“Jangan pernah menjauh daripada abang, sebab sayang adalah nyawa abang.”
.....................H O U S E H U S B A N D
M A F I A
“AKU tak sangka kau sanggup tipu aku." bicara suara garau itu menyentakkan Izz Aisyah yang sedang membasuh pinggan di dapur. Malah, wanita itu hanya tersenyum sinis. Pinggan yang sudah lincin dan bersih di letakkan ke dalam rak.
"Saya tak pernah tipu awak pun." acuh tak acuh, dia membalas. Kain buruk yang berada di atas kabinet di capai lalu digunakan sebagai tempat mengelap tangannya yang basah. Izz Aisyah memusing tubuh ke belakang. Memandang muka garang yang sedang merenungnya penuh tidak puas hati. Dia menyandarkan pinggang ke kabinet.
"Kau memang perempuan licik, kan? Patutlah kau langsung tak tolak masa papa melamar kau kahwin dengan aku. Rupa-rupanya ada muslihat. Hei, kalau kau nak bunuh aku sangat-sangat. Bukan macam ni lah cara dia!"
"Kalau saya nak bunuh awak, sejak hari pertama saya jadi isteri awak lagi saya dah bunuh."
"Habis kau nak apa daripada aku?!"
"Saya tak nak apa-apa."
"Kau tipu!"
"Ya, saya tak nak apa-apa..."
"Kau tipu!!" Jerkahan Andrew membuatkan bahu Izz Aisyah sedikit terangkat. Terkejut. Matanya membulat memandang air muka yang sangat bengis. Tegang dan cukup menakutkan. Dalam masa yang sama, dia nampak kekecewaan di muka Andrew. Dia tahu lelaki itu kesal apabila mengetahui siapa dirinya yang sebenar. Musuh yang selama ini diburu, kini telah menjadi isterinya yang sah.
Izz Aisyah memejam mata sesaat. Dia menarik nafas dalam-dalam lalu dihembus keluar dengan perlahan. "Okay, fine. I'm so sorry about that."
"Kau fikir maaf kau tu dah cukup untuk buat aku reda huh? Hei, Aisyah... Selama aku jadi suami kau, aku betul-betul cinta dan sayangkan kau. Aku fikir kau lah perempuan paling baik dalam dunia ni dan aku rasa bertuah sangat-sangat dapat isteri yang macam kau tapi hakikatnya itu semula palsu."
"Andrew..."
"Kau diam! Kau dengar dulu apa aku nak cakap! Dalam hidup aku, aku boleh terima semua benda tapi bukan penipuan. Kau ingat kalau kalau jadi isteri aku, aku akan lupakan yang kau ni musuh huh? Kau jangan mimpilah Aisyah. Selama-lamanya kau akan tetap jadi musuh aku dan aku sendiri akan lenyapkan kau!"
Dari pandangan matanya itu, dia tahu lelaki itu betul-betul sedang marah. "Mulai sekarang, detik ni pada pukul 10 malam, kau bukan lagi isteri aku."
"Awak..." Aisyah sudah tidak keruan. Takkan sampai begitu sekali benci dia pada aku?
"Aku benci kau! Selepas ni kau jangan harap aku akan layan kau macam sebelum ni. Faham?!" bentak Andrew dengan nafas yang menderu. Aisyah menggeleng kepala. Pantas kedua belah tangannya menarik tangan lelaki itu,ingin diajak berbincang terlebih dahulu. Namun, Andrew sudah menepis kasar.
Aisyah tersentak.
"Jangan sentuh aku!" lelaki itu mendengus kasar. Dia terus beredar meninggalkan dapur. Laju kakinya meniti anak tangga ke tingkat atas. Aisyah sudah mengeluh kecil. Sebelah tangannya meraut wajah. Apa aku perlu buat sekarang?
YOU ARE READING
HOUSEHUSBAND MAFIA
RomanceSTOP UPDATE SEKEJAP. JGN BACA SELAGI AYAT NI TAK PDM "Sayang nak makan apa hari ni?" "Ada baju yang sayang nak abang basuhkan?" Apa? Salah ke jika seorang lelaki membantu membuat kerja-kerja isteri di rumah? Okay fine, to be honest aku Muhammad Hans...