-
-
-
-Doyoung tarik aku masuk kelas. Masuk je dalam kelas, satu kelas diam pandang aku dengan Doyoung.
"Aku cuma nak bagitahu, video yang tengah viral sekarang ni. Ye memang betul itu aku dengan Yoojung. Tapi masatu kitaorang bergaduh and semua salah datangnya dari aku. Aku layan yeoja lain depan Yoojung. My mistake." Ujar Doyoung yang berdiri depan kelas sambil pegang tangan aku. Dia tipu, padahal gaduh sebab aku tak ikut cakap dia. Why dia menipu macamtu?
"So aku harap korang bolehlah report video tu and account yang post video tu. Benda tu privasi kitaorang sebagai pasangan kekasih. No need untuk sesiapa ganggu privasi kitaorang." Sambung Doyoung lagi.
Semua pandang sesama sendiri and mengangguk. Memang betul betul idola lah Doyoung ni. Semua orang percaya and dengar cakap dia. Tak peliklah, orang goodlooking memang akan disanjung hm :) aku ni? Kentang je :) kalau tak kerana Doyoung, mesti aku jadi kuli kat sekolah ni.
-
-
-
-Masa rehat, aku rehat dengan Sejeong and Jeongwoo. Lama tak rehat dengan diorang.
"Weh Yoojung, yang viral dekat page sekolah tu betul ke?" Soal Sejeong. Uhuk! Tersedak aku.
"Gwaechanayo?" Soal Jeongwoo. Aku mengangguk.
"So, kau memang dah putus ke dengan Dob- aniy maksud aku Doyoung?" Soal Jeongwoo lagi. Sejeong pandang Jeongwoo.
"Takkanlah diorang putus, Doyoung sayang gila kot kat Yoojung." Balas si Sejeong. Aku mampu diam and mengangguk je. Tak tahu nak respond apa lagi.
"Kau sayang ke dekat Doyoung tu?" Soal Jeongwoo lagi kepada aku. Lagi sekali, soalan Jeongwoo tu aku tak mampu jawab. Aku cuma tahu Jeongwoo lelaki first yang aku suka. Bukan suka, but lebih kepada minat. Dia menarik perhatian aku.
"Tak, asal kau tanya benda macam tu Jeongwoo? Takkanlah Yoojung tak sayang Doyoung. Kalau tak sayang, takkan Yoojung terima Doyoung jadi namjachingu dia. Ishh kau ni Jeongwoo." Nyampuk si Sejeong lagi. Lagi sekali jugak, aku cuma mengangguk.
"Dah tentunya Yoojung sayang aku. Kan sayang?" Muncul Doyoung dari arah belakang aku.
"Huh kkamchagiiii!" Sejeong terkejut dengan kehadiran Doyoung secara tiba tiba. Aku pun terkejut.
"Kajja chagi." Ujar Doyoung. Aku angguk and ikut Doyoung.
"Nanti kita rehat lagi arraseo?" Soal aku kepada Sejeong dan Jeongwoo.
"Arraseo!" Balas Sejeong sambil lambai tangan ke arah aku. Jeongwoo cuma mengangguk.
-
-
-
-Balik sekolah Doyoung teman aku balik. Sebab mama pun ada meeting dekat sekolah lain and Yoomin keluar dengan kawan kawan dia.
Dalam bas Doyoung berdiri sebelah aku. Yelah, waktu macamni ramai orang. Memang tak dapat duduk.
YOU ARE READING
[ C ] Buaya Darat Classmate Aku
Fanfiction[ KIM DOYOUNG FANFICTION ] Park Yoojung yang tak sengaja mencabar seorang buaya darat iaitu Kim Doyoung. Aku takkan percaya dengan lidah buaya! Start : 05/05/2021 End : 05/08/2021 Status : complete ✅ © ayamgoleknyah #1 treasure [ 02/08/2021 ] #1 kim...