Bab 20

1.4K 67 2
                                    

Enjin kereta dimatikan menandakan mereka sudah sampai ke lokasi yang dituju iaitu Airport. Pemandu itu segera keluar dari kereta dan mengeluarkan bagasi mereka. Pintu kereta dibuka. Seorang demi seorang keluar dari kereta Range Rover hitam itu. Semua anak buahnya sudah beratur panjang dan menunduk hormat kepada mereka.

" Semua dah ready Master!" kata salah seorang anak buahnya lantang.

" Good, now move!" ujar Adri pula. Mereka semua akur dan bergerak masuk ke dalam.

Adri, Kevin dan Ken jalan di hadapan manakala Adrey, Amer dan Mark di belakang. Mereka bergerak menuju ke tempat khas untuk menaiki kapal terbang yang dimiliki oleh bapa Adri sendiri.

Setelah semua selesai mereka sedia untuk bertolak ke China. Semua mengambil tempat masing masing dan merehatkan diri. Adri masih dengan Macbook di depannya bersama Amer. Mereka sedang berbincang tentang rancangan untuk musnahkan Leo.

" So kita akan buat tiga plan which is plan A, plan B and plan C." ujar Amer.

" Plan A kita hantar beberapa budak kita pergi ke tempat yang bahlul tu selalu pergi macam club or hotel? Then kita perangkap budak² dia pergi satu tempat yang sunyi pastu tembak. Nanti confirm Leo datang jumpa kau. Plan B pulak, kita sendiri pergi jumpa dia depan² dan suruh budak² kita ready dekat belakang once budak² si Leo tu muncul then baru kita boleh belasah Leo tu cukup². Last, Plan C aku akan hantar someone yang boleh perangkap si Leo ni. Lepas dia dah makan dengan umpan, dia akan pergi satu tempat ni then dia mesti akan suruh bodyguard or whatsoever balik. So dekat situlah kita akan attack dia. Cuma yang plan ni cara kotor sikit lah. Amacam? Setuju ke tak? " jelasnya lagi. Sampai merecik recik air liur dia menjelaskan kepada Adri.

" Hmm.. interesting jugak plan² kau ni. Okay, takpelah kita sambung bila dah sampai sana nanti. Kau restlah " jawab Adri. Dia perasan muka penat Amer jadi dia beri rehat pada Amer.

" Okay, kau pun" dengan itu Amer terus menutup laptopnya dan menuju ke tempat duduknya. Adri menyimpan Macbooknya dan membuka telefon untuk membaca mesej dan email yang tertera di noti telefonnya.

Selesai memeriksa semua email, Adri merebahkan kepalanya di kerusi lembut itu. Mata dipejam rapat untuk mendapatkan rehat secukupnya. Semalaman juga dia tidak melelapkan mata kerana sibuk membuat kerja. Tiba tiba dia teringat semula kejadian tengah hari tadi di rumah.

FLASHBACK

Tiga buah beg tersusun di depan biliknya. Tudung yang tersarung di kepala itu dikemas rapi. Untuk kali yang terakhir, Lia membelek pakaiannya di hadapan cermin biliknya itu.

" Aduh, macam tak okay je baju ni. Nak tukar ke tak nak eh? Tapi...." terhenti bebelannya apabila terdengar ketukan di pintu.

" Ya, saya dah siap ni " jawab Lia sedikit menjerit. Beg sandang di ambil kemudian melangkah keluar dari biliknya.

Buka sahaja pintu terpapar muka Adrey yang sedang menunggu di hadapan pintunya. Segaris senyuman manjs diberi dengan mata sepetnya itu bertambah manis senyumannya.

" Dah? Kita nak gerak ni" tanya Adrey sambil mengangkat beg² Lia itu. Lia hanya mengangguk menandakan sudah sedia untuk bergerak.

" Kau naik dengan Ad. Seat kereta ni 4 orang je muat. Dah blah" ujar Amer kepada Kevin.

" Eh, asal aku lak. Aku dah cop tempat aku dekat depan tadi. Kau pahal duduk tempat aku " bentaknya tidak berpuas hati.

Sudah diletak telefon bimbitnya di atas seat kereta itu awal² supaya tiada sesiapa ambil. Akhirnya, dikebas oleh monyet ni.

Mafia's MaidWhere stories live. Discover now