-
-
-
-Dalam kelas, Doyoung tak masuk kelas lagi. Aku letak kepala atas meja. Memang tak boleh tidur aku semalam sebab? Sebab tak boleh tidurlah. Semua salah si Yoomin tu kacau aku. Spam chat mintak tolong aku. Haih menyusahkan aku betullah.
Tiba tiba ada satu tangan cuit pipi aku. Terkejut beruk aku. Aku cepat cepat angkat kepala cari siapa yang cuit aku tu. Depan muka aku Doyoung pandang aku sambil tersenyum.
Aku gelabah kebelakangkan badan aku. Macam nak bercium bodoh aku dengan dia. Disebabkan aku gelabah, aku hampir terjatuh tapi tangan aku ditarik Doyoung. kedepan aku terus berdiri peluk Doyoung. Satu kelas pandang aku dengan Doyoung.
"Aduhh, jangan begini Doyoung. Aku single ni." Ujar Daniel mengusik. Satu kelas gelak. Aku cepat cepat tolak Doyoung lalu betulkan tie sekolah aku. Haih buat malu jelah kau ni Yoojung.
"Mianhae." Ujar aku, cepat cepat aku duduk. Doyoung pandang aku.
"Mwo? Mian? Untuk apa?" Soal Doyoung.
Aku menggeleng. Asal dengan kau Yoojung?! Pabo?! Tetiba mintak maaf? Pabo! Pabo! Pabo! Doyoung tergelak kecil pandang Yoojung.
-
-
-
-Waktu mata pelajaran pertama dah tamat. Tunggu cikgu lain pulak masuk. Kebetulan cikgu tu cuti sakit. So kelas takda cikgu sekarang ni.
Aku luangkan masa dengan baca novel aku. Nak scroll tiktok malas, nanti yang keluar fyp manjang je Doyoung. For what aku nak tengok video dia? Sedangkan ngadap hari hari pun aku meluat dengan sweet talker dia. So aku baca jelah novel.
"Yoojung?" Panggil Doyoung. Aku cuma menganggukkan kepala aku memberi isyarat iya kepada dia.
"Aku nak tanya sikit boleh?" Soal Doyoung. Aku terdiam. Jarang dia macamni.
"Semalam kau ada jumpa Jay ke?" Soal Doyoung.
Aku toleh pandang dia. Macam mana dia tahu? Jeongwoo ke bagitahu? Tak mungkin. Sedangkan dia tak bertegur pun dengan Jeongwoo. Macam mana dia tahu? Siapa bagitahu dia?
"Sayang?" Panggil Doyoung lagi. Aku gelabah toleh pandang dia.
"Mw-mwo?" Soal aku semula.
"Kau ada jumpa Jay ke semalam?" Soal Doyoung lagi sekali. Aku mengangguk.
"Dia buat apa dengan kau?" Soal Doyoung. Wajahnya makin serius. Aku pulak jadi takut tengok muka dia pandang aku macamtu. Aku menggelengkan kepala.
"Bagitahu je kat aku, dia ada buat apa apa ke kat kau?" Soal Doyoung lagi, lagi dan lagi. Sumpah dia nampak caring gila. Cara dia tu dia risau kalau Jay apa apakan aku. Aku geleng lagi.
"Betul ni?" Soal dia lagi. Aku mengangguk.
"Kalau kau jumpa Jay lagi, tolong call aku. Aku kenal Jay tu macam mana. Aku tak nak dia apa apakan kau. Arraseo?" Pesan Doyoung. Aku mengangguk. Doyoung tersenyum lalu tangannya mengusap kepala aku perlahan. Aku pandang dia.
Sumpah dia ni sweet, caring, softspoken. Memang super perfect. Tak peliklah ramai yeoja yang tergila gilakan dia. Siapa je yang tak nak jadi yeojachingu namja seperfect dia ni. Semua complete. Aku pulak rasa aku ni tak layak untuk jadi yeojachingu dia.
