12

9K 1K 89
                                    

"BAIK, Naura. Awak tunggu saya datang. Lagi lima belas minit saya sampai, ya? Okay, bye. Waalaikumsalam." Panggilan ditutup. Helaan nafas panjang dilepaskan. Haih, pagi-pagi lagi mood nya sudah kacau! Baru dia nak ceria sedikit pagi ini, tiba-tiba dia mendapat panggilan daripada pekerja perempuannya di butik yang mengadu tentang pelanggannya tidak berpuas hati dengan reka bentuk terbaharu yang dibuat sendiri oleh Aisyah.

Entah apa yang tak kena dengan baju yang dibuat. Bagi aku, semuanya dah cukup cantik. Gaun putih yang dihiasai dengan manik kristal. Tapi nak buat macam mana? Memang prinsip di dunia ini adalah customer is always right. Jadi aku kena terima semua pendapat mereka. Nak tak nak, dia terpaksa bertolak awal ke tempat kerja kerana ingin berhadapan sendiri dengan pelanggan cerewet itu!

"Haih, macam-macam..." Gumam Aisyah. Dia memasukkan telefon bimbitnya ke dalam beg tangan itu. Lalu dibawa bersama keluar dari bilik, miniti anak tangga menuju ke tingkat bawah. Sampai sahaja diruang tengah, dia menoleh sekilas ke arah dapur. Dilihat Andrew yang sedang lincah memasak nasi goreng di sana. Aisyah tersenyum menyenget. Entah mengapa setiap kali dia melihat lelaki itu mengenakan apron hello kitty itu kelihatan comel sekali.

Geram pula aku tengok!

"Awak, saya pergi kerja dulu ya? Ada customer nak jumpa."

"Huh?" Andrew menoleh ke belakang. Sekilas dia menunduk memandang jam di pergelangan tangannya. Baru pukul 9 pagi, takkan hendak pergi sekarang? Awalnya!

"Kau tak nak makan dulu ke?"

"Saya dah lambat. Tak apa, nanti saya makan dekat sana aje. Bye." pamit Aisyah.

"Eh, ke... kejap!" kelam-kabut Andrew mematikan api dapur. Penat-penat dia masak, takkan Aisyah hendak makan di kedai pula? Dia mencapai Tupperware berwarna biru yang berada di rak. Lalu dia menyenduk nasi goreng di dalam kuali itu ke dalam tupperware miliknya.

Tanpa mempedulikan Andrew, Aisyah meneruskan langkah ke pintu utama. Dia menyarung stiletto hitam di kaki, lantas meluru ke arah kereta BMW yang terparkir di halaman rumah. Pintu hadapan kereta dibuka, baru sahaja dia ingin masuk ke dalam perut kereta. Anak matanya terpana seketika melihat kotak hadiah yang ditinggalkan di hadapan pagar rumah. Sepasang kening itu mula berkerut-kerut pelik.

"Apa benda pula tu?" Pintu kereta ditutup semula. Aisyah melangkah menghampiri pagar besar rumahnya. Dia membongkok mencapai kotak hadiah bersaiz sederhana itu. Dibelek depan dan belakang kotak itu, curiga pula dia lihat. Sekeping kad yang terselit di atas kotak itu dicapainya.

"To lovely Aisyah from A.A."

A.A? Jantung Aisyah mula berdegup laju. Matanya membulat. Tak mungkin! Tanpa sabar dia membuka kotak hadiah itu ingin dilihat isi di dalamnya.

"Ya Allah!"

Suara cemas Aisyah menyentakkan Andrew yang berada di dapur. Terlalu terkejut sehingga dia terus berlari keluar bersama senduk yang masih digenggam ditangan kanannya. Tanpa memakai kasut, dia terus berlari sepantas kilat ke arah Aisyah.

"Kenapa ni?"

"Awak!"

Membuntang mata Andrew saat wanita itu tiba-tiba memeluknya dengan erat sekali. Tak terasa nafas berlalu. Jantung pula apa lagi? Terus berdegup dengan kencang. Automatic kedua-dua belah tangan Andrew terangkat ke atas. Dia terkesima buat sejenak. Tak berkedip matanya saat ini.

"Ap... Apa kena ni? Kenapa dengan kau?" Kalut Andrew menyoal. Perlahan-lahan tangannya jatuh ke bawah, membalas pelukan isterinya. Ada kala dia menggosok tubuh belakang Aisyah, cuba menenangkan perasaan wanita itu yang kelihatan ketakutan.

HOUSEHUSBAND MAFIAWhere stories live. Discover now