3

11.3K 1.2K 124
                                    

                           SELESAI sahaja menghidangkan makanan di atas meja, Andrew terus mengangkat bakul berisi pakaian kotor ke arah mesin basuh. Dia menyumbat semua pakaian ke dalam mesin, lalu cecair sabun dituang. Butang pemula ditekan, lantas mesin itu mula membuat kerja membasuh baju secara automatik. Sementara menunggu pakaian itu siap, dia mengemas ruang tamu yang kelihatan bersepah.

Permaidani yang kelihatan berhabuk, di sedut menggunakan Vacum. Kusyen juga ditepuk-tepuk mengeluarkan habuk kecil yang melekat. Sesekali dia membetulkan cadar meja kopi itu yang senget. Hampir sejam dia mengambil masa membersihkan rumah. Kedengaran bunyi kereta terparkir di halaman rumah terus mengalihkan perhatian Andrew. Pantas dia berlari ke arah pintu utama.

“Hai, sayang!" sapa Andrew. Senyuman lebar dilemparkan ke arah Aisyah yang baru sahaja keluar dari perut kereta. Namun seperti biasa, muka wanita itu tampak masam mencuka. Sudah betul nak nampak dia senyum.

"Wau, you look pretty today." puji Andrew. Kelu lidahnya apabila melihat wanita itu mengenakan blouse hitam dan skirt labuh berwarna merah dengan tudung bawal yang senada. Tipulah kalau imannya tak tercabar. Dengan solekan ringan yang dikenakan oleh Aisyah, memang nampak menawan dan jelita. Bergetar tulang rusuk!

Andrew menelan air liur. Kesat. Berdebar-debar jantung dibuatnya saat wanita itu menghampiri. Bau minyak wangi yang dipakai lagi menggoda gelora hatinya. Fuh! Macam bau pontianak harum sundal malam!

"Kenapa? Sebelum ni saya tak cantik ke?" soal Aisyah. Dia menjongket sebelah keningnya ke atas. Sengaja ingin menguji lelaki itu. Pantas Andrew menggeleng menafikannya.

"Ya Allah, isteri abang ni tiap-tiap hari cantik. Cuma hari ni... laaaaagi cantik! Kalau sayang hari-hari macam ni, habis tercabut tulang rusuk abang."

Aisyah tersenyum sinis. Ayat lelaki buaya ke ni?

Mata Andrew membulat. Benarkah apa yang aku lihat ni? "Sayang senyum?" soalnya seperti tidak percaya. Walau hanya senyuman sinis yang dia tayang, tetap membuatkan hatinya bergetar. Ya Allah, indah sekali senyuman wanita ini. Kan bagus kalau dia senyum.

Saat menyedari teguran lelaki itu, terus Aisyah mematikan senyuman. "Mana ada."

"Laa... kