Bab 13

1.3K 92 1
                                    

******************

Bunyi hentakan kuat itu membuatkan Lia terjaga dari tidurnya.Kepalanya terasa sakit seperti di baling dengan batu. Matanya terkebil kebil melihat keadaan sekeliling yang sangat asing baginya.

"Hmmph.." terlepas keluhan itu dari mulut Lia. Segera dia menutup kedua belah bibirnya sekuat hati. Menahan rasa sakit dan pedih.

"Ouhh..dah sedar dah kau. Ingat dah mati" sinis soalan yang ditanya. Perempuan itu menghampirinya dan mencengkam dagu Lia dengan kuat.

"Aw..awak ni siapa? macam mana saya boleh ada dekat sini?" tanya Lia dengan suaranya terketar ketar ketakutan.

"Shhh...jangan bising. Aku tak suka dengar anjing menyalak" perempuan itu berkata dan terus menampar kuat pipi mulus Lia.

"ARGHHH" jerit Lia kesakitan. Sudahla kepalanya berbalut dengan tangan terikat. Dia tidak boleh melawan sedikit pun. Lia redha.

"Maaf...maaf. Saya tak bermaksud nak buat awak mar.." ayatnya tergantung apabila pintu dibuka dengan kasar.

"Boss panggil kau naik" arah lelaki yang berpakaian serba hitam itu. Nampak seperti pengawal .Omel Lia di dalam hati. Sempat lagi eh cek kak.

"Kau duduk sini diam diam. Aku tak habis lagi dengan kau" katanya kemudian menolak kasar kepala Lia yang bersarung tudung itu.

"Kau pantau dia. Jangan bagi dia bersuara pun. Kalau tak siap kau" dia terus beredar dari situ.

Baru sahaja lelaki tersebut ingin menutup pintu.Dia terdengar bunyi yang aneh datang dari Lia. Muka Lia dipandang dengan riak wajah yang dingin.

"Kau apasal, dah gila ke?" soal lelaki tersebut.

Lia cepat cepat menggeleng kepalanya dan menutup mata serapat rapatnya apabila lelaki tersebut melangkah ke arahnya.

"Kau nak meraih simpati la ni? fikir aku cair ke dengan muka kesian kau?" lelaki itu menyoal sambil tangan sudah merayap ke bahagian peha Lia.

Lia berterusan menggelengkan kepalanya. Dia takut untuk bersuara setelah mendengar apa yang dikatakan perempuan tadi. Nanti mesti lelaki ini diapa apakan oleh ketua mereka.

Ya allah Lia ni baik tak bertempat. Lahabau betul

"Tapikan, kalau kau bagi badan kau dekat aku boek jugak ni. Takpe takpe,l,kita tunggu ketua aku rasmikan kau dulu. Get ready pretty!" katanya kemudian dia meniup telinga Lia yang ditutupi tudung itu.

Lia mengelak dari didekati lelaki tersebut. Dia sedaya upaya untuk tidak bersentuhan dengan lelaki itu.

"Hmm..jual mahal. Interesting" katanya lalu keluar dari bilik tersebut.

Perut Lia yang berbunyi itu dihiraukan. Kepalanya yang sakit itu terus berdenyut denyut, jadi dia hanya memejam matanya.

Bibirnya yang kering dibasahkan dengan air liur yang berbaki. Matanya sudah membengkak akibat daripada menangis. 

"Tolong saya,En..Encik Adri"Mata yag kuyu itu makin lama makin tertutup dan akhirnya pandangannya gelap.Pengsan.

*********************

 Adri yang baru hendak memakai baju itu tergendala apabila terdengar deringan telefon di atas katilnya itu. Dia meletakkan baju di atas katil dan mengangkat panggilan tidak dikenali.

" Wow wow wow...how are you my friend?" sapa orang di sana.

" Kalau takde benda penting aku end" kata Adri dan berura untuk memutuskan panggilan apabila si pemanggil menyebut nama yang dia kenali.

Mafia's MaidWhere stories live. Discover now