Bab 9

1.5K 63 2
                                    


   Lia ternganga melihat tempat yang dituju Adri. Walaupun bapanya merupakan ketua kampung tetapi Lia tidak pernah mendapat kasih sayang yang adil dari keluarganya sendiri. Marina yang merupakan adik kembarnya selalu mendapat layanan bak bidadari.

    Adri membawanya ke restaurant di hotel milik Mummynya iaitu, Puan Besar Camilya Razak. Hotel 5 bintang ini diantara top3 Hotel terbaik di Asia. Tetapi dia tidak memberitahu Lia. Adri meneruskan perjalanannya dan meninggalkan Lia yang terkedek kedek mengejarnya di belakang.

Setelah duduk, Lia masih tidak melepaskan matanya kerana terpegun dengan kemewahan dan kecantikan dekorasi hotel tersebut. Dia seakan akan berada di dunia lain. Sekejap pusing belakang, sekejap pandang luar. Adri yang memerhati hanya menggelengkan kepalanya. Macam budak budak.

   "Give me one sphagetti bolognese and one juice apple." Adri pandang Lia yang masih di dunianya.

 "Sampai bila kau nak tenung restaurant ni?"

"Order cepat aku dah lapar." Setelah mendapat soalan yang menyentapkan Lia, dia terus mengambil menu untuk order.

  Terbeliak mata Lia apabila melihat harga yang tertera di dalam menu tersebut. Terus dia menutup buku menu dan merapatkan diri ke arah Adri yang berada di depannya.

"Hmm..Encik tak rasa ke makanan dekat sini terlalu mahal. Saya tak biasala makan makanan macam ni. Kita makan dekat warung je la. Eh Encik?" Lia terpaksa berbisik supaya tidak didengari oleh pelayan yang sedang berdiri tidak jauh dari meja mereka.

  Mana tak terkejutnya woi. Harga paling murah dalam menu tu pun RM15. Memang tak ler dia nak makan dekat situ. Duit pun masih terkial kial lagi nak cari.

Adri membiarkan pertanyaan Lia itu tergantung dan membuat pesanan yang sama.

  "Give her the same as me" pelayan itu mengangguk dan terus beredar dari situ.

"Tapi Encik, saya takde duit nak bayar makanan ni nanti"

 "Diam"

Hanya itu jawapan yang diberi Adri. Kemudian dia membuka telefonnya untuk membaca email email berkenaan dengan kerjanya. Kerja sebagai seorang CEO ini bukan lah mudah, malah tiada masa langsung kalau untuk diri sendiri. Dengan musuh yang tak habis habis nak cari pasal, dah tahu lemah ada hati nak melawan.

    Lia terkebil kebil di depan Encik Beku itu. Memandangkan dia tidak mempunyai telefon jadi dia hanya termenung ke arah luar. Akhirnya makanan tiba di meja mereka. Lia teruja melihat hidangan yang terhidang di atas meja tersebut. Dia menepuk nepuk tangannya menandakan dia suka.

"Hmmmm.. sedapnya Encik makanan ni. Apa nama dia tadi? Spaghetti Bobonini?" tanya Lia sambil menyuap mee itu kedalam mulutnya.

  "Bolognese, mana datangnya Bobonini"Adri menjawab soalan Lia. Tergelak kecil Adri di dalam hati melihat Lia yang makan seperti kanak kanak. Tak senonoh betul dia ni.

********

********

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Mafia's MaidWhere stories live. Discover now