Eh stop Yoojung! Ingat! Dia ni buaya darat! Jangan masuk perangkap dia Yoojung. Nanti kau menyesal.
Namja macam dia ni cuma tahu rosakkan yeoja and hancurkan hati yeoja. Jebal Yoojung jangan terpengaruh dengan kemanisan dia. Nanti kau kena diabetes!
Sedarlah wahai Park Yoojung! T_T
-
-
-
-Waktu rehat, aku rehat sorang sorang. memandangkan Sejeong tak rehat sebab kena settle kan projek kelas dia. So aku sorang sorang jelah duduk kat belakang sekolah sambil kunyah tteokbokki yang mama buatkan bekal untuk aku. And semestinya air strawberry kesukaan aku.
Bila pikirkan balik, macam mana lah aku boleh terjerumus dalam percintaan Doyoung ni? Kenapa aku? Kenapa bukan orang lain? Aku nak jalani hari hari aku kat sekolah tanpa gosip and rumor tentang aku and Doyoung.
"Yoojung?" Panggil Doyoung. Terkejut jugak aku tiba tiba dia duduk kat sebelah aku.
"Aigo kamchagiya!" Aku memegang dada aku. Terkejut sebab Doyoung.
"Mian mian. Kau buat apa kat sini sorang sorang?" Soal Doyoung.
"Nae?"
"Kau buat apa kat sini? Kenapa makan kat sini?" Soal Doyoung lagi. Aku menggeleng.
"Saja." jawab aku. Lantas aku mencucuk tteokbokki dan makan.
"Doyoung-ah?" Panggil aku. Mata aku cuma memandang tteokbokki.
"Nae? Waegurae?" Soal Doyoung.
"Boleh kita stopkan semua ni?" Aku donggak pandang dia.
"Mw-mwo?" Terkebil kebil Doyoung pandang aku.
"Aku tak tahulah kenapa, tapi aku tak selesa." Jawab aku.
"Bagitahu aku, ada sesiapa cakap yang buruk buruk pasal kau ke?" Soal Doyoung lagi. Aku menggeleng.
"Habistu kenapa kau nak macamni?" Soal Doyoung lagi.
"Sebab-" aku terdiam seketika.
"Sebab apa?" Soal dia lagi dan lagi. Aku nampak memang dia betul betul gelabah.
"Sebab aku tak sayang and cintakan kau. Ottoke?" Jawab aku jujur. Doyoung pandang aku.
"Ya aku tahu perasaan sayang and cinta tu tak boleh di paksa. Tapi aku akan usaha untuk dapatkan sayang and cinta kau. Bagi aku peluang untuk buatkan kau cinta and sayangkan aku. Jebal." Jawab Doyoung. Lantas tangannya menggenggam tangan aku.
Aku terdiam. Aku tak tahu apa yang mesti aku respond. Yang aku tahu aku hanya mengangguk. Kenap kau macam ni Yoojung? Kau tak pernah bagi peluang dekat mana mana lelaki. Kenapa dengan Doyoung aku boleh bagi peluang? Wae Yoojung-ah?
Tapi aku rasa tenang bila dengan dia.
-
-
-
-To be continue <3
Hi guys, korang tahu dah kan pasal news about our Dobby :(
Doakanlah supaya dia cepat sembuh ;)
Speedy recovery Doyoung-ah :'(
Teume, u re strong fandom :)
Hope everything will okay soon <3
Kim Doyoung, we love you :)
Keep pray okay guys ;)
#gwsdoyoung <3
YOU ARE READING
[ C ] Buaya Darat Classmate Aku
Fanfiction[ KIM DOYOUNG FANFICTION ] Park Yoojung yang tak sengaja mencabar seorang buaya darat iaitu Kim Doyoung. Aku takkan percaya dengan lidah buaya! Start : 05/05/2021 End : 05/08/2021 Status : complete ✅ © ayamgoleknyah #1 treasure [ 02/08/2021 ] #1 kim...