“KAU rasa bos suka tak pakai jaket kulit macam ni?" soal Badri sambil dia membelek-belek jaket kulit berwarna hitam di kedai pakaian lelaki itu.
"Kenapa kau tanya? Kau nak beli untuk bos ke?" soal Criss. Seolah-olah tidak percaya sahaja. Tiba-tiba je tanya tentang kesukaan bos. Pasti ada sesuatu!
"Haah, aku nak beli untuk bos. Kau tak nampak ke mood dia selepas tahu siapa ketua H black rose tu? Aku kesian dekat bos. Mesti dia tengah kecewa sekarang. Jadi aku nak belikan jaket ni untuk dia kalau dia suka." ujar Badri. Dia memang nampak kekecewaan di wajah Andrew pada malam itu. Pasti remuk hati ketua mereka selepas tahu yang selama ini dia dipermainkan oleh isteri sendiri. Auch! I feel you bos. Entah apalah yang terjadi kepada Andrew dan Aisyah sekarang. Mungkin sedang bercakaran seperti singa jantan dan harimau betina!
Criss mengangguk kepala tanda faham. Sekilas dia menoleh ke arah kedai Watsons. Dia tergamam sejenak apabila melihat Aisyah bersama seorang lelaki berdarah Thailand memasuki kedai produk kecantikan itu. Nampak mesra sungguh! Sehingga main cuit-mencuit seperti pasangan bahagia. Ini kalau bos tahu, pasti mengamuk tak ingat dunia!
Criss mengetap bibir geram. Sampai hati wanita itu mempermainkan hati big bossnya!
"Macam mana? Okay ke tak ni Criss?" soal Badri. Namun soalan itu langsung tidak di jawab. Macam bercakap seorang diri pula. Dia mengangkat muka memandang Criss yang sedang memerhatikan sesuatu. Bahu lelaki itu ditepuknya. Criss sedikit tersentak. Terus dia menoleh memandang Badri di sisi.
"Kau pandang apa? Aku cakap dengan kau ni? Ish, ada juga yang makan kaki sekejap lagi!"
"Ish, Aku pandang tu lah! Itu bukan isteri bos ke? Aisyah?" Criss menunding jari ke arah Aisyah yang sedang meneliti produk pencuci muka itu bersama seorang lelaki tampan di sebelah. Badri ikut sama memerhati ke arah yang ditunjukkan. Dia terlopong, terkejut.
"Haah lah... siapa lelaki dekat sebelah dia tu?" soal Badri. Mula tertanya-tanya siapakah gerangan lelaki tampan itu. Nampak seperti rapat sangat dengan Aisyah. Siap boleh bergurau manja sama seperti pasangan suami isteri. Sekejap main cubit lengan, selepas itu cuit pinggang. Ish! Aku pula yang panas hati melihatnya.
"Entah-entah... perempuan tu selama ni curang belakang bos?" Criss membuat andaian sendiri.
"Kau biar betul? Kalau kita main tuduh je, tak pasal-pasal minah tu bagi penampar free je dekat kita. Kau bukannya tahu tangan perempuan tu macam mana? Sekali tampar boleh herot bibir, kau tahu tak?" herdik Badri. Dia masih ingat lagi kejadian yang berlaku di gudang pada malam pertarungan itu. Dia juga salah seorang kuncu Mafia yang merasa penumbuk si Aisyah. Sampai sekarang terasa berdenyutnya. Perempuan itu bukan mudah untuk dikalahkan. Sekali tumbuk pun dah boleh pengsan, belum termasuk sepak terajang lagi!
"Habis dah macam merenyam sangat dengan lelaki tu, takkan kawan je kot? Kau tengok tu!" Criss memuncung bibir menunjuk ke arah mereka. Membuntang mata Badri apabila melihat lelaki tampan itu mencium pipi kanan Aisyah. Sah! Perempuan tu memang sengaja tikam belakang ketuanya.
"Siap cium pipi lagi!"
"Aku rasa kita kena bagitahu bos lah. Aisyah tu memang dah melampau! Bos punyalah sayang sangat dekat isteri dia, tapi perempuan tu boleh pula curang belakang bos? Memang nak kena!" Terketap bibir Badri menahan geram. Kedua belah tangannya sudah mengepal penumbuk. Meluap-luap amarahnya melihat kemesraan pasangan di kedai Watsons itu.
Alamak! Mereka mula gelabah saat melihat Aisyah dan lelaki tampan itu, melangkah keluar dari kedai Watsons. Bimbang pula wanita itu perasan yang dia sedang diperhatikan! Lantas, Badri terus menarik lengan Criss mengikutnya menyorok di belakang patung pakaian.

ANDA SEDANG MEMBACA
HOUSEHUSBAND MAFIA
RomanceSTOP UPDATE SEKEJAP. JGN BACA SELAGI AYAT NI TAK PDM "Sayang nak makan apa hari ni?" "Ada baju yang sayang nak abang basuhkan?" Apa? Salah ke jika seorang lelaki membantu membuat kerja-kerja isteri di rumah? Okay fine, to be honest aku Muhammad Hans...