BUTIK D' AISYAH. Pintu kaca itu ditolak perlahan. Dia sudah menangkap suara garau yang sedang menengking pekerja-pekerja butik itu. Secara rumusan, lelaki itu sedang membebel yang rekaan baju pengantin yang ditempah tidak kena sekali dengan cita rasanya. Buruk! Hodoh! Semua itu dia hamburkan kepada pekerja-pekerja butik D' Aisyah yang sedang tertunduk bungkam di hadapan lelaki berlagak samseng itu.
"Ini baju pengantin ke baju orang miskin kau bagi dekat aku?! Aku tak kira, aku nak jumpa siapa yang buat baju ni. Sekarang!!" jerkahnya sambil dia menghempas baju melayu berwarna putih itu ke atas lantai. Terhinjut bahu dua orang pekerja wanita itu dengan seorang lagi lelaki. Tak berani mereka hendak mengangkat muka, bertentangan mata dengan muka bengis lelaki itu.
Takut!
"I'm here. Apa masalahnya dengan rekaan baju tu?" Aisyah mencelah dengan lagak selamba sambil memeluk tubuh. Lelaki itu memusing ke belakang memandangnya. Dan saat raut wajah lelaki itu dipandang. Kelopak mata Aisyah luas kerana terkejut.
Edward? Bergerak mulutnya menyebut sebaris nama itu tanpa bunyi.
"Finally. You are here." bibir lelaki itu sempat menarik senyuman sebelum melangkah menghampiri Aisyah.
"Awak buat apa dekat sini, Ed?" tanya Aisyah, dingin. Dia tak sangka, dalam ramai-ramai orang, Edward juga yang muncul di sini. Setelah tiga tahun tidak berjumpa, dan sekarang dia kembali muncul di depan mata. Dan dia pasti, kemunculan lelaki ini bersama dengan sesuatu yang misteri.
Edward memberhentikan langkah apabila sudah berada di hadapan wanita itu. Dia tersenyum. "It's been a long time, Hasyai."
"Aisyah. Bukan Hasyai lagi."
"Tapi kau masih lagi pegang geng H black Rose." cantasnya laju. Aisyah terdiam. Edward ketawa mengejek.
"It's okay. Tak kesahlah siapa pun kau, aku tetap nampak orang yang sama. Do you miss me?"
"No." laju sahaja Aisyah menjawab. Sekali pun dia tidak terdetik rasa rindu terhadap lelaki itu. Siapalah Edward untuk dia menyimpan perasaan begitu? Kekasih? Jauh sekali bukan!
Edward ketawa lagi. "Oh my... nampaknya aku seorang sahaja yang rindukan kau. Ini dikira bertepuk sebelah tangan ke macam mana? Atau... sekarang aku tengah jaga hati suri rumah lelaki tu? Hmm?"
"Awak nak apa sebenarnya Ed? Kalau setakat datang sini nak timbulkan masalah. Please, keluar daripada sini. Pintu tak jauh pun. Tu!" Jari ditunding ke arah pintu kaca itu. Aisyah mendengus geram.
"Hey, I'm your customer Aisyah. Takkan kau nak halau customer sendiri?"
"Habis awak nak apa? Apa yang tak kena dengan baju pengantin tu? Tell me. Saya akan betulkan semula dan awak boleh berambus."
Edward tersenyum sinis. Dia membongkokkan tubuhnya, mengutip semula baju melayu berwarna putih itu dan kembali berdiri tegak. "Sebenarnya baju ni okay je..."
"Then?"
"Cuma aku rasa... warna dia sahaja yang tak sesuai. See." Lelaki itu menunjukkan baju itu kepada Aisyah.
"Putih. I don't like it. Sebab..." dia menunduk sedikit menyamakan ketinggiannya dengan Aisyah. Mata mereka saling bersatu. Ada senyuman sinis di bibir Edward.
"Kau suka warna hitam." ujarnya ringkas.
"Apa yang awak merepek ni huh?" Dada lelaki itu ditolaknya kasar sehingga langkah Edward terundur beberapa tapak ke belakang.

ANDA SEDANG MEMBACA
HOUSEHUSBAND MAFIA
RomansaSTOP UPDATE SEKEJAP. JGN BACA SELAGI AYAT NI TAK PDM "Sayang nak makan apa hari ni?" "Ada baju yang sayang nak abang basuhkan?" Apa? Salah ke jika seorang lelaki membantu membuat kerja-kerja isteri di rumah? Okay fine, to be honest aku Muhammad Hans...