata.
Masuk sahaja di dalam bilik tidur, Ayden menolakku ke dalam bilik air.
"I nak you mandi bersihkan diri." Arah Ayden. Langsung tiada senyum di wajahnya.
"Sayang I minta maaf." Ucapku dengan tubir mata yang berlinang.
Belum sempat aku mencapai tangan Ayden, dia sudah melangkah ke belakang, menjauhiku.
"Mandi. Now." Arahnya tanpa perasaan.
Terdiam dengan arahan Ayden. Aku menutup pintu bilik air dengan hati yang berat. Entah kenapa aku merasa tidak sedap hati.
Usai mandi, aku keluar dengan hanya memakai tuala.
Ayden aku lihat sedang menaip di dalam ipadnya. Sebaik sahaja dia terperasankan aku yang baru keluar dari bilik air, dia segera menghampiriku.
YOU ARE READING
AYDEN, My Kryptonite ♥️
RomanceLelaki psycho! Itulah tanggapan pertama sewaktu bertemu dengannya. Kemalangan kecil yang menjadi permulaan pertemuan demi pertemuan diantara Keisha Yasmin dan Ayden.