Bab 26

1.2K 57 2
                                    


****

Pagi yang cerah bersama bunyi burung burung berkicauan. Udara yang segar dengan embun yang terlihat di dedaun dan rumput rumput.

Lia mengangkut bag-bag bajunya turun ke bawah dan menyusun dengan rapi di sebelah pintu utama. Sudah dioffer oleh pembantu rumah itu tadi nak jugak buat sendiri.

" Fuh! Jauh jugak dari bilik nak ke bawah ni. Nasib baik dua je bag aku " keluhnya sambil mengelap peluh yang sudah berjuraian di dahi.

Selesai menyusun Lia naik semula ke atas untuk mengemas katil dan biliknya.

Selimut ditarik dan dilipat rapi sama seperti keadaan selimut itu semasa dia masuk ke dalam bilik itu.

Dalam tengah2 mengemas, dia kembali teringat mimpinya yang berjumpa dengan seorang jejaka berbaju melayu putih lengkap. Mereka bertatapan mata sambil tersenyum manis. Hanya mata yang berbicara langsung tiada suara yang keluar.

Teringatkan mimpi itu, tersenyum senyum Lia sambil menepuk nepuk bantalnya itu kuat.

Sudahlah semalam dia dapat hidu perfume Encik Beku tu free, lepastu mimpi pulak mamat pakai baju melayu. Argh! Sempurnanya hidup.

Sedar dengan kertelanjurannya, Lia terus menepuk pipinya berkali kali. Astaghfirullahalazim!

" Kau ni dah kenapa angau dekat dia pulak ni? " soalnya sendiri.

Selesai mengemas, Lia turun ke bawah untuk berjumpa dengan Puan Camilya buat kali terakhir. Mungkin selepas ini dia jarang bertemu dengan Puan Camilya atas urusan kerja. Tanpa melengahkan masa terkocoh kocoh Lia turun tangga dari tingkat dua itu.

Sungguh malang nasibnya, anak tangga kedua terakhir yang dipijak itu licin dek kerana basah. Lia jatuh terduduk di atas tangga itu.

Punggungnya terasa kebas akibat dari kejatuhan tadi. Mendesis kuat Lia apabila dia cuba untuk bangun dari tangga tersebut.

" Arghh! " Pantas dia menutup mulutnya apabila sedar dia telah mengambil perhatian semua orang.

Puan Camilya dan Aina berlari anak ke arah jeritan tersebut. Alangkah terkejutnya mereka apabila melihat Lia yang terduduk di tangga itu.

" Masyaallah Lia, macam mana boleh jatuh ni. Meh, bangun2." Aina terus memaut lengan Lia dan sebelah lagi tangannya memegang pemegang tangga tersebut.

Puan Camilya turut membantu Lia berjalan dan duduk di atas sofa berhampiran. Perit rasa punggungnya apabila dia duduk di atas sofa itu.

" Maaf aunty, Lia tak sengaja jatuh. Maaf." ujarnya perlahan sambil menahan sakit.

" Hey, awak tu jatuh tangga bukannya pecahkan tangga tu. Sudah, apa Lia merepek ni. Sekarang ni Lia yang sakit kenapa nak kena minta maaf pulak dekat aunty? "

Ha ambik! Bila kuasa veto seorang ibu sudah keluar. Tadah je la telinga. Ingat anak2 dia je kena, dengan oeang luar pun dibebelnya.

" Ni macam mana boleh jatuh ni? "soalnya risau.

Tidak lama selepas itu, Audrey, Aidil dan Tuan Austin muncul di ruang tamu dimana Puan Camilya sedang duduk sambil melihat Ipadnya.

Mereka baru selesai membuat perbincangan tentang projek yang akan dibangunkan hujung tahun ini untuk syarikat Tuan Austin iaitu  Yveslines's.

Yveslines's merupakan syarikat yang terkemuka di seluruh dunia, malah menjadi top 3 dalam bidang fashion designer, licensed weapons entry, dan bermacam bidang diselitkan.

Syarikat ini sudah berpuluh tahun dibina dan berpuluh cawangan dibuka diseluruh dunia. Mempunyai 3 orang pemegang terbesar syarikat itu termasuk Tuan Austin.

Mafia's MaidWhere stories live. Discover now