Bab 22

1.2K 62 5
                                    

 
*****

" Banyak kali aku bagi kau peluang but kau masih cari pasalkan "

Leo yang sedang bersiap sedia dengan senjatanya itu terkedu. Pergerakannya terhenti setelah mendengar suara itu.

" Why? Terkejut aku boleh jumpa kau? Huh! " ujar Audrey sinis.

Melihatkan riak wajah Leo yang cuak itu membuatkan dia terhibur. Baru cakap sikit dah takut ke?

" Huh! Buat apa aku nak takut? Setakat orang macam kau celah gigi aku je buat lawan " ujarnya bangga.

Audrey tersenyum sinis mendengar biacara Leo itu. Cakap dengan cermin agaknya.

" Budak2 dah ready dekat belakang. Line clear " ucap Amer disebalik airpodsnya itu. Semua yang mendengar hanya bersiap sedia.

" Have some tea first... "

" Don't waste my time "

Masing2 mengeluarkan aura dingin mereka. Sudah dia agak Audrey tidak akan bertolak ansur dengannya kali ini.

" Okay, kalau itu yang kau nak. But, if you want me to stop stalking or disturbing you, just one condition " kata Leo selamba.

Audrey hanya mendengar. Tiada langsung niat untuk menyampuk percakapannya. Mata hanya memerhati sekeliling kawasan markas itu.

" What? " dia mengeluh perlahan. Penat melayan perangai kebudak budakan Leo itu.

" Bring me the girl " ucapnya sambil tersengih sinis. Saja mahu melihat reaksi Audrey.

Terkaku sebentar Adri apabila mendengar tutur kata Leo itu. Bermakna Leo sudah tahu kewujudan Lia?

Mereka yang mendengar perbualan Adri dan Leo itu pun sama terkejut. Masing2 diam menyepi apabila topik perempuan itu disebut.

Riak mukanya masih mendatar seperti biasa. Malas mahu berbasi basi lagi dengan lelaki tersebut. Dia sudah tidak tahan.

" You wish. Now boys! "

Leo yang tidak tahu apa yang sudah berlaku terkejut mendengar bunyi letupan dan tembakan yang kuat di gegendang telinganya.

" Fuck! Kau tipu aku. Kau kata nak slow talk, ini dah lebih "

Dengan itu, Leo terus mengeluarkan pistol di tepi pinggangnya. Belum sempat dia menekan picu pistol itu, tanggannya ditendang kuat dari tepi.

Pistol yang tadi ditangan tercampak jauh dari pegangannya. Kevin terus memijak kedua belah tangan Leo, kemudian menekan2 tapak tangan itu menggunakan kakinya.

Audrey berjalan mendekati Leo kemudian menyangkung sehingga ke paras muka Leo. Ditenung dengan penuh dendam.

" Aku dah pernah bagitau kau dulu untuk berhenti ganggu aku. Sekarang kau terima padahnya " ujarnya penuh sinis.

Dengan itu, muka Leo dipijak serta disepak berkali kali oleh Audrey. Matanya menjadi hitam sepenuhnya seolah telah bertukar kepada sisi yang lain.

Puas mengerjakan muka, kini perutnya pula menjadi mangsa sepakan Kevin. Anak buah mereka yang lain ada yang sudah tumbang dan ada yang sudah bernyawa ikan.

Mereka hanya memerhati tanpa membuat sebarang bunyi. Gerun dengan apa yang dilihat didepan mata. Sungguh mengerikan cara Audrey membalas apa yang Leo buat selama ini.

Leo diseret sehingga ke dinding kemudian di tumbuk bahagian matanya berkali kali. Langsung tidak memberi peluang untuk Leo membalas.

" Any wish before die huh? "

Mafia's MaidWhere stories live. Discover now