Bab 18

1.3K 64 4
                                    


Sedar tak sedar, sudah genap dua bulan Lia menginap di rumah agam ini. Alhamdulillah sepanjang dia bekerja disini, belum lagi timbul masalah atau perkara perkara pelik yang berlaku. Semuanya berjalan lancar termasuk gajinya.

Minggu hadapan iaitu 8 oktober 2021 merupakan hari penting bagi Mellisa Aulia. Di dalam fikirannya sudah terngiang ngiang suara seseorang. Bagi Lia seseorang itu amat bermakna baginya kerana insan tersebutla yang membantu dan memberi semangat kepadanya saat Lia susah.

Lamunannya diteruskan lagi sementara tangan sedang mengelap pinggan mangkuk yang baru dicuci tadi. Otaknya ligat memikir patutkah dia mengambil cuti pada hari itu atau tidak?

" Patut tak aku tanya dia? Tapi kalau aku kena marah kang tak ke naya?" tanyanya sendiri.

" Tapi kalau aku tak tanya nanti aku yang rugi. Kan?" bisiknya di dalam hati.

Kain disangkut dan pinggan disusun ke dalam rak pinggan. Selesai mengemas dapur, ruang tamu pula dituju. Sedang dia mengebas sofa, kedengaran pintu lift terbuka. Kevin, Amer, Mark, Ken, Adrey dan akhir sekali Encik Beku keluar dari lift tersebut.

" Awak semua dah balik?" tanya Lia tersenyum sehingga menampakkan gusinya.

" Eh taklah, nak keluar balik ni. Asal?" jawab Adri selamba.

Selepas mendengar jawapan yang diberi, terus pudar senyuman Lia. " Tanya pun salah ke?" bentak Lia.

Tapi dia hanya mampu berkata di dalam hati sahaja. Nanti menjawab mahu kena pecat dengan si singa tu.

" Yer la, saya tanya je. Awak semua duduk la dulu dekat meja. Saya nak hidang makanan sekejap." arah Lia. Mereka akur sahaja. Perut pun sudah lapar.

Kemudian mereka semua menuju ke meja makan dengan serentak. Sambil menunggu makanan tiba, Adri membuat panggilan di luar. Kevin dan Adrey sedang membantu Lia mengangkat hidangan si dapur.

Kini hanya tinggal Mark, Amer dan Ken di ruangan meja. Masing masing menghadap laptop dan tidak menghiraukan suasana keliling. Selesai menghantar email, Mark meletakkan telefon dan laptopnya di atas meja.

" Woi. Sudah sudah la tu nengok telefonnya. Sekarang masa rehat. Simpan laptop tu." arahnya tiba tiba. Amer dan Ken hanya memberi jelingan maut.

" Kau main tadi boleh pulak? Tau la kau dah send email, jangan riak please!" jawab Amer tidak berpuas hati.

Alkisahnya, mereka masih belum selesai kerja di pejabat tadi, tetapi Adri memaksa mereka semua balik makan di rumah kerana ada hal penting untuk dibincang.

Mereka semua di beri amaran oleh Adri masa di dalam lift sebentar tadi.

" Kenapa Kevin dengan Adrey je yang hantar email dekat aku? Yang lain punya mana? Korang tau kan benda ni penting. Aku nak meeting dengan daddy lepasni siapa nak tanggung kalau korang tak hantar!" marahnya dengan memandang muka mereka satu persatu.

" Kau la tadi suruh cepat cepat balik. Kitorang belum siap lagi, tinggal sikiiiiiiit je nak siap dah. Sorry la bro. "jawab Mark. Berani menempah maut yer kamu. Tangannya disiku Amer, mereka semua menunduk sahaja.

" Aku tau siapa tak hantar email tu sekarang, jangan makan. Faham!" arahnya tegas. Amer, Mark dan Ken hanya mampu mengangguk.

" Ehh, takpe takpe. Tak payah tolong, saya boleh buat sendiri. Lagipun ni kan memang kerja sa...."

" Takpela, apa salahnya tolong angkat je pun." potong Kevin dan sambung mengangkat mangkuk lauk sotong sambal dan nasi. Adrey pula menyusun pinggan dan sudu di atas meja makan.

Walaupun digelar mafia dan manusia yang digeruni orang ramai, tetapi bagi mereka membuat kerja rumah itu perkara biasa kerana sepanjang mereka menetap di rumah Adri, dia tidak pernah melantik orang gaji dan sebagainya.

Mafia's MaidWhere stories live. Discover now