Bab 14

1.3K 76 2
                                    

****************************

"Check cctv sekarang." arah Adri.

"Macam mana kau boleh biarkan je dia bawak Lia keluar.Kau patut tanya kitorang dulu sebelum buat apa apa!" marah Mark pada Ken.

"Aku...aku..tak sengaja.Mana aku nak tau dia jahat" tergagap dia menjawab. Dia bukan sengaja mahu lepaskan Lia dengan nurse itu. Dia sendiri tidak sedar apa yang dia cakap.

"Dah dah, kita tengok dulu cctv ni dia bawak Lia pergi mana."Kevin cuba menenangkan mereka.Kalau asyik bertekak bila nak selesai masalah.

"Nampaknya benda ni memang dah dirancang.Mereka dah bertindak dulu sebelum kita"kata Amer yang memeriksa rakaman cctv di laptopnya.

"So, apa plan kita? Lia dah kena culik takkan kita nak relax je?" tanya Mark yang risaukan tentang keadaan Lia.

Kesian Lia baru sedar dah kena culik.Diri sendiri dah la lemah haih malangnya hidup kau Lia.Omel Mark dalam hati.

"Leo minta aku jumpa dia seorang diri.Kalau tak Lia mati."

Dengar sahaja perkataan mati mereka semua terdiam.Mereka bukan tidak kenal dengan perangai Leo tu. Dia boleh buat apa sahaja untuk memuaskan hatinya.

"Kalau macam tu kau pergi sana dulu.Bagi aku lokasinya, nanti kitorang menyusul"setelah beberapa minit,Amer berkata.

Yang lain mengangguk setuju dengan Amer.Adri terus bangun dan bersiap sedia.Malam ini akan jadi malam yang sangat panjang.You're dead Leo!

Kevin yang memerhati Mark di tepi kolam itu mendekat. Mark nampak gelisah tidak seperti yang lain.Pelik selalunya dialah yang paling bising mengacau sana sini.

"Kau kenapa ni bro?"Lamunannya mati apabila ditegur Kevin.

"Takde apa lah.Aku just risau keadaan Lia.Dah la dia baru je sedar kena culik pulak tu. Betapa malangnya hidup dia" ujar Mark dengan hati yang berat. Dia sendiri pelik kenapa dia perlu ada rasa begini.

"Kau relax je.Kau kena percayakan Adri. Even kau nampak dia tenang macamtu tapi dia risau sebenarnya" Kevin cuba menenangkan Mark.

Hanya anggukkan yang diberi kemudian dia mencari kelibat Adri tetapi tiada.Kevin yang melihat sudah menggeleng kepala.Nampak sangat dia tak bagi perhatian masa bincang tadi.

"Adri dah pergi.Kita menyusul nanti"

"Dah dah siap cepat. Aku nak kena pujuk mangkuk lagi satu tu pulak. Kau la ni pergi tengking dia tadi buat apa." sudah melepaskan geramnya pada Mark dia terus beredar dari situ.

Mark terkejut dengan perubahan mood si Kevin itu. "Pelik betullah aku ingat perempuan je boleh senang senang tukar mood ni. Lelaki pun boleh jadi eh" bebelnya seorang diri dan beredar dari situ.

***************************

***************************

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Mafia's MaidWhere stories live. Discover now