8

9.7K 1.2K 194
                                    

                    ANDREW mengangkat tangan sebaik sahaja kereta Tuan Megat meluncur meninggalkan perkarangan rumah banglo itu. Bibir yang tersenyum lebar daripada tadi terus mati apabila kelibat kereta itu sudah pun menghilang. Akhrinya lakonan mereka tamat. Pandai juga minah ni berlakon.

Aisyah tersenyum sinis. Kedua belah tangannya memeluk tubuh. Dia memusing memandang Andrew yang berdiri di sisi. "Tak sangka yang awak dah ubah fikiran?"

"Aku bukan ubah fikiran. Aku cuma takut kalau ada 'orang' tu pengsankan aku sekali lagi dekat depan papa." ejek Andrew. Aisyah ketawa kecil. Tergeleng-geleng kepalanya mendengar alasan tak masuk akal itu. Takkanlah aku nak buat perkara tu depan bapa mertua sendiri?

"Nampak sangat yang awak takut dengan saya, kan?" sinis Aisyah. Saja ingin menyakat. Sebelah kening dijongketkan ke atas.

Andrew ternganga dengan muka tidak percaya. Jari telunjuk ditunding ke wajah sendiri. Aku? Aku takutkan isteri? Memang tidaklah! Buat apa aku nak takutkan dia? Aku ada kuasa veto lah! Dia memusing menghadap Aisyah. Kedua belah tangannya mencekak pinggang.

"Sejak bila aku takut dekat kau? Tiada istilah takut bini lah dalam diri aku. Ini rumah aku, semua barangan dalam rumah ni aku yang beli! Tu! Baju yang kau pakai tu. Pun aku yang beli, tahu tak? Kalau aku nak ambil balik, sekarang pun bolehlah." balasnya, berlagak.

Aisyah menjuih bibir. Eleh, sengajalah tu nak menangkan diri sendiri! Takut cakap sajalah takut.

"Heh, ya lah tu... awak nak saya ingatkan balik ke muka gelabah awak waktu awak balik lewat haritu? Beli barang bayi untuk jiran sebelah konon... padahal jiran kita semuanya lelaki. Awak nak tipu saya pun, agak-agaklah."

"Hei, itu bukan takut namanya. Tapi waktu tu aku cuma nak jaga perasaan kau. Tapi itu kali terakhir yang aku akan hormat kau sebagai isteri. Selepas ni jangan harap! Kau nak merajuk ke? Kau nak mogok tak nak makan sekalipun, aku tak kesah! Faham?"

Aisyah tersenyum menyenget. Boleh percaya ke? Tengok-tengok nanti dia yang akan panggil aku untuk turun makan petang nanti. "We will see..." balasnya acuh tak acuh. Lantas, dia terus melangkah ke arah anak tangga ingin menuju ke tingkat atas. Tiba-tiba kedengaran telefon bimbit milik Aisyah berdering.

Langkah wanita itu berhenti di tengah-tengah tangga. Dia mengeluarkan telefon bimbit itu dari kocek seluarnya. Melihat nama di skrin telefon itu, pandangan terhala sekilas kepada Andrew. Lelaki itu juga kelihatan ingin tahu siapa yang menelefonnya. Aisyah mengukir senyuman bermakna. Sengaja dia menjawab panggilan itu situ juga.

"Hello, cayang."

Muka Andrew terus berubah terkejut. Cayang? Sayangkah maksudnya? Panggilan manja untuk siapa itu? Dia pun sudah lama tidak meneroka telefon bimbit Aisyah. Entah siapa kenalan yang wanita itu simpan.

"Oh, tak buat apa pun. Kenapa? Nak keluar? Bila? Macam penting sangat je ni kenapa? Kalau macam tu petang nanti kita jumpa dekat cafe. What? Rindu? Oh my... I miss you too cayang."

Terketap bibir Andrew tatkala mendengar suara Aisyah yang meleret manja. Mesra bukan main lagi nadanya, pasti berbual dengan orang yang dia sayang. Tak guna betul lelaki tu! Dia belum tahu ke Aisyah itu sudah mempunyai suami?

Cayang konon...  aku cincang mamat tu baru tahu!

"Okaylah. Saya tutup call dulu. Risau kalau rumah ni terbakar kejap lagi. Ada orang tu dah macam Hulk sudah. Bye cayang, See you!" panggilan ditutup. Nak tergelak Aisyah memandang riak muka suaminya. Merah padam bukan main ya? 
Telefon bimbit disimpan kembali ke dalam kocek seluarnya.

HOUSEHUSBAND MAFIATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang