HARI berganti malam, Susana restoran bertukar sunyi tatkala tiada lagi pelanggan yang datang. Pekerja yang lain sudah pulang ke rumah masing-masing. Hanya tinggal Shark dan dua orang anak buahnya iaitu Azim dan Kazam. Itupun, mereka sedang mengemas barang sementara Shark bertemu dengan Andrew di meja makan.
Lima minit mereka hanya diam tak bersuara. Terasa janggal kerana tidak saling mengenali antara satu sama lain. Air fresh oren yang tadinya sejuk pun bertukar cair. Tatkala Andrew hanya menunduk memandang air yang langsung tak disentuh sementara fikiran sedang memikirkan bagaimana hendak memulakan perbualan.
Sekilas cincin di jari manis Andrew dipandang Shark. Muncul senyuman nipis dibibir sebelum Shark meletakkan cawan air kopinya di atas meja.
"Encik dah kahwin ke?" soal Shark, membuka topik untuk dibualkan daripada diam tak berkata.
"Bos, jangan macam-macam... saya report dekat mummy." Azim mencelah.
"Kau diam. Buat kerja!" Herdik Shark.
Azim mencebik bibir. Kena marah lagi. Lantas, dia mengatur langkah masuk ke dapur untuk sambung kemas di sana pula.
Andrew angguk kepala.
"Baru aje."
"Jadi Encik Andrew cakap dengan saya tadi, Encik Andrew nak jadi macam saya?"
Sekali lagi Andrew angguk kepala. "Ya. Anak buah saya cakap, Encik Shark dah lama bersara dari dunia mafia kerana seseorang. Jadi saya tertarik untuk dengar dari kisah encik sendiri. Cuma situasi kita mungkin agak sedikit berbeza."
"Apa yang bezanya?"
"Saya dengan isteri saya, dua-dua dari dunia yang sama. Kami musuh." ujar Andrew.
Shark terdiam sejenak mendengarnya. Sepasang kening turut spontan naik ke atas seolah-olah tidak percaya.
"Tapi isteri saya walaupun dia mafia juga dia tahu serba sikit tentang agama. Mungkin dia dah lama nak keluar. Cuma saya aje yang masih sesat dekat sini."
"Tapi Encik Andrew kata, dia musuh encik? Kenapa encik nak berubah demi dia kalau dia musuh?" soal Shark dengan muka tanda tanya.
Andrew tersenyum kecil. Dia menunduk memandang cincin di jari manisnya. Secara tiba-tiba wajah Aisyah muncul di fikirannya. Automatik teringat sewaktu majlis pernikahan mereka yang diadakan secara kecil-kecilan. Tangan lembut wanita itu masih dapat dirasakan saat menyentuh tapak tangannya semasa menyarungkan cincin ini. Waktu itu dunia terasa gelap dan hanya Aisyah menjadi cahayanya.
"Sebab dia isteri saya. Musuh atau tak, itu belakang kira. Tanggungjawab saya sebagai suami tetap berjalan macam biasa."
Shark mengangguk kepala berkali-kali tanda faham. Dia pun turut setuju dengan jawapan lelaki itu. Betapa besar rasa benci sekalipun kepada isteri, jika masih lagi bergelar suami, tanggungjawab harus juga dilaksanakan. Tiada apa yang boleh dijadikan alasan untuk kita munghukum mereka.
"Dia bertuah." puji Shark.
Kening Andrew sedikit berkerut. Dia mendongak kepala memandang Shark.
"Bertuah sebab dapat suami macam Encik Andrew." sambung Shark.
Tersenyum simpul Andrew dibuatnya apabila dipuji. Malu.
"By the way, Encik Shark kerja apa sekarang?"
"Saya househusband sepenuh masa. Tapi, ayah saya ada buka hotel. Dan saya cuma pengarah bebas. Tak pernah masuk campur pun. Semuanya pekerja yang uruskan."terang Shark. .
"Oh, maksud Encik Andrew... walaupun encik Andrew tak bekerja tapi keuntungan syarikat tu Encik tetap dapat?"
"Yeah, something like that." jawab Andrew dengan sengihan di bibirnya.
![](https://img.wattpad.com/cover/271619817-288-k927723.jpg)
YOU ARE READING
HOUSEHUSBAND MAFIA
RomanceSTOP UPDATE SEKEJAP. JGN BACA SELAGI AYAT NI TAK PDM "Sayang nak makan apa hari ni?" "Ada baju yang sayang nak abang basuhkan?" Apa? Salah ke jika seorang lelaki membantu membuat kerja-kerja isteri di rumah? Okay fine, to be honest aku Muhammad Hans...