Bab 28

1.3K 73 14
                                    

Sampai sahaja, Audrey memberhentikan keretanya di tepi dan memberi kunci kepada penjaga pemandu itu untuk parking di VVIP lot

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sampai sahaja, Audrey memberhentikan keretanya di tepi dan memberi kunci kepada penjaga pemandu itu untuk parking di VVIP lot.

Lia hanya mengikut langkah ke mana Audrey pergi kerana dia tidak biasa dengan tempat mewah sebegini. Matanya hanya memandang belakang majikannya itu sahaja.

Nak jalan sebelah dia? Huh lambert lagi nak ada keberanian tu.

Mereka naik ke tigkat 5 dan menuju ke Restoran tersebut. Masuk sahaja Audrey ke dalam kedai itu, semua pekerja beratur menunduk hormat kepadanya.

Lia sudah kekok, tak tahu mahu bereaksi bagaimana. Terus kepalanya juga menunduk kepada mereka seorang demi seorang sehingga habis.

Pekerja2 disitu semua membalas semula apa yang Lia buat. Sampai bila nak habis nyah!

" Yang kau tunduk juga kenapa? "

" Ouh, tak boleh eh? " tanya Lia selamba.

Tergeleng kepala Audrey melihat perangai Lia itu. Sudahlah dia ada sesuatu nak bincang dengan Lia sekejap lagi.

" Kau nak makan apa? "

" Hmm.. ada menu tak? Saya dapat rasakan restoran ni mahal lah Encik. Apa kata kita makan dekat tempat lain? Gerai ke? Ha, tadi dekat bawah saya ada nampak foodtruck banyak seberang jalan tu. Apa kata kita... "

" Stop "

Terus tertutup mulutnya.

Menu diberi kemudian Lia terus membuka tanpa segan silu. Ternganga besar mulutnya selepas melihat harga yang terpampang di dalam buku menu tersebut.

Lia terus menutup buku itu serta merta. Audrey yang melihat terus mengangkat keningnya.

"Kau kenapa? Nak makan ke tak nak? " soalnya yang sudah membuat pesanan.

Waiter di sebelah mereka hanya diam. Kalau rasa nak mati awal menyampuklah. Tuan kedai kot yang dia ambil order ni.

" Saya nak air masak je lah dulu. Makan nanti " katanya sambil tersenyum kepada waiter itu. Mereka berbalas senyum.

" Buat dua set apa yang aku order tadi. "

Waiter itu mengangguk kemudian beredar dari situ secepat mungkin.

Mereka mengambil tempat yang sedikit tersembunyi dari orang ramai. Audrey memang jenis yang tidak suka di tempat awam, jadi tempat ini khas hanya untuk dia.

Lia dihadapannya sudah berpeluh, kekok, takut dan bermacam perasaan yang ada. Akhirnya dia melihat di luar, pemandangan yang cantik di waktu malam.

"Kau tau tak kenapa aku bawak kau keluar ni? " soal Audrey tiba2.

Lia  menggelengkan kepalanya.

" Bagitahu pun tidak macam mana nak tau " bisiknya perlahan.

" Aku dengar "

Mafia's MaidWhere stories live. Discover now