-
-
-
-Sampai je kat rumah, kitaorang semua kemas apa yang patut terutama kemas bilik masing masing. Rumah yang baru ni pun lagi besar dari rumah lama. Rumah lama cuma appartment. Bilik pun dapat sorang satu. Tak perlu dah aku nak kongsi bilik dengan Yoomin lagi macam rumah lama.
"Unnie, gosokkan uniform sekolah aku sekali boleh tak?" Soal Yoomin yang jengahkan kepalanya depan pintu bilik aku. Kebetulan masatu aku tengah gosok uniform sekolah aku.
"Hidup kau tak payah pemalas sangat. Kau ada iron sendiri kan? Gosok sendiri." Arah aku selamba.
"Tolong adik sendiri pun tak boleh." Rungut Yoomin sendiri. Aku tampar jugak kang anak Tuan Park dengan Puan Park yang bongsu ni kang. Yoomin bebel bebel sambil jalan masuk bilik dia. Malas aku nak layan dia.
Aku tengok lencana sekolah aku.
"Sekolah Tinggi Shinhwa." Ujar aku sendiri. Esok dah mulakan hidup baru kat sekolah baru. Harap aku ada lah kawan kawan yang baik baik.
Selesai gosok baju uniform aku, aku baring sambil scroll tiktok. Aku tiktok user tapi sorry aku bukan minah gelek tiktok eh- aku kaki scroll tiktok je.
Puas aku scroll, and tahan aku berhenti kat satu video ni.
"Boyfriend online?" Aku slide ke kanan sebab nak tengok profile dia. Video seorang lelaki yang gelarkan diri dia boyfriend online. Muka dia memang familiar gila.
"Dobbykim?" Soal aku sendiri. Aku tengok video dia.
"Sayang? Dah makan ke?"
Berkerut muka aku tengok reaksi dia dalam video tu.
"Kenapa tak makan lagi ni aegi?"
Tapi sumpah senyuman dia mampu mencairkan perempuan. Followers dia ramai weh. Like dia, komen dia. Berlambak perempuan je. Lelaki yang komen pun sebab insecure- wtf-
"Kajja makan. Baby suap okay?"
Eh jap- ni bukan ke mamat siang tadi kat kedai tu?
"JINJJA?!" Jerit aku terus duduk sambil tenung video muka dia yang aku pause.
"Omoo! Dia ni lah!" Aku cepat cepat keluar dari aplikasi tiktok tu and simpan telefon. Aku malas nak ingat pasal dia tu lagi. Buang masa, buat sakit hati.
Aku tutup lampu lantai bilik aku and aku siap sedia untuk tidur.
-
-
-
-Keesokan paginya, aku dengan Yoomin bersiap sedia nak ke sekolah baru. Mama pun guru dekat sekolah tu, senanglah kitaorang nak pergi sekolah. Tak perlu naik bas.
Kitaorang satu keluarga sarapan dulu sebelum keluar rumah. Masakkan mama jaranglah tak sedap.
"Harini papa dah mula kerjakan? Mesti papa busy kan?" Soal Yoomin.
YOU ARE READING
[ C ] Buaya Darat Classmate Aku
Fanfiction[ KIM DOYOUNG FANFICTION ] Park Yoojung yang tak sengaja mencabar seorang buaya darat iaitu Kim Doyoung. Aku takkan percaya dengan lidah buaya! Start : 05/05/2021 End : 05/08/2021 Status : complete ✅ © ayamgoleknyah #1 treasure [ 02/08/2021 ] #1 kim...