Bab 5

1.7K 76 3
                                    

  Adrey,Mark dan Ken masuk ke dalam rumah setelah bertngkus lumus mereka berperang di markas tadi.Sementara Adri masih di markas mereka untuk menyelesaikan sesuatu.

  Sedangkan tiga ketul manusia ni pon balik pada pukul 11:30 malam, inikan si Adri yang masih dalam bilik kerjanya untuk membuat kerja yang tertangguh dan menyuruh anak buahnya yang tinggal disitu untuk membersihkan markas itu sebelum matahari terbit.

  Nampak seperti  si Adri ni zalim ,tetapi dengan cara itu la dia ingin melatih anak buahnya untuk sentiasa bersedia dengan arahan setiap ketua dan cekap dalam membuat kerja.

----------------------------------------------------     --------------------------------------------------------------

     Di dalam rumah Adri ni terdapat satu syarat yang tidak boleh dilanggar ,iaitu tidak boleh balik dalam keadan mabuk , badan berlumuran darah sebab bergaduh dengan musuh dan  bawa perempuan masuk rumah.

Jika ada sesiapa yang melanggar peraturan ini maka mereka akan tidur di luar selama seminggu dan tidak diberi gaji sebulan.Keputusan muktamad Tuan Besar Adrian Austin iaitu bapa Audrey Frederic dan Adrey Carliasto.

   Jadi sebelum tiga malaun tadi balik ke rumah mereka sudah membersihkan diri di rumah khas untuk mereka lagi satu yang terletak tidak jauh dari rumah Adri.Kalau tak memang kau cari nahas la balik dalam keadaan badan berlumuran darah yang bukan kau punya pulak tu.

Jam dinding menunjukkan pukul 12:30, Lia tersedar kerana perutnya berbunyi menandakan dia sedang lapar.Ha tu la lain kali orang ajak  makan tu makan bukan tolak.

Lia bukan sengaja mahu menolak ajakan Kevin waktu makan malam tadi, cuma dia rasa tidak selesa sebab dia sorang sahaja perempuan dalam rumah tersebut. Oleh itu, dia lebih memilh untuk duduk di dalam biliknya saja.

 Sekarang ni dia lapar, jadi apa yang patut dia buat.Lia berfikir tak sampai beberapa minit dia berdiri dan menyarung tudung yang tergantung di ampai dalam bilik tersebut.Kemudian dia mengeluarkan sedikit kepalanya sedikit untuk memastikan tiada orang diluar.

Langkahnya dibawa ke tangga yang terletak di belah kiri dari bilik tersebut. Lia  akhirnya sampai ke tingkat bawah sekali. Dia pelik macam mana orang dalam rumah ni naik turun tangga setiap hari. Padahal dia sendiri yang tidak tahu menahu tentang kewujudan Lift didalam rumah agam tersebut.

   Perlahan dia berjalan supaya tidak mengejutkan penghuni dalam rumah itu. Lia terasa seperti telah sesat kerana rumah ini sangat besar sehinggakan dapur pun dia tidak jumpa.

  Baru sahaja Lia teruja untuk mengambil snacks yang terletak di pantri dapur itu, dia terdengar bunyi pintu terbuka. Lia yang gelabah terus menyorokkan dirinya disebalik island dapur tersebut.

Adri pelik mengapa  lampu dibahagian dapur terbuka dan kenapa keadaan rumahnya sangat gelap dan sunyi seperti tiada penghuni. Selalunya waktu waktu begini malaun malaun tu belum tidur lagi.

  Dia mengangkat bahu dan meneruskan perjalanan ke dapur untuk menutup lampu. Badannya sangat lenguh akibat menghadap laptop sepanjang hari ni. Tiba tiba perutnya berbunyi seperti tiada hari esok.

Bunyi plastik yang biasa didengar itu menghentikan langkahnya. Adri menyangkakan itu adiknya jadi dia terus menerus mengetuk kepala manusia yang sedang menyangkung di depannya itu.

    "TUKK!!!!"

Lia berusaha untuk tidak membuat bunyi tetapi malangnya kaki dia sudah tidak boleh tahan lagi. Dia tidak perasan keberadaan lelaki itu dibelakangnya jadi Lia hanya berbuat biasa saja.

    Tiba tiba , "TUKK!!!!" 

" Ouchhh" terjerit Lia dengan ketukan yang kuat dikepalanya itu, sudahlah baru elok kepala otaknya boleh pulak senang Mak Leha dia je ketuk pale ku.

  Adri terkejut dengar suara perempuan yang keluar. Dia terfikir takkan adiknya sudah bertukar suara atau jantina pulak. Padahal tadi baru je jumpa . Adri seperti hilang ingatan seketika kerana tidak sedar dia yang membawa gadis tersebut ke dalam rumahnya.

 Dengan tak semena mena dia terus jerit memanggil semua penghuni yang duduk dalam rumah itu. Adri terus melangkah ke ruang tamu dengan muka dinginnya dan duduk di atas sofa yang terletak kemas disitu.

Kan dah bagitahu kat dalam rumah tu dilarang membawa perempuan keluar masuk , jadi si Adri ni bengang apabila anak buahnya merangkap kawan kawan dia sendiri yang melanggar arahan tersebut.

  Kevin, Ken, Amer dan yang lain menggelupuh turun ke bawah selepas terdengar jeritan pak rimau. Mereka yang tengah sedap sedap tidur tiba tiba terdengar jeritan itu bersama petir di luar menandakan nak hujan di luar. Mencecet mereka berlari ke tangga. Waktu waktu begini Lift seperti tiada function bagi mereka.

   Semua telah berkumpul di bawah dengan muka selamba si Ken ni baring atas peha Adri. Adri buat biasa saja. Semua berkerut apabila terpandang figura seorang gadis yang baru munculkan diri dari dapur tersebut.

    " Explain dekat aku sekarang, kenapa ada perempuan dekat dalam rumah ni?" Tanya Adri tanpa perasaan tetapi matanya tajam memandang wajah Lia. Dalam otaknya langsung tidak boleh teringat langsung muka si Lia ni.

Selepas berkata begitu semua di dalam rumah itu memandang Adri dengan muka derk face -_-Nak kata bengap dia IQ paling tinggi dekat dalam rumah ni. Haih Kevin hanya melepaskan nafasnya kemudian bangun dan menghampiri Lia a.k.a 'Gadis tidak dikenali Adri'-_-

   "Adri ni perempuan yang kau suruh bawak balik tiga hari lepas sebab aku terlanggar dia dekat highway tu. Kau ingat tak?" 

Selepas mendengar penjelasan dari Kevin, Adri terus terimbas kembali ingatannya tentang kejadian yang berlaku. Tetapi ia masih lagi dalam keadaan marah sekarang kerana dia dah bagi arahan supaya anak buahnya berjaga di hadapan bilik perempuan itu.

  " Ada aku bagi kau kebenaran untuk ambil makanan tu ke?" tanya Adri yang sedang memandang Lia tajam 

Mata Lia sudah bertakung dengan air mata tinggal tunggu masa saja hendak terjatuh air mata dia tu. Lia ni jenis yang tidak boleh orang tinggi suara walaupun sedikit pasti matanya akan berair. Kadang kadang orang lain yang kena marah pun dia yang menangis lebih.

 " Sa...ss...say-" tidak sempat menghabiskan ayatnya Lia sudah menangis tersedu sedu di situ. Yang lain sudah tidak keruan apabila melihat Lia menangis di hujung sofa itu.

" Apa benda kau ni Ad buat perempuan sampai menangis" Adrey terus bangun dan pergi kearah Lia. Adrey cuba berlembut dengannya untuk mendapat jawapan.

   " Kau lapar ke?" tanya Adrey

Lia hanya mampu menganggukkan kepalanya kerana dia sibuk mengelap air matanya yang jatuh dari tadi. Teresak esak kedengaran suara Lia yang menangis sampai terkeluar hingus.

Adri terus mengangkat kakinya dari ruang tamu itu dan naik ke bilik untuk membersihkan diri.Mereka hanya memerhati langkah Adri sehingga tiada bayangan itu dengan gelengan kepala.

  " Kau relax je, Adri tu memang perangai macam tu. Hati beku. Muka dia kau jangan cakaplah memang kau takkan nampak dia senyum langsung" kata Mark

Mereka pun dah lali dengan perangai Adri tu. Jadi diorang biarkan saja esok okay la tu.Mungkin dia stress tentang kes markas kena serang tadi kot. Jadi sebabtu dia badmood. Fikir Ken dalam hatinya.

 " Dah dah jangan nangis dah ,meh ikut aku gi dapur" dengan itu Lia mengikut langkah Kevin dan disertai dengan makhluk makhluk yang berada di ruang tamu tadi.


                               TAMAT

HARAP KORANG TAK BOSAN BACA

BAB KALINI PANJANG SIKIT

RASA MACAM NAK BUAT DUA BAB HARI NI

TENGOKLA KALAU RAJIN

HEHE BUBYEE!!

ENJOY READING




LIKE, COMMENT AND SHARE:)




































































Mafia's MaidWhere stories live. Discover now