2

13K 1.3K 142
                                    

                        TOMATO segar dimasukkan ke dalam beg plastik lutsinar. Dia membelek dahulu sebelum memasukkannya. Takut jika tomato itu sudah berulat ataupun tidak masak. Suasana di pasaraya itu memang sesak. Setiap hari pasti ada pengunjung. Tambah pula, hari ini ada promosi besar-besaran makin banyaklah orang datang. Lebih-lebih lagi, kaum Hawa! Shopping sakan.

"Bos?!" Badri terkejut. Digosok mata berkali-kali seperti tidak percaya dengan apa yang dia lihat sekarang. Tapi bila kelopak mata kembali terbuka. Memang benar, itu adalah Hans Andrew.

Andrew mengangkat muka memandang lelaki yang memakai T shirt merah berlengan pendek itu. Dia kelihatan kaku. "Kau kenapa pandang aku macam tu?" soal Andrew, pelik. Dah macam nampak hantu sahaja!

"Bos buat apa dekat sini?"

"Beli baranglah. Nama pun pasar raya. Takkan aku buat pesta pula?"

"You mean shopping?"

"Yalah. Kenapa? Ada masalah ke kalau aku nak shopping?" soal Andrew dingin. Pantang jika ada orang menganggap dia tidak reti berdikari. Salah ke kalau lelaki nak shopping barang dapur? Ingat pasar raya ni cuma wanita sahaja yang dibenarkan masuk? Andrew menjeling meluat. Dia kembali menunduk memandang tomato-tomato itu. Ada promosi 10% jadi bolehlah ambil lebih lagi.

Badri menggeleng kepala menafikannya. Dia melangkah mendekati lelaki itu. "Tak salah kalau bos nak shopping. Tapi nampak pelik. Bos tu dah lah Mafia. Kalau nampak dekat musuh nanti, apa mereka akan cakap?"

"Ah, suka hati diaorang lah. Ini kehidupan aku." balas Andrew, acuh tak acuh.

Makin berlapis dahi Badri memandang Andrew. Bos aku ni sejak kahwin banyak benar perubahan dia. Takkanlah kena pukau dengan isteri sendiri?

"Bos, are you serious?"

"Kau pernah nampak aku main-main ke selama ni? Ah, sudahlah. Buang masa aku sahaja layan kau. Hari ni aku nak buat surprise dekat Aisyah. Memandangkan dia suka makan tomyam. Jadi aku nak buatkan dia tomyam. Kau tahu tak? Disebabkan hal semalam, aku lewat setengah jam. Tak pasal-pasal dia merajuk dengan aku. Nasib tak kena tidur luar!" bebel Andrew. Puas dia pujuk Aisyah semalam. Wanita itu sehingga tidak mahu tidur sekatil dengannya. Aish, mengapalah perempuan ni terlalu complicated? Nasib baik sayang je, aku bersabar.

Andrew melangkah ke arah kaunter pengimbang. Plastik berisi tomato diletakkan ke atas kaunter. Badri hanya mengekor dari belakang. "Tapi, bukan ke bos kena kahwin paksa dengan dia?"

"So?"

"Orang selalunya kalau kahwin paksa ni akan benci dekat pasangan dia. Tapi, bos pula suka dekat dia? Dah lah bukan taste bos. Pakai tudung, pendiam, selepas tu sombong. Langsung tak kena dengan ciri-ciri bos sebagai Mafia."

"Eh, siapa kata dia bukan taste aku? Aku lagi suka perempuan macam isteri aku. Cuma part dia sombong tu yang buat aku menyampah sikit. But it's okay, aku akan pikat dia sampai dia jatuh cinta dengan aku." ujar Andrew dengan tersenyum lebar. Setelah tomatonya sudah siap ditimbang, dia terus meletakkan beg plastik tomato itu ke dalam troli. Lalu menolaknya ke arah bahagian serbuk perencah. Anak mata melilau mencari dimana perencah tomyam.

"Tapi bos... sejak bos dah kahwin ni banyak sangat yang dah berubah tahu tak? Dia selalu ganggu bos masa bos tengah berlawan dengan musuh. Spoil mood betul."

"Itu maknanya dia ambil kesah tentang aku."

"Bukan tu je, sampai barang dapur pun bos yang beli sendiri. Dia kan isteri. Kenapa bukan Aisyah sahaja yang beli barang?"

"Sebab aku yang tak benarkan dia keluar pergi pasar. Macam mana kalau musuh nampak dia nanti? Tak ke bahaya? Lagipun, tak salah pun kalau suami tolong belikan barang dapur. I'm a Househusband start form now."ujar Andrew. Dia mencapai perencah tomyam lalu dicampak masuk ke dalam troli.

Makin berkerut kening Badri, tak percaya. Househusband? Dilamun cinta betul bos aku ni. "Seriously? Daripada pegang pedang samurai dan pancung kepala orang boleh bertukar jadi pegang senduk dekat dapur dan siang ikan? bos takut bini ke?"

"Sorry, ini bukan takut bini. Tapi hormat isteri."ucap Andrew dengan mengenyitkan sebelah matanya. Dia terus menolak troli itu ke arah kaunter pembayaran setelah selesai membeli semua barang. Badri masih lagi tercegat di situ. Melopong mulutnya saat ini. This is not my boss!

Andrew meletakkan semua barangan yang dibelinya ke atas kaunter pembayaran. Kemudian telefon bimbitnya berdering menandakan panggilan dari seseorang. Sebelah tangan sibuk mengeluarkan semua barangan dari troli, manakala sebelah tangan lagi meraba-raba poket seluar mencari telefonnya.

Tertera kesayangan abang di skrin telefon, terus panggilan itu dijawab. Andrew tersenyum. "Hai, sayang. Abang dekat pasar raya ni tengah beli barang. Sayang dah lapar ke? Huh? Nak keluar? Sayang nak pergi mana? Nak abang jemput sayang ke? Risau pula kalau apa-apa jadi dekat sayang nanti. Oh, kalau macam tu tak apalah. Hati-hati ya, sayang. Tapi jangan balik lewat sangat. Abang nak masak makanan kegemaran sayang hari ni. Alright, bye. Love you!"

Panggilan ditamatkan. Seperti biasa, wanita itu tidak akan membalas ucapannya. Auch! It's too hurts baybeh!
Tapi tak mengapa, abang takkan biarkan sayang bencikan abang sampai bila-bila. You will love me one day, I'm promise!














                            ERGHH!" terpelanting tubuh lelaki berbaju hoodie hitam itu ke lantai apabila ditendang oleh ketuanya. Sekali tendangan sahaja, sudah cukup senak. Terbatuk-batuk lelaki itu dibuatnya. Bukan calang-calang ketua H black rose ini. Kuncu-kuncu yang melutut di hadapan ketua mereka itu hanya menunduk bungkam memandang lantai. Kecut perut apabila melihat pembantu ketua mereka itu dibelasah teruk oleh seseorang yang memakai blouse hitam dan skirt panjang berwarna merah.

Dari deruan nafasnya, jelas ketua mereka sedang menahan amarah. "Apa masalah kauorang ni huh? Siapa yang bagi kauorang arahan untuk buat masalah dekat tempat dia?!"

"Ayahanda yang arahkan, kami cuma ikut sahaja Hasyai." ujar Latif. Masih tidak berani bertentang mata dengan wanita itu. Ya, Hasyai. Itulah nama gelarannya.

"Apasal kau nak kena ikut cakap orang tua tu? Siapa yang bagi korang makan selama ni? Aku, kan? Selagi aku tak bagi arahan, jangan sesekali bertindak ikut suka hati. Kalau tak..."

"Arghh!" lelaki berbaju hoodie itu menjerit kuat saat perutnya dipijak dengan kasut tumit tinggi itu. Makin bertambah senak.

"Aku belasah korang semua sampai lumat. Faham?!" sambung Hasyai, memberi amaran. Mereka mengangguk laju tanda faham. Hasyai tersenyum sinis. Tahu pun nak faham bahasa, ingatkan nak kena cakap cina baru nak akur pada arahan!

Dia menunduk memandang lelaki berbaju hoodie itu. Renungan penuh tajam menikam tepat ke arahnya. "Kau... lagi sekali kau sentuh dia, memang teruk aku kerjakan kau. Bodoh!" terkacip-kacip giginya menahan geram. Terus muka lelaki itu disepak kuat seperti bola. Muncung kasut stiletto merah itu mengena ke pipinya. Meninggalkan kesan luka yang amat perit dan memedihkan.

Wanita itu mendengus kasar. Dia mencapai beg tangan yang berada di atas meja, lalu terus beredar meninggalkan kediaman lamanya ini.

HOUSEHUSBAND MAFIAWhere stories live. Discover now