Bab 33

571 20 3
                                    

INGAT YER ANAK2 OREN SAYA.
ADRI TU NAMA PANGGILAN SI AUDREY FREDERIC.
Ingatttt!!!!!
Jangan keliruu dah tauuuuu!!!









.........


" Aku terima nikahnya....."

Selesai sahaja majlis, mereka terus balik ke rumah kerana Puan Camylia ada membuat majlis kecil-kecilan dirumahnya sementara menunggu malam untuk majlis bersanding.

Lia terus lari masuk ke biliknya. Dia tidak sangka ibu bapanya hanya datang untuk menyaksikan dia sah menjadi isteri seseorang yang tidak pernah mereka kenali atau berjumpa.

Dia sedih.

Baginya mereka sangat istimewa tetapi mereka ibarat menjual anak sendiri kepada orang yang tidak dikenali. Walaupun Lia sudah agak selesa dengan mereka, itu tidak bermaksud yang Lia menerima lelaki itu sebagai seorang suami.

Teringat lagi dia ayat terakhir sebelum bapanya pergi dari situ.

" Mulai harini kau dah sah jadi isteri orang, jadi tak perlu lagi kau amik peduli tentang kami dan mulai saat ini juga aku dah tak anggap kau sebagai anak aku. Sampai hati kau kahwin lepas apa yang kau dah buat! Huh!"selepas sahaja berkata seperti itu mereka terus melangkah pergi tanpa menjamah sedikit pun makanan dari majlis tersebut.

Laju air matanya jatuh seperti air terjun. Namun dilap secepat mungkin takut2 ada orang yang nampak dia menangis.

Nasib sahaja makeup yang dipakainya tidak rosak.

Tiba tiba pintu biliknya diketuk dan dikuak oleh orang diluar. Audrey Frederic.

" Ehem. Lepasni pindah dalam bilik aku. Aku dah mintak orang gaji Mummy untuk pindahkan barang kau ." ujarnya beku. Selepas tiada respon dari isteri sahnya, Audrey terus melangkah mendekati Lia.

" Kau... menangis ke?"

Terdengarkan derupan kaki lelaki itu mendekatinya , terus Lia menyeka air mata di pipinya dengan laju. Lia terus memusingkan tubuhnya untuk memandang wajah majikannya. Aip! Wajah suaminya.

" Takdelah, mana ada saya menangis. Mata saya masuk habuk tadi tu yang keluar air mata sikit sebab pedih. Bilik saya ni dah lama sangat kot tak dibersihkan jadi sebabtu berhabuk sampai saya tak perasan. Maaf." ujarnya panjang.

Menggeleng kepala Adri mendengar perbohongan perempuan didepannya itu. Sah-sah mata bengkak hidung merah itu berpunca daripada menangis. Apa ingat dia bodoh ke tak reti beza muka orang nangis dengan orang yang tengah sakit mata.

" Hmm. Ikut kau lah kejap lagi turun bawah ada orang yang aku nak kenalkan." Usai berkata begitu Adri terus beredar.

' Ya Allah, kuatkanlah semangatku untuk menempuh hari-hariku sebagai seorang isteri yang berguna '





.......





Tiba malam dimana mereka akan bersanding di dalam dewan hotel yang sangat mewah.

Tetamu-tetamu yang hadir juga bukan calang-calang orang. Ada yang daripada luar negara, ada yang dari keluarga yang berharta.

Lia masih lagi di dalam bilik persalinan.Hatinya sangat gementar untuk bertemu dengan orang-orang di luar sana.

Dia melihat dirinya di dalam cermin besar yang tersedia di dalam bilik tersebut.

Cantik. Wajahnya lain apabila mengenakan makeup.

Pakaian hitam yang tersarung dibadannya lagi menaikkan seri wajahnya.

Pakaian hitam yang tersarung dibadannya lagi menaikkan seri wajahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 03, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Mafia's MaidWhere stories live. Discover now