Bab 12

1.5K 60 0
                                    

 " Macam mana dengan keadaan dia, Zack?" tanya Mark yang risaukan keadaan Lia.

" Tak ada yang serius pun, kepala dia terhantuk sikit je. Mungkin dia terkejut dan  dia pengsan." jawab Zack selepas memeriksa keadaan Lia sebentar tadi.

Selepas saja membersihkan diri dan berehat sebentar di rumah, mereka terus bergerak ke hospital untuk melihat keadaan Lia. Hanya Audrey dan Adrey yang tidak dapat datang kerana ada hal.

Jadi pada petang itu hanya Kevin, Mark, Amer dan Ken yang datang.

  " Woi! Bak lah balik air milo aku." ujar Ken apabila Amer merampas air milo berharganya dan berlari lari di sekitar bilik itu. Mentang-mentang bilik VIP.

" Kalau kau nak kejar lah aku" Amer berkata sambil mengajuk muka Ken yang ingin menangis itu. Mereka pun bergaduh dan berkejaran di dalam bilik yang besar itu. Kevin yang melihat hanya menggelengkan kepalanya.

 " Mungkin dia akan sedar dalam minggu ini. Mengikut keadaan pesakit." kata Zack sambil menulis sesuatu dibukunya.Dia  terlupa apa yang ingin dicatat dalam buku tersebut apabila mendengar jeritan Ken dan itu mengganggu kerjanya.

Zack yang baru teringat tentang sesuatu terus berdehem dan menghentikan perbuatan mereka.

 " Ouhh...aku lupa nak bagitahu. Ad suruh aku dischargekan budak ni tadi, so korang boleh get ready lah angkat kaki dari sini." dengan itu Zack terus keluar dari bilik itu sambil tersenyum. Zack sudah tidak tahan dengan perangai mereka.

Kata mafia tapi perangai serupa budak tak matang. Agaknya sebab inilah Adri tidak menggalakkan mereka dirawat di hospital.

 " Wahh! suka hati dia je nak halau kita. Kau memang nak kena Zack." ujar Amer yang tidak puas hati. Dia yang tak suka kitorang boleh pulak petik nama Adri. Kau memang biadap.

 Mark yang mendengar hanya diam dan memandang ke luar. Dia masih rasa bersalah.

Dia bukan sengaja untuk membiarkan orang yang melanggar Lia itu lari. Ada sebab kenapa dia tidak mengejar mereka.

'Maafkan aku'

Katanya di dalam hati kemudian keluar dari bilik tersebut.

**********

KEESOKAN HARINYA

Lia masih tidak sedar. Mark hanya memerhati setiap gerakan pembantu yang ditugaskan untuk menjaga Lia.

Ketukan di pintu menyentakkan lamunan Mark.Dia menoleh dan kelihatan Adrey yang sedang bersandar di depan pintu.

"Aku nak jumpa kau kejap boleh?" ajaknya kemudian terus turun ke bawah.

Mark mengangguk. "Nanti dia dah sedar panggil aku"
Kemudian dia beredar dari situ.

"Ada apa, bro"

"Sampai bila kau nk macam ni?" tanya Adrey sambil setelah menghirup air kopinya. Dia memandang ke langit yang disinari bintang dan bulan.

"Maksud kau?" tanya Mark yang pelik dengan soalan Adrey.

"Kau faham maksud aku kan, so jangan buat muka gitu. Aku debik kang" Adrey berkata serius.

"Haih, aku pun tak tau la bro. Aku rasa something yang tak kena dekat sini" jawabnya kemudian menunjuk ke arah dadanya.

Adrey memandang pelik sahabatnya itu. Jarang jaranglah dia ni nak serius macam ni. Ni tiba tiba pulak.

"Aku rasa bersalah sebab biarkan diorang terlepas masa tu. Kalau lah aku.."

"Dah dah, takda apa tu. Esok lusa sedar la dia, kau jangan risau. Sekarang ni kau relax dulu pergi rehat. Nanti kita fikir pasal benda ni okay?"

Adrey yang sudah tahu apa yang Mark ingin katakan terus memotong ayatnya.

Mafia's MaidWhere stories live. Discover now