Bab 21

1.2K 65 4
                                    


  Langit yang gelap diluar itu menandakan hari sudah malam. Lia masih lagi kekok berada di rumah agam ini. Sungguh dia tidak menyangka Mummy Adri bukanlah yang macam di katakan. Jauh sekali dengan apa yang diberitahu Encik Beku tengah hari tadi.

Mereka berborak sehingga tidak sedar sudah berjam lamanya. Akhirnya Lia meminta izin naik ke bilik untuk menunaikan solat. Puan Camilya sungguh peramah dan bijak berkata kata. Mereka bukan sahaja berborak kosong tadi, Puan Besar juga menyelitkan cerita tentang kerjayanya.

" Jadi, Hotel yang aku pergi haritu milik Puan Camilya lah. Bertuah punya Beku tak bagitahu aku." omelnya geram.

Untung sahaja Puan Camilya bercerita tentang kerjayanya tadi. Kalau tidak sampai ke sudah dia tak tahu benda ni.

" Nasib baiklah Puan tak macam Encik Adri tu. Cukuplah aku asyik rasa takut selama ni. " luahnya lega.

" Hmm... Solat dululah, karang nak sambung borak hehe."

Jam sudah menunjukkan pukul sepuluh, Lia masih lagi ligat mengelap pinggan mangkuk di dapur.

Walaupun sudah dihalang oleh pembantu di rumah itu dia tetap degil ingin menghabiskan kerja tersebut.

" Hey, kenapa tak biarkan je maid dekat sini yang buat. Susah susah je Lia ni."

Tiba-tiba terdengar suara Puan Camilya dari ruang makan itu. Lia hanya tersengih kecil mendengar bebelan itu. Dia suka dengan cara Mummy Adri ni.

Sungguh lembut melayan tetamu walaupun tidak sama tarafnya. Lia merasa seperti sedang bercuti dengan Ibunya. Dia rindukan belaian seorang insan yang bernama Ibu. Sungguh!

" Ala... sikit je ni Puan. Dah nak siap pun setakat lap2 ni kacang panjang je hehe" jawabnya dengan nada gurauan.

" Hmm.. Ada ada jelah kamu ni. Sudah ler tu, pergi rest dekat atas. Esok Tuan Besar balik." ujar Puan Camilya teruja.

Of course lah teruja nyah. Laki aku bukan laki kau!

Lia yang mendengar Tuan Besar itu sudah gerun. Takut dan gelisah. Semua perasaan yang dia rasa sekarang ini tidak aman.

Puan Camilya pelik melihat muka berkerut Lia itu. Beberapa saat kemudian, otaknya sudah dapar tangkap reaksi tersebut.

" Tapikan Lia... Sebenarnya keberadaan awak dekat sini suami saya tak tahu. Mungkin dia akan terkejut sikitlah sikittt. But awak jangan risau, muka dia je nampak menakutkan tapi dia still makan nasi macam kita." jelasnya satu persatu.

Dalam hati sudah tergelak melihat wajah Lia yang semakin pucat. Camilya hanya menahan tawanya supaya tidak kantoi.

Sekarang semua dah tau perangai siapa Adri ikut. Pasrah je lah.

Sudah dia agak pasti Lia akan bereaksi begitu. Walaupun dia tahu mungkin suaminya akan membuat muka tidak berperasaannya apabila balik nanti.

Ya Allah, kau selamatkanlah aku dari dugaan ini. Bagilah aku kebebasan dari orang2 yang garang. Amin '

Melihatkan tiada reaksi langsung di muka Lia, terus bahunya ditepuk Puan Camilya.

Tercampak kain yang berada di tangannya tadi. Menggelabah Lia apabila tersedar dari lamunannya.

"M.. maaf puan. S..saya tak fokus puan cakap apa tadi."

Tergagap gagap dia menjawab. Sudahlah kain yang dia pegang tadi basah. Mujur tidak melekap di muka Puan Camilya.

" Ish, macam² lah kamu ni. Sudah, pergi naik atas rehat. Esok saya ada tempat nak bawak kamu " ujarnya sambil tergelak.

Terangguk angguk Lia mendengar bebelan Mummy Adri itu. Sekarang hanya jasadnya yang berada di dapur itu, rohnya sudah terbang melarikan diri.

Mafia's MaidWhere stories live. Discover now