Bab 23

1.2K 60 9
                                    

********

Alhamdulillah selesai sudah seksaan Lia tadi, sekarang dia boleh tidur dengan lena tanpa berfikir. Selepas sahaja habis makan malam sebentar tadi, Lia terus menuju ke dapur.

" Nasib baik Tuan Besar tak tanya banyak. Kalau tak naya aku nak menjawab "

Lia melepaskan keluhan panjang. Satu minit bagaikan 1 hari dirasanya.

Bukan dia tak perasan muka Tuan Austin tadi. Macam tak suka je aku ada dekat sini. Tapi takpe, orang kata don't judge a book by it's cover kan.

Teringat pula dia dengan soalan tadi.

" So, Lia dah lama kenal dengan Ad? "

" Macam mana boleh kenal dia? "

" Parents mana? "

Soalan terakhir yang sukar bagi Mellisa Aulia untuk menjawab. Dia sekadar memberi senyuman palsu kepada mereka.

Kalau diikutkan, Lia sudah malas ingin mengambil tahu tentang mereka.Tetapi dalam fikirannya masih lagi bertanya tentang keadaan mereka. Lagi2 adik kembarnya Marina Auria.

Selesai membuat rutin malamnya, Lia terus baring di atas katil empuk itu. Mata dipejam rapat lalu tanpa sedar dia sudah diulit mimpi.

******

PUK!

PUK!

PUK!

" Ni balasannya sebab kacau hidup aku  "

" Ni sebab kau ganggu family aku "

"Dan ni sebab kau sebut benda yang aku benci "

Diberi tendangan serta tumbukan yang tiada henti. Rasa dendam dihati dikeluarkan satu persatu.

Leo yang sudah longlai tidak bermaya itu dipandang. Mukanya yang sudah bengkak dan penuh darah. Bibirnya pecah.

" Huh, aku... ta.. tak cak.. cakap apa pun... dari tadi "

" Apa.. apa maksud kau.. sebut benda... yang kau benci " tanya Leo tersekat sekat menahan sakit. Sungguh dia tidak larat untuk melawan.

Audrey terdiam.

Matanya tepat memandang mata Leo yang sudah berdarah itu. Giginya diketap kuat. Sudah tahu lagi ditanya.

" Kau yang bunuh abang aku la sial ! Kau jangan nak buat bodoh pulak dekat sini ! " jeritnya kuat.

Kolar baju Leo ditarik kemudian dihentak badan Leo ke dinding bilik itu.

" Kau dengar sini baik2, aku dah bagi kau warning dari dulu lagi. Kau buat tak endah je. Now, terima padahnya  "

Belum sempat Audrey menghentak tangannya di kepala Leo, Leo berbisik sesuatu di telinganya. Hanya Audrey yang mendengar.

" AJ.. nama dia Adam.. Jeff. Cari.. dia  "

Selepas berkata begitu, semua di dalam bilik itu terkejut dengan tindakan spontan Leo.

Pisau yang berada di pinggang Audrey diambil kemudian menikam perutnya berkali kali.

Leo terus jatuh terduduk dengan mata terbuka. Darah yang membuak buak keluar itu tidak dihirau Audrey sedikitpun.

Dalam otaknya masih memproses motif Leo memberitahu nama tersebut. Selepas beberapa saat barulah Audrey kembali ke dunia nyata.

Tergamam sedikit dia apabila melihat Leo yang mati kerana menikam perutnya sendiri.

Kolar baju Leo sekali lagi ditarik. Tidak hirau dengan jasadnya yang sudah longlai itu. Digincang berkali kali dengan kasar.

Mafia's MaidWhere stories live. Discover now