Bab 30

990 38 3
                                    

Sekujur tubuh yang terbaring itu diperhati oleh si dia dari Cctv itu. Pandangannya pada tubuh tersebut sangat mengerikan. Dia tersenyum sinis melihat keadaan orang yang diculik itu tanpa rasa bersalah.

" Kau akan tau nasib kau bila kau cari pasal dengan orang yang salah. Kau bom club aku? So, inilah balasan yang kau akan dapat. HAHAHA HAHAHAHA *gelak orang jahat" ujar si dia sambil memegang sebuah gambar seorang perempuan.

" Gari tangan dia. Make sure dia dah sedar nanti jangan bagi dia bising. Aku taknak perempuan tu terlepas, kalau tak matilah korang aku kerjakan. Pergi sekarang! " arahnya kemudian dua konconya itu terus beredar.

***

Buka sahaja mata, Lia disergahi oleh lampu putih dan bilik yang agak suram. Terus dia terbangun dan ingin mengingat semula apa yang terjadi.

Baru sahaja Lia ingin menggosok matanya, dia tersedar yang tangannya sudah digari di bucu katil. Agak sakit semasa dia mahu mengangkat tangannya.

" Aduh, macam mana aku boleh ada dekat sini pulak. Si driver tu kalau tak tau tempat tanya lah, ni dah tak tau pi letaknya aku dekat tempat macam ni. Dah la busuk, buruk pulak tu " bebelnya seorang diri. Walhal dia tidak tahu ada yang sedang memerhati.

Sedang elok Lia membebel tentang keadaan bilik itu, tiba2 pintu dibuka dari luar menandakan seseorang akan masuk ke dalam bilik itu.

" Woi perempuan, banyak pulak bunyi kau eh. "jerkah lelaki yang baru sahaja masuk ke dalam bilik itu.

" Sekarang ni kau bagitau aku mana boss kau tu letak peti besi dia? Kau cakap sekarang! " tengkingnya lagi.

" Peti besi? Manalah saya tau Saya ni orang gaji je. Awak salah culik orang ni sebab saya memang tak tau apa2. Betul tak tipu! " jawabnya.

Dengan selambanya dia membalas soalan lelaki itu. Dah la buat muka tak bersalah.

" Aku pantang orang yang mencabar aku ni. Aku tak kira kau lelaki ke perempuan aku memang bagi je. " jawab lelaki itu berang.

" Aik, kenapa pulak awak nak marah saya? Saya dah katakan saya memang serius tak tau kenapa awak nak paksa2? "

Lelaki itu hanya bersabar dengan jawapan perempuan di hadapannya itu. Kalau bukan disebabkan arahan boss dia suruh jangan apa2 kan perempuan ni dah lama dia belasah.

" Mampus lah kau dalam ni  "katanya kemudian beredar dari situ sambil menghempas pintu kuat.

Lia pelik. Itu pun nak merajuk ke?

" Badan je semangat tapi dalam hati ada taman  "

" Dia tak tau ke sekarang ni dia dah kena culik, sepatutnya dia kena gelabah tapi kenapa dia macam rileks je? " ujar lelaki misteri disebalik cctv itu.

" Entahlah boss, aku pun malas nak layan mulut murai dia tu. Macam manalah si musuh boss tu boleh hadap perempuan ni hari2. "balas lelaki merajuk tadi.

******

Kini semua sudah berkumpul atas arahan yang di terima oleh Haidi sebentar tadi untuk bersiap sedia. Konco2 Audrey telah bersedia bersama senjata mereka.

" Tuan, aku dah suruh diorang get ready dekat depan markas. Bila kita boleh gerak? " soal Haidi.

" Aku rasa kita kena gerak sekarang sebab kita sendiri pun tak tau siapa yang culik perempuan tu, so kita tak tau dia akan buat apa dekat Lia kalau kita lambat. " ujar Amer sambil melihat lokasi yang diduduki Lia.

" Kita gerak sekarang. Group A ikut jalan depan, Group B ikut jalan belakang. Kalau ada budak2 dia yang perasan terus ikut plan A kita. Kalau mereka masih hidup dan orang2 kita ramai yang mati buat plan B. Alright?" terang Mark dengan jelas.

Mafia's MaidWhere stories live. Discover now