“HAIH, ke manalah dua orang budak tu?" bebel Tuan Megat sambil dia melangkah masuk ke dalam rumah itu. Anak mata melilau ke sekeliling, mencari kelibat Andrew dan menantunya. Lihat ditingkat atas, nampak macam sunyi sahaja. Tiba-tiba dia terdengar bunyi air singki yang mengalir di dapur. Mungkin mereka berada di sana. Lantas, Tuan Megat pun melencong kaki ke arah dapur.
"Astaghfirullah hal Azim..." ternganga mulut Tuan Megat melihat keadaan dapur seperti tokang pecah. Dengan barang dapur yang berselerakan di atas lantai. Baru lepas kena rompak ke rumah ni?
"Eh, papa bila sampai?" Soal Andrew, buat-buat seperti tidak perasan kehadiran Tuan Megat tadi. Dia yang sedang mengelap lantai menggunakan kain buruk, seraya mengangkat wajah memandang papanya.
"Ya Allah!" terkejut orang tua itu melihat muka Andrew. Sejak bila isteri aku lahirkan anak muka kuning macam ini? Dia menoleh memandang Aisyah pula yang sedang buat-buat mencuci kuali. Ha, ini lagi seorang! Muka macam hantu Jepun masak tepung goreng. Aisyah tersengih menampakkan gigi.
"Apa kena dengan kauorang berdua ni?" soal Tuan Megat.
Andrew kembali berdiri. Dia tersengih sambil menggaru kepala yang tidak gatal. "Err... tak ada apalah, pa. Kitaorang main celek-celek tepung tadi. Lepastu kitaorang rasa seronok sangat. Itu yang penuh satu muka."
"Kot iya pun gembira takkan sampai nak roboh satu dapur ni?"
"Biasalah pa, bila dah bahagia ni sampai tak ingat dunia. Kan, bang?" sampuk Aisyah. Dia menutup air singki sebelum melangkah ke arah Andrew. Sebelah tangannya merangkul pinggang lelaki itu. Buat-buat seperti ingin bermanja. Andrew mengangguk kepala tanda setuju. Dia juga turut merangkul pinggang isterinya.
"Betul tu, sayang. Seronok sangat. Isteri abang nakal jugak ya? Geram!" hidung Aisyah dicubitnya manja. Terpaksa berlakon bahagia di depan Tuan Megat. Nanti apa pula kata orang tua itu?
Aisyah buat-buat ketawa. "Tentulah sayang nakal sebab abang pun nakal. Auummm!" dia mencakar pipi lelaki itu seperti seekor harimau. Andrew tergelak kecil.
"Kalau sayang aumm! Abang Grrr!" Andrew buat-buat seperti singa yang hendak menerkam mangsa. Mereka ketawa bersama-sama. Seolah-olah lucu sangat perkara itu. Manakala Tuan Megat sedikit pun tidak ketawa. Malah bertambah pelik dengan kelakuan mereka.
Apa yang aumm dan grr tu?
"OMG... You so cute lah abang."
"Cute kan? Rawrr!"
"Aumm!"
"Oi sudah! Seorang Rawrr! Seorang lagi Aumm! Karang ada juga yang aku hantar dekat Zoo negara sekejap lagi!" bentak Tuan Megat, geram. Geli pula dia melihat kemanjaan sepasang suami isteri ini. Nak sweet pun agak-agaklah. Karang ada juga yang muntah hijau dekat sini.
Andrew dan Aisyah terdiam. Masing-masing tersengih tayang muka tak malu itu. "Sorry, papa. Lupa pula yang papa duda sekarang. Sayang ni tak baik tau buat manja-manja depan papa. Kesian papa rasa sunyi."
Aisyah mencebik bibir. "Ya ke? Sorry, pa."
"Eh, apa pula kau babitkan aku? Aku tak kesahlah kau nak bersawwit sampai kena kencing manis sekalipun tapi bukan depan aku. Geli! Aku dulu pun bercinta juga. Tak ada pula nak berauumm bagai!"
Andrew dan Aisyah tertawa mendengarnya. Tuan Megat mendengus kecil. Tergeleng-geleng kepalanya melayan sepasang suami isteri ini. Rasa menyesal pun ada bila datang ke rumah. Rosak mata aku dibuatnya!
YOU ARE READING
HOUSEHUSBAND MAFIA
RomansaSTOP UPDATE SEKEJAP. JGN BACA SELAGI AYAT NI TAK PDM "Sayang nak makan apa hari ni?" "Ada baju yang sayang nak abang basuhkan?" Apa? Salah ke jika seorang lelaki membantu membuat kerja-kerja isteri di rumah? Okay fine, to be honest aku Muhammad Hans...