RESTORAN SUSHI DADDY. Lama nama kedai itu diperhatikan. Sekilas Andrew menjenguk ke arah pintu kaca yang dapat menembusi ruang dalam restoran tersebut. Ramai sungguh pelanggan yang datang singgah. Pekerja-pekerjanya juga nampak sibuk. Tak pasti yang mana satu Shark.
"Ini ke restorannya?" Soal Andrew inginkan kepastian. Dia menoleh memandang Badri di sebelah kanan. Malahan Badri mengangguk kepala tanda benar sebaik sahaja dia meneliti sekali lagi alamat yang tertulis di atas kertas.
"Betul bos." jawab Badri sepatah.
"Kita nak buat apa datang sini bos? Bos nak belanja kitaorang makan sushi ke?" Criss mencelah. Dia memandang Andrew.
"Tak. Aku nak jumpa Tuan empunya restoran ni." Balas Andrew sambil menyelut kedua-dua belah tangannya ke dalam kocek seluar.
"Untuk apa?"
"Adalah." Andrew senyum sinis sebelum kaki mengatur langkah menuju masuk ke dalam restoran tersebut. Manakala Criss dan Badri hanya mengekor daripada belakang seperti dua orang pengawal peribadi setia. Sesaat, mereka berhenti. Anak mata Andrew sempat menjeling ke arah lelaki muda yang berada di kaunter pembayaran. Mungkin itu adalah Shark. Tetapi dia tidak boleh terus terjah ke arah lelaki itu kerana nampak seperti sedang sibuk menguruskan kerja. Lalu Andrew berjalan ke satu meja dan mengambil tempat di situ.
"Kita makan dululah. Dia nampak sibuk." ujar Andrew.
"Bos belanja kitaorang?" Mata Badri bersinar-sinar memandang Andrew. Jarang bos nak belanja.
Andrew hanya tersenyum nipis. "Ermmm..." Terpaksa juga dia belanja.
Badri dan Criss sudah bersorak gembira. Tidak sabar ingin memesan makanan, Badri terus mengangkat tangan mengalihkan perhatian pekerja disitu untuk mengambil pesanan mereka. Tak sampai beberapa minit, meja mereka didatangi seorang pelayan.
"Ini menunya." Azim menyerahkan beberapa buku menu kepada mereka. Pen dan kertas memo sudah sedia berada ditangan.
Rambang mata mereka. Tak tahu ingin pilih sushi yang mana satu. Semua nampak menyelerakan. Dikala Badri dan Criss sibuk meneliti buku menu, anak mata Andrew pula hanya tumpu memerhati si pelayan. Dilihat dari atas sehingga ke bawah. Patutkah dia tanya sesuatu?
"Ehem. Err..." Andrew kecilkan sedikit mata, fokus pada name tag yang dipakai lelaki itu.
"Azim." Sebut Andrew.
Terus Azim menoleh memandang Andrew. Sebelah keningnya terjongket ke atas.
"Ya, saya?"
"Boleh saya tanya sesuatu?" Soal Andrew.
"Tak boleh." Bidasnya.
Dahi Andrew berkerut.
"Kenapa?"
"Sebab sekarang waktu bekerja. Nanti bos saya potong gaji. Dia tu pantang nampak saya bersembang."
"Walaupun cuma satu soalan?" Soal Andrew kali ingin siap mengeluarkan sekeping duit kertas bernilai lima puluh ringgit seolah-olah ingin mengumpan.
Azim mengeluh panjang. "Astaghfirullah hal Azim... rasuah! Ini kalau bos saya nampak, dia halau encik keluar dari restoran tahu tak? Ish ish ish... Lebih sikit lagi tak boleh?" dalam tidak mahu, mahu juga! Sekilas dia menoleh memandang Shark yang berada di kaunter. Nampak sibuk. Jadi mungkin tak perasan apa yang dia sedang lakukan.
Andrew tersenyum sinis. Kepala diangguk. Lalu sekeping lagi duit kertas bernilai lima puluh ringgit dikeluarkan lalu diserah kepada Azim secara sorok-sorok.
"Ini dikira rasuah ke?" soal Azim.
"Tak. Ini dikira upah. Jangan risau."
"Alhamdulillah. Saya tak ambil rasuah ni. Bos saya kata haram." Kata Azim sebelum menyimpan duit itu ke dalam apronnya.
"Jadi, nak tanya soalan apa?"
"Itu ke Shark?" tanya Andrew sambil dia memuncungkan bibir menunjuk ke arah lelaki yang berada di kaunter. Azim melihat ke arah yang ditunjuk sebentar dan mengangguk kepala.
"Haah."
"Bos awak?"
Azim mengangguk kepala.
"Dia dah kahwin ek?" Soal Andrew.
Kali ini Azim kecilkan mata merenung Andrew. Lain macam sahaja soalan itu. Entah-entah lelaki ni... spesies Raysha. Omel Azim di dalam hati.
"Encik nak ngorat bos saya ke?"
"What?" Andrew terlopong dengan tuduhan itu.
"Saya takkan benarkan! Saya tahulah bos saya tu handsome, ramai perempuan nak dekat dia. Dan... lelaki pun. Tapi tak elok suka sesama sejenis ni!"
"Bila masa saya cakap..."
"Bos saya tu dah serik jumpa lelaki macam encik ni. Encik kalau nak anak ikan, pergi cari dekat lain. Itu bapak ikan saya!"
Pap!
Badri menghempas menu makanan di atas meja sebelum bangun. Andrew dan Criss sedikit tersentak.
"Hei, sejak bila pula bos aku ni cakap dia nak dekat bos kau?" Soal Badri sedikit dingin.
"Eh, sebagai seorang anak buah yang setia. Aku kena jaga nama bos!" Balas Azim.
"Aku pun anak buah setia bos aku!"
"Eh, kau tiru ayat aku kenapa?"
"Bila masa?"
"Tadi!"
"Zim! Apahal ni? Customer tengah ramailah." Sampuk Kazam, melangkah menghampiri adiknya.
"Ni, ada orang nak ngorat bos kita." Tuduh Azim dengan menunding jari ke arah Andrew. Andrew tergamam. Membulat matanya memandang Azim. Rasanya ada yang dah salah faham.
"Astaghfirullah hal Azim." Kazam menekup mulut tak percaya.
"Adik kau dah salah faham ni. Bos kitaorang tanya aje, bos kau tu dah kahwin ke belum? Yang dia berfikiran sampai ke situ kenapa? Mereng ke apa adik kau ni?" Criss mencelah.
"Zim! Dia cakap kau mereng, Zim!" Kazam menunding jari ke arah Criss.
"Apa? Ish, aku pantang orang cakap aku mereng tau!"
Dan bermulalah pergaduhan mulut diantara mereka berempat. Suasana restoran yang sudah riuh dengan suara pelanggan lagi bertambah ruih mendengar perbalahan mereka. Andrew semakin naik gila berada di situ. Malu apabila dia lihat sekeliling, ramai yang memandang ke arah mereka. Nak tak nak, dia terpaksa memberhentikan pergaduhan itu.
Lantas, Andrew bangun dari kerusi. Menarik Criss dan Badri berdiri membelakanginya.
Manakala Azim dan Kazam juga turut ditarik oleh Shark.
Mereka dijauhkan antara satu sama lain.
"Apahal kauorang berdua ni? Sehari tak buat masalah tak boleh ke?" Herdik Shark. Malah Azim dan Kazam hanya menekur kepala ke bawah.
"Jangan buat hal boleh tak dekat sini? Ini restoran orang!" Tegur Andrew kepada Badri dan Criss. Mereka turut menunduk ke bawah. Tak ubah seperti budak baru lepas kena marah.
Andrew mendengus. Kepala digeleng berkali-kali sebelum dia menoleh memandang Shark. Bibir menyengih.
"Err... saya minta maaf sebab anah buah saya yang dua orang ni." Rayu Andrew dengan membongkokkan tubuh tanda maaf.
"Eh, tak apa. Anak buah saya ni pun memang suka mengacau orang. Saya yang patut minta maaf." Shark turut membongkokkan tubuh memohon kemaafan. Tak adillah jika sebelah pihak saja yang mengaku bersalah.
"Nampaknya tukang masak dah bertemu dengan ikannya." bisik Badri perlahan. Laju sahaja tangan Criss menyiku lengan rakannya. Waktu begini pun sempat lagi nak ajak bergurau.
Badri mengaduh sakit.
YOU ARE READING
HOUSEHUSBAND MAFIA
RomanceSTOP UPDATE SEKEJAP. JGN BACA SELAGI AYAT NI TAK PDM "Sayang nak makan apa hari ni?" "Ada baju yang sayang nak abang basuhkan?" Apa? Salah ke jika seorang lelaki membantu membuat kerja-kerja isteri di rumah? Okay fine, to be honest aku Muhammad Hans...