Bab 31

357 23 0
                                    


"Huh.. huh.. huh..." tercungap cungap dia berlari tanpa arah. Lia berlari sambil menoleh belakang takut ada yang mengejar.

Akhirnya dia berhenti di satu lorong di mana tempat itu sangat gelap. Lia sudah ketakutan. Tidak tahu mana arah tuju yang betul. Baru sahaja dia ingin meneruskan langkah ke hadapan, ada sesuatu yang menarik lengannya.

Arghhh!!

Jeritnya kuat tetapi hanya sekejap kerana mulutnya ditutup dengan tapak tangan gergasi seseorang.

" Kau diam boleh tak? Kau nak orang tau ke kau ada dekat sini?! " ujarnya seperti membisik.

"En.. Encik. Encik ke tu? " soalnya kemudian terus berpusing untuk melihat muka si empunya.

Betul lah. Itu Adri, orang yang telah selamatkan dia. Lia terus memeluk Adri tanpa segan silu. Dan disitu dia terus lupa halal haram.

" Kalau kau rasa nak tambahkan dosa aku takpayah kot sebab aku dah banyak dosa. " katanya tanpa membalas sedikit pun pelukan Lia.

Usau berkata begitu, Lia terus tersedar akan kertelanjurannya. Terus dia melepaskan pelukan eratnya pada badan Adri tadi.

" Astaghfirullahalazim, apa saya buat ni. Maafkan saya Encik, saya tak berniat pun nak buat macam tu. Saya just rasa selamat sebab Encik tarik saya tadi kalau tak...." belum sempat dia menghabiskan kata², Adri sudah berlalu pergi.

" Eh, Encik tunggulah. Tau tak dekat sini gelap saya tak nampak. "

Keluar sahaja dari bangunan itu sebijik kereta datang ke arah mereka. Pintu kereta dibuka dan Adri masuk ke dalam.

" Kalau rasa nak mati dekat sini kau tinggal " ujarnya dingin.

Tanpa membuang masa Lia juga masuk ke dalam kereta tersebut. Kemudian mereka terus bergerak ke rumah Adri.

Yang lain sudah separuh jalan cuma tinggal Adri dan Lia sahaja. Itupun Adri terpaksa patah balik sebab kereta dia je yang kosong.

Sepanjang perjalanan mereka hanya senyap. Sunyi sepi sehingga dengar bunyi AC.

Tidak lama selepas itu Adri memecahkan kesunyian yang begitu awkward.

" Ehem, pasal kahwin tu macam mana? Kau dah ada jawapan? " tanyanya tanpa memandang Lia.

Lia terkedu seketika.

'Aduh pahal mamat ni nak tanya pasal ni sekarang jugakk! Aku dah la tak selesa berdua je dengan dia dekat belakang ni! '

"Mmm, saya masih tengah fikir. Boleh bagi saya sikit lagi masa? "

" Aku takde banyak masa. Kalau kau rasa nak hidup kau selamat, aku nak kau bagi jawapan esok pagi dekat office aku. Full stop! "

Selesai berkata begitu, mereka pun sampai di rumah Adri. Drivernya hantar di depan pintu masuk. Adri terus keluar tanpa menoleh.

Lia hanya menunduk selepas mendengar apa yang dikatakan oleh majikannya itu.

" Apa aku nak buat ni. Panjang ke jodoh aku dengan dia kalau aku kahwin sekalipun? " ujarnya perlahan.

Selepas itu, Lia pula turun dari kereta sambil mengucap terima kasih pada driver tersebut.

Masuk2 sahaja rumah mata Lia tertumpu pada Kevin, Mark, Amer, Ken, Adam dan Aidil yang penuh dengan luka dan darah di badan masing².

" Ya Allah, awak.. awak semua ok tak ni? Kejap saya call ambulans...."

" Takpayah, kitorang baru je lepas check dengan doctor personal Adri tadi. Dia kata kejap lagi ada pembantu dia datang bersihkan. " kata Kevin mencelah.

" Betul. Kau pergi la berehat. Kitorang tau kau penat dah la baru lepas kena culik lepastu hilang pulak. Pergi naik mandi bersihkan diri kau lepastu rest. Okay? "ujar Mark pula prihatin.

" Okay "

Usai kata begitu, Lia terus naik ke atas membersihkan dirinya. Tak lama selepas itu, dia terdengar jeritan di tingkat bawah.

Laju Lia turun ke bawah untuk melihat apa yabg berlaku. Hmm, patutlah pembantu doktor tu dah sampai.

Yang sorang takut jarum, yang sorang lagi tengah menangis, yang lagi sorang takde perasaan, lagi sorang duk gigit baju masa nurse tengah jahit pergelangan tangannya.

Tergeleng kepala Lia melihat perangai sekoq². Lia terus turun dan menuju ke dapur. Dia menyediakan air untuk pembantu dan majikan² yang sado itu.

Maka malam tersebut Lia tak dapat nak tidur kerana menjaga hero² malaya ni dan memikirkan jawapan yang patut diberi esok pada Encik Beku.

Arghh stressnyaa!!

Keesokan harinya...

Lia turun ke bawah untuk menyediakan sarapan. Setiap langkahnya setiap kali itulah dia menguap dek kerana tak tidur seharian.

Harini Lia rasa seperti ingin membuat nasi goreng kampung, jadi dia terus mengeluarkan bahan2 untuk memasak.

Selesai masak Lia menghidang makanan di atas meja kemudian dia terus naik ke atas semula untuk mengejut teruna2 yang masih diulit mimpi.

"Morning Lia, awal kau kejut kitorang harini. Ada apa2 ke? " ujar Amer.

" Eh, mana ada awal kira ni dah lambat la saya kejut awak semua bangun sebab saya lupa nak kejut awak semua subuh tadi. Maaf ." jawab Lia pula selamba.

Semua terdiam selepas mendengar jawapan Lia itu.Kaki Amer terus terusan disepak oleh mereka dari bawah meja. Gatal lagi kau nak tanya kan dah kena setepek.

"Ehem, so harini kita nak buat apa? Settlekan yang dekat basement tu ke? "

" Kevin, Aidil korang settle yang semalam. Yang lain masuk office." ujar Adri ringkas. Yang lain hanya mengangguk faham.

" Lia, ikut aku. Now!"

.....

" Yer Encik. Ada apa yang saya boleh bantu? Nak air ke ? Nak saya basuh baju Encik sekarang? Ke saya kena basuh kereta lagi? Kalau macamtu saya pergi du..."

" Aku tak cakap apa lagi. Apa yang kelam kabut sangat kau ni."

Lia tunduk lalu terdiam. Sakit mat kena claim kelam kabut.

" Aku dah arranged kita punya hari nikah. Disebabkan kau lama sangat nak bagi kata putus so aku dah buat keputusan untuk menikah esok. Understood? " ucapnya tenang.

Terbeliak kedua biji mata Lia mendengar ucapan itu. Encik Audrey ni sedar tak benda yang dia tengah cakap ni bukan lah satu permainan yang senang2 untuk dibuat keputusan.

" Tapi..tapi sayakan belum bagi keputusan lagi sama ada saya setuju ke tidak nak berkahwin dengan Encik. Mmacam mana kalau saya taknak? " jawabnya.

" Then aku terpaksa buat cara kasar. Simple ."

" So,macam mana? Kau nak ke tak?" soalnya lagi mahu kepastian.

Lia tidak dapat meluahkan dengan kata2 jadi dia hanya mengangguk sahaja kemudian keluar dari bilik Audrey.

" Nak buat macam mana dah ini takdir kau Melisaa Aulia.Terima je laa" katanya sambil berjalan masuk ke bilik.

Tanpa dia sedar seseorang telah mencuri curi dengar perbualannya itu. Hancur hatinya.

TBC

Huhu...Finally I'm back
Ada sesapa rindu takk? kalau takde takpe saya nak menyorok dekat tepi bucu katil👀
maaf kerana ceruta yg tergantung ni menyebabkan sesetangah pihak stress sbb saya sendiri stress dgn cerita ni🤪
Hope ada yg menanti update terbaru cerita Mafia's Maid
Jangan risau Adri akan kahwin dengan Lia
Yakin? Anda pasti?👀😏

Mafia's MaidWhere stories live. Discover now