Bab 8

1.5K 74 2
                                    

        "Kau buat apa dekat sini?"

Walaupun soalan itu agak ringkas, tetapi suara garau itu membuatkan Lia menggigil.

 "Saya..saya cuma nak kemas bilik ni je." Jelas Lia.

"Ada aku suruh kau kemaskan bilik ni ke? Takda kan so kau boleh keluar." Adri berkata kemudian melangkah masuk dan membuka mackbooknya.

  Lia masih berdiri tegak di hadapan meja kerja itu. Lia tergoda dengan wangian yang dipakai oleh Adri. Harumnyaaa..

    "Tercegat apa lagi dekat situ.Kau dah siap masak makan tengah hari aku belum?" tanya Adri dengan matanya yang masih tidak terlepas dari tabnya.

APA??! Dah tengah hari ke? Tapi aku rasa tadi aku kunci jam pukul 11.Cepatnya masa berlalu.

"Tapi Encik, bukan baru pukul 11 ke? "

   "Awalnya Encik balik?"

"Mana yang la-" Percakapan Lia terbantut apabila matanya bertentang dengan Encik beku itu. 

   "Okay okay, saya pergi masak sekarang" Dengan itu dia terus beredar dari situ. Selepas menutup pintu Lia menarik nafas sedalam dalamnya. Takut babeng mata dia..

  Tertutup sahaja pintu itu, Adri terus menghempas badannya di kerusi. Dia bukan sengaja nak buat perempuan itu takut padanya, tapi nak buat macam mana. Itu sudah memang sifatnya dari dulu. Jadi susah untuk diubah semula dalam sekelip mata.

   Tiba tiba Adri teringat semula kejadian pagi tadi. Pagi tadi bukan main lagi ayat kau tunggang langgang kan. Ni lancar pulak. Haih macam macam la perempuan ni. Sinis gelaknya. Kemudian dia meletakkan kepalanya di meja dan terlelap.

  Lia terlupa hendak memberitahu Kevin tentang barang keperluan dapur sudah habis. Dia sudah menggaru keningnya yang tidak gatal. Lia berkira kira ingin meminta number telefon Kevin dari Encik beku, tetapi tiada keberanian. Jadi gimana ni?

"Takkan aku nak bagi  alasan barang dapur takde pulak. Kang aku yang kena marah, tak memasal menangis kat tepi tiang.

   "Lantak la, cuba je la "

"Ya Allah, selamatkan la aku dari dimakan manusia beku ini. Aminn" Selepas berdoa Lia terus naik ke tingkat tiga dimana Adri berada.

   Lia mengetuk pintu, kemudian menunggu arahan untuk masuk, tetapi tiada sahutan. Jadi dia memboloskan diri dan masuk ke dalam bilik tersebut.

Kelihatan Adri sedang tidur dengan tangan yang menampung kepalanya di atas meja kerja itu. Lia tidak sampai hati untuk mengejut Adri jadi dia hanya berdiri tegak di situ.

   Takkan aku nak berdiri je dekat sini sampai dia sedar. Karang kalau aku kejut aku yang kena. Pastu aku nak kena buat apa ni?

Lia berdehem kecil untuk mengejut  Adri, tetapi Adri masih tidak sedar. Lia mengahadirkan keberanian dalam dirinya untuk mendekatkan diri dengan Encik ais ni. Dia mendekatkan sedikit jarak mukanya dengan muka Adri.

  Niatnya untuk memanggil Adri secara perlahan itu telah memakan diri apabila Adri membuka matanya dan membuatkan Lia terkejut kemudian tersalah langkah. Lia menyangkakan dia akan jatuh terduduk di atas lantai , tetapi lain pula jadinya.

Dia merasakan sesuatu yang melingkar di pinggang rampingnya. Lia membuka matanya untuk melihat apa yang terjadi. Dia terkejut apabila mukanya sangat dekat dengan muka Encik beku itu sehingga hidung mereka bersentuhan.

  "Maaf..maaf , saya tak berniat nak mengganggu Encik tidur" menggelabah Lia melepaskan pelukan percuma yang diberikan oleh Adri dan membetulkan baju serta tudungnya yang sudah senget.

Mafia's MaidWhere stories live. Discover now