Bab 24

1.2K 63 6
                                    

********

Pinggan terakhir yang dibasuh itu disusun pada rak pinggan disebelahnya. Baru sahaja dia memusingkan badan, terkejut beruk Mak Siti melihat anak daranya.

" Kau.. kau kena sampuk jembalang mana ni? Kau demam ke? " soalnya sambil tangan merasa dahi anaknya.

Tak panas pulak.

Marina menepis tangan maknya laju.

" Ish, apa mak ni! Orang pakai macam ni kata kita demam pulak " bantahnya.

" Cantik tak mak? Ni orang nak pakai gi KL esok " katanya sambil membelek belek tudung bawal yang melekat dikepalanya itu.

Mak Siti terus berhenti menyedok kuah sup itu. Badan melangkah dekat ke anak daranya.

" Kau ulang balik kau cakap apa tadi "

" Rina nak gerak KL esok. Kenapa? "

" Jangan cakap kau nak pergi spy kakak kesayangan kau tu? " ujarnya tidak puas hati.

Marina mengeluh berat. Suka aku lah nak buat apa!

" Memang itu pun plan Rina mak oi. Kalau tak sampai bila kita nak hidup macam ni? Takkan mak takde plan2 boek?" tanyanya pada Mak Siti sambil tersenyum sinis.

Mak Siti termenung.

' Betul jugak cakap budak ni. Takkan aku nak berdiam je.'

" Habis kau tau ke dekat mana dia duduk sekarang? "

" Tak "

Kepalanya terus diketuk dengan senduk.

" Aduh! Mak ni kenapa? " Marina mengaduh sakit sambil kepalanya digosok perlahan.

" Takkan kau nak merempat tepi jalan dah sampai sana nanti."

" Orang pergi dengan kawan lah mak. Sibuk lah mak ni. "

" Kawan mana satu? "

" Perempuan ke lelaki? "

" Kau bukan takde kawan ke? "

Bertubi tubi soalan yang diberi.

" Mak ni! Orang pergi dengan Nana tu lah. Dia sorang je yang rapat dengan Rina kan "jawabnya sambil mengunyah keropok lekor.

" Hmm.. ye lah. Kau pergi sana jangan nak buat benda bukan2 pulak. Jaga sikit nama orang tua kau. " pesan Mak Siti.

Risau pula dia kalau2 Marina buat hal. Anak dara pulak tu lainlah kalau anak jantan.

" Ye lah mak. Orang tau, nanti dah sampai orang roger2." jawabnya menyakinkan Mak Siti.

" Hmm ye la.. Jaga diri. "

Dengan itu Marina terus naik ke atas untuk mengemas barang2.

*******

*
*

Selepas selesai solat zohor, Melissa masih berada di dalam biliknya. Baru sahaja dia ingin menikmati angin di luar.

" Alamak, macam mana ni. Takkan aku nak keluar macam tu je. "

Mundar mandir Lia di dalam bilik tersebut. Sekejap ke kiri sekejap ke kanan. Kuku digigit sambil berfikir.

" Okay, relaks Lia. Bukan salah kau, diorang yang datang mengejut so bukan kau yang salah. "

Setelah menyedapkan hati sendiri, Lia tekad untuk keluar dan turun ke bawah dengan selamba.

" Bismillah, ya Allah kau permudahkan urusanku. Amin "

Mafia's MaidWhere stories live. Discover now