06

1.4K 197 26
                                    

----

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

-
-
-
-

"Lah korang sekelas?" Soal papa sambil tergelak.

Aku cuma mampu tergelak kekok je. Doyoung mengangguk sambil tersenyum. Sumpah dia dengan orang tua memang sopan gila. Berbeza dia dekat sekolah.

"Junkyu kan nama anak puan yang sulong ni?" Soal mama kepada Auntie Kim.

"Nae Junkyu." Jawab Auntie Kim. Junkyu tersenyum dan mengangguk pandang mama.

"Hah jom makan, makan malam dah ada dah kat meja tu." Ajak papa. Semua berdiri dan menuju ke meja makan. Aku pergi ke pintu nak tengok Yoomin dah balik ke belum. Doyoung datang ke arah aku dari belakang.

"Oit." Tegur Doyoung dari belakang. Terangkat jugaklah bahu aku terkejut sebab dia. Dahlah aku nervous nak mampus.

"Ishh kau buatpe kat sini? Pergilah makan sana!" Marah aku.

"Aku tunggu kau lah. Nak tak aku cakap dengan papa mama kau yang kau ni awek aku?" Doyoung angkat kening pandang aku.

"Otak kau! Aku ni tak di official pun jadi awek kau! Kau je yang memandai!" Balas aku.

"Tapi aku tahu kau memang nak kan? Bukan senang tau aku nak ngaku depan orang ramai aku ni ada awek tau. Kau orang first." Ujar Doyoung. Aku jeling dia. Aku tak mintak pun dia ngaku!

"Tak sangka kan mommy dengan daddy aku kenal papa kau. Macam ada jodoh je kan?" Usik Doyoung sambil siku lengan aku. Annoying betullah aku. Aku terus jalan masuk ke dapur. Malas nak layan dia.

"Sayang, tunggulah." Ujar Doyoung.

"Shhhhh!" Aku toleh pandang dia sambil letak jari telunjuk aku kat mulut dia. Sumpah dia cakap kuat weh. Aku gelabah. Bangang punya Doyoung. Dia tersenyum pandang aku.

Aku pandanglah dia. Dia pegang tangan aku and dia wink.

Bodoh.

Terkebil kebil sia mata aku dia wink. Aku cepat cepat tarik tangan aku. Pantas aku jalan masuk ke dapur. Doyoung cuma tergelak pandang aku.

DIA NI KENAPA EK?! KACAULAH ORANG LAIN! JANGAN KACAU AKU!

Tak lama tu Yoomin balik. And kami semua makan sama sama.

"Jemput makan semua." Ujar papa. Masalahnya kan si Doyoung ni duduk depan aku. Dia tak lepas pandang aku.

"Senanglah lepasni kita Kim." Ujar papa.

"Kenapa tu Park?" Soal Uncle Kim.

"Senang nak berbesan hahahaha." Papa terus ketawa besar. Aku terus toleh pandang papa.

"Betul jugak tu Kim hahahaha. Nak jodohkan Junkyu, Junkyu dah ada tunang. So tinggal Doyoung je hahaha." Balas Uncle Kim. Sumpah aku dah tertunduk dah sia.

Yoomin siku siku lengan aku. Ya sebab satu sekolah dah tahu viral pasal aku dengan Doyoung. Haih ni semua salah yahudi. Eh ni semua salah Doyoung.

"Mana tahu yang sekelas ni tup tup jadi suami isteri ke kan. Berbesan lah kita." Ujar Auntie Kim. Aku terus pandang Doyoung. Again, Doyoung wink pandang aku sambil gigit sudu dia. Wtf-

Muka aku sumpah dah merah gila. Dah kenapalah orang orang tua zaman sekarang ni. Dah pandai ship ship anak sendiri. Penatlah aku macamni.

Yang si Yoomin ni dok siku siku lengan aku. Dah kenapa budak ni?

"Sedap spagetti ni. Puan Park masak ke?" Soal Auntie Kim.

"Hah kalau makanan makanan western ni memang anak dara kami je yang masak. Saya memang kurang sikit hahaha." Jawab mama.

"Anak dara yang mana tu?" Soal Uncle Kim.

"Yoojung yang masak." Jawab mama.

"Wah, sedap Yoojung masak." Puji Auntie Kim.

"Boleh dah ni jadi menantu uncle." Nyampuk Uncle Kim pulak. Aku cuma tergelak kekok. Again and again, sumpah aku segan nak mampus sekarang ni.

Aku pandang doyoung. Doyoung tunjuk thumbs up kat aku. Sebab dia memang tengah makan spagetti tu.

-
-
-
-

Selesai makan, aku duduk kat luar. Kat taman bunga mama. Memang tempat lepak lepak kitaorang satu family kat situ. Mama ni memang minat decoration macamni.

"Kau buatpa sorang sorang kat luar ni?" Soal Doyoung.

"Ishh kau buatpa kat luar? Pergilah masuk dalam." Arah aku.

"Tak, aku tanya kau dulu. Kau buatpa duduk kat sini?" Soal Doyoung lagi.

"Saja." Jawab aku ringkas. Doyoung duduk depan aku. Kebetulan aku duduk kat buaian bulat tu. So Doyoung duduk depan aku.

"Aku ada benda nak cakap dengan kau ni." Suasana tiba tiba jadi serious bila Doyoung cakap macam tu.

"Mwo?" Soal aku.

"Aku harap kau boleh terima aku and treat aku macam namjachingu kau." Ujar Doyoung. Aku terdiam sekejap.

"Mwo? Macam mana aku nak terima kau? Sedangkan aku langsung tak cinta and sayangkan kau." Jawab aku.

"Cinta and sayang tu akan timbul nanti. Buka hati kau untuk aku. Sebab aku dah jumpa perempuan yang betul betul buat aku angau kat dia. Perempuan tu kau." Balas Doyoung.

"Weh Doyoung, kita kenal baru berapa hari tau. Tak sampai seminggu langsung. Kau ni dah gila ke?" Ujar aku.

"Ya aku dah gila. Aku gilakan kau Yoojung. Aku tak nak terlepas perempuan macam kau. Kau satu dalam sejuta sayang." Balas Doyoung lagi.

"Kau nak aku buat apa sekarang ni?" Soal aku.

"Buka hati kau untuk terima aku and sayangkan aku. tu je aku mintak Yoojung." Jawab Doyoung. Aku terdiam.

"Aku tak pernah macamni dengan perempuan lain. Ya aku memang buaya. Aku rasa happy life aku dengan perempuan. Sebab aku rasa aku berduit. Perempuan datang kat aku ramai sebab duit. Kalau setakat muka tapi duit takda, perempuan mana je yang nak? So kau paham kan Yoojung?"

Aku masih terdiam.

-
-
-
-

Selesai dinner dengan family Doyoung. Aku naik bilik. Sumpah aku still terpikir dengan apa yang Doyoung cakapkan tu.

Ting!

Mesej masuk. Aku capai telefon aku.

Doyoung (1)

Mesej dari Doyoung. Aku bukak mesej Doyoung.

'Goodnight princess. Sleep well <3'

Aku tenung je mesej dia.

Boleh ke aku sayangkan dia?

Jujur ke dia dengan aku?

Dia memang betul betul siyes ke dengan aku?

Boleh ke aku percaya dengan lidah buaya macam dia?

Aku perlu tahu semua tu.

Jebal ~

-
-
-
-

To be continue <3

[ C ] Buaya Darat Classmate Aku Where stories live. Discover now