-
-
-
-Aku masuk ke dalam kelas. Seperti biasa rutin seorang pelajar adalah pergi ke sekolah setiap hari kecuali hari cuti. Tu pun sehari je cuti. Kalini aku jalan naik ke kelas saing dengan Sejeong. Kelas dia selang 3 buah kelas je dari kelas aku.
"Bye Yoojung. Selamat belajar ya hehehe. Jumpa rehat nanti!" Ujar Sejeong yang lari anak anak menuju ke kelasnya. Aku melambai ke arahnya sambil tersenyum. Nasib baik aku jumpa kawan sebaik Sejeong. Adalah jugak aku kawan.
Aku masuk ke dalam kelas.
"Yoojung, tengoklah kat meja kau tu." Ujar Yujin sambil peluk lengan aku.
"Hi Yoojung." Tegur Jiah. Aku pelik. sejak bila diorang ni baik dengan aku? Ada udang di sebalik batu ke sia? Aku jalan ke meja aku. Ada kotak coklat bentuk love.
"Auww untungnya jadi yeojachingu Doyoung. Bertuah kau Yoojung." Ujar Eunmi. Aku cuma tergelak kekok.
"Guys, Doyoung dah umumkan Yoojung ni yeojachingu dia dengan sahnya semalam kat group sekolah. So please be nice okay dengan Yoojung kalau tak nak tengok Doyoung mengamuk. Arraseo?" Ujar Yujin.
"Congrats Yoojung-ah. Mula mula kitaorang ingat kau memang sengaja nak gunakan Doyoung. Tapi sebenarnya tak. Mian jugak sebab pikir bukan bukan pasal kau." Sambung Jiah pulak.
"Doyoung tu dah macam idola sekolah ni. Siapa yang dia suka, tulah kitaorang semua suka. Tapi siapa yang dia benci, tulah kitaorang semua benci. So you're lucky girl Yoojung sebab Doyoung suka kau." Ujar Eunmi pulak sambil mencebikkan bibirnya.
"N-na-nae? K-kam-kamsaham-hamnida." Balas aku sambil tersengih kekok.
Satu kelas pandang aku and senyum kat aku. Patutlah tadi aku jalan masuk kelas semua tegur aku and senyum kat aku. Sebab ni ke? Sebab satu sekolah tahu yang Doyoung betul betul sayangkan aku?
Tak, kenapa satu sekolah percaya dengan lidah buaya si Doyoung ni? Sedangkan aku pun tak percaya kata kata dia semua tu.
"Hi Chagi." Ujar Doyoung yang masuk ke dalam kelas. Aku terkebil kebil pandang Doyoung.
"Aww so sweet." Ujar semua pelajar dalam kelas tu. Wtf- sweet?
"Nah coklat. Makanlah." Ujar Doyoung sambil letak coklat atas meja aku.
"Mwo?" Soal aku tercenggang pandang Doyoung.
"Untuk chagi saya ni lah." Balas Doyoung sambil cubit manja pipi aku. Aku still blur. Aku pandang keliling aku. Si Yujin tunjuk thumbs up pandang aku sambil angguk kepala. Satu kelas weh senyum pandang aku. Rasa macam jadi budak popular pulak kat sini.
Tiba tiba Hwamin and the geng masuk kelas kitaorang.
"Hah kau nak apa masuk kelas orang ni?" Soal Yujin.
"Aku nak jumpa Doyoung." Jawab Hwamin.
"Memang tak tahu malu ek kau? Dahlah tampar yeojachingu Doyoung. Lepastu masuk kelas kitaorang. Tak malu ke?" Soal Jiah sambil silangkan tangan.
YOU ARE READING
[ C ] Buaya Darat Classmate Aku
Fanfiction[ KIM DOYOUNG FANFICTION ] Park Yoojung yang tak sengaja mencabar seorang buaya darat iaitu Kim Doyoung. Aku takkan percaya dengan lidah buaya! Start : 05/05/2021 End : 05/08/2021 Status : complete ✅ © ayamgoleknyah #1 treasure [ 02/08/2021 ] #1 kim...