-
-
-
-Hari yang paling memenatkan bagi aku. Bila hari hari di sekolah bersama dengan Kim Doyoung. Aku anti lah bodoh dengan buaya darat macam dia. Boyfriend online konon.
Kenapalah aku ditakdirkan untuk duduk sebelah dia? Oh god, help me. Kau tahu tak betapa seksanya first day aku sekolah bila duduk sebelah dia. Dia tak habis habis flirt aku sial-
Waktu sekolah dah pun tamat. So masa untuk balik. Sebelum balik aku siapkan kerja dulu dalam kelas. Ambil masa 10 minit untuk siapkan. Satu kelas dah keluar kelas dulu. Tinggal aku sesorang dalam kelas. Balik awal pun buatpa kan? Mama pun still belom balik lagi.
"Siap!" Ujar aku sendiri sambil tersenyum pandang kerja sekolah sendiri. So balik ni tak payah pikir dah pasal kerja sekolah.
Aku siap siap kemas beg. Nak balik. Kalau mama tak balik lagi, niat aku memang nak naik bas je. Tak larat nak tunggu. Mama mesti sampai petang.
Aku nampak lelaki yang tegur aku kat kantin tu lalu. Weh! Sumpah aku nak tahu nama dia.
Aku cepat cepat kemas barang aku. Buku buku aku letak bawah meja and beg aku capai dari tepi sisi meja. Aku berlari keluar kelas dan menuju ke arah lelaki tu.
"Annyeong!" Tegur aku setiba aku jalan sebelah dia. Dia toleh pandang aku.
"Hah nyeong." Jawab dia ringkas. Aku tersengih kekok.
"Ingat tak kat kantin tadi?" Soal aku. Dia pandang aku.
"Hah nae?"
Aku senyum. Nampaknya dia ingat. Dia pandang kasut aku.
"Hah, tali kasut dah tak terbuka dah." Ujar aku. Dia mengangguk.
"Nama siapa?" Soal aku.
"Nugu?" Soalnya.
"Hehe rasanya kita berdua je kat sini." Balas aku sambil tergelak kekok.
"Jeongwoo imnida." Jawab dia. Nama dia Jeongwoo rupanya. aku harap dia boleh dijadikan kawanlah.
masa aku lalu dengan jeongwoo kat sebuah kelas. Kelas tu bising dengar suara perempuan.
"DOYOUNG TU AKU PUNYA TAHU TAK?! KAU NI BUTA KE?! MASIH LAGI NAK MENGGEDIK DENGAN DOYOUNG KENAPA?!"
Langkah aku berhenti tengok Lee Hwamin dengan geng dia tengah tengking kat seorang perempuan ni.
Jeongwoo pandang aku and dia pun turut berhenti.
"Betul sunbae, saya kena fitnah." Jawab perempuan yang terduduk atas lantai tu.
"KAU NI MEMANG NAK KENA DENGAN AKU!" Hwamin dah angkat tangan nak tampar perempuan tu.
"YAH!" Jerit aku. Semua toleh pandang aku. Jeongwoo cuma perhatikan je aku. Aku datang ke arah perempuan yang terduduk tu and tolong dia berdiri.
"Memang macamni ke korang? Nak pukul budak yang tak bersalah?" Soal aku.
YOU ARE READING
[ C ] Buaya Darat Classmate Aku
Fanfiction[ KIM DOYOUNG FANFICTION ] Park Yoojung yang tak sengaja mencabar seorang buaya darat iaitu Kim Doyoung. Aku takkan percaya dengan lidah buaya! Start : 05/05/2021 End : 05/08/2021 Status : complete ✅ © ayamgoleknyah #1 treasure [ 02/08/2021 ] #1 kim...