Bab 27

1.2K 62 1
                                    


*******

Antara banyak2 tempat, bau ubatlah yang paling dibenci oleh Lia. Kini dirinya berada di sebuah klinik yang berhampiran dengan rumah Encik Audrey.

Hampir gugur jantungnya apabila dia sedar dari tidur, tahu2 sudah berada di depan klinik kesihatan. Terus matanya ditutup semula.

' Mak, Lia tak nak jumpa doktor! ' jeritnya di dalam hati.

Encik Audrey yang duduk jarak dua kerusi darinya itu dipandang dengan mata yang sayu. Berharap masih ada berperikemanusiaan kepadanya.

Malangnya dia pada hari ini, sedikit pun Audrey tidak menoleh ke arahnya. Tahu yang Lia akan memberi macam2 alasan nanti.

" Tak guna betul, tak ada sifat kemanusiaan ke dekat aku ni " ujarnya perlahan tetapi dapat didengari oleh telinga tajam Audrey.

" I heard that "

Terus Lia menekup mulutnya laju. Terkantoi pulak dengan mamat ni. Jauh pun boleh dengar ke?

' Okay kau kena cuba Lia, kalau lambat nanti kau dah kena panggil '

' Okay2, kalini aku kena cuba pakai mulut. Bismillah '

Baru sahaja Lia ingin membuka mulutnya, pantas Audrey mencelah.

" Kalau Daddy tak suruh, tak ingin aku nak bawak kau pergi sini. So, ikut je apa aku suruh and jangan banyak songeh. Full stop! " ujarnya tegas.

Terkejut Lia selepas mendengar apa yang dikata oleh Encik Beku tadi.

" Tuan Besar yang suruh? Dia tahu ke aku jatuh tadi? Aunty ke yang cerita? Eh, mestilah dia tahu kan tu suami dia.  Mestilah dia akan cerita, ye dok?  " Lia bermonolog dengan diri sendiri.

Audrey yang mendengar bisikan mistik Lia itu hanya menggelengkan kepalanya sahaja. Nasiblah mereka berdua sahaja berada disitu.

Selang beberapa minit, tiba2 pintu bilik doktor Nurul itu dibuka. Terus duduk menegak Lia selepas melihat baju yang dipakai oleh pembantu doktor tersebut.

" Melissa Aulia binti Maliqeu "

Berderau jantungnya setelah nama penuhnya dipanggil. Mata bergerak memandang ke arah Encik Audrey, kepala digeleng tanda dia tidak mahu masuk.

" Masuk cepat, aku tunggu luar. Don't waste my time Melissa Aulia. "

Hendak sahaja Audrey memanggil Dr. peribadinya akan tetapi doktornya itu adalah seorang lelaki. Jadi, dia terpaksalah singgah ke klinik yang mempunyai doktor wanita.

Dalam keterpaksaan Lia terus bangun dari tempat duduknya dan masuk ke dalam bilik tersebut. Kepalanya hanya memandang bawah dek kerana tak suka dengan bau ubat ubatan yang kuat itu.

Suasana sunyi di dalam kereta itu selepas balik dari klinik. Audrey yang hanya fokus dengan pemanduannya, manakala Lia merenung pemandangan di luar.

Walaupun perjalanan dari klinik ke rumah hanya memakan masa beberapa minit, tetapi Lia merasakan seperti berjam lamanya.

Bosan sudah menyelubungi diri Lia. Bandannya sudah tidak duduk diam dari tadi. Sekejap pandang depan, sekejap pandang belakang. Tangannya ada sahaja ingin menyentuh disetiap sudut kereta tersebut.

Butang radio itu ingin dibuka olehnya. Tiba2 muncul sebatang pen yang memukul tangannya.

Tap!

" Ow, " adu Lia sambil mengusap tangannya perlahan.

" Tangan tu duduk diam. Jangan suka sangat usik barang orang "

Terdiam Lia selepas mendapat ayat yang menyentapkan hatinya itu. Tak berani dia mahu menatap muka Audrey, ada kena tinggal tepi jalan nanti.

Mafia's MaidWhere stories live. Discover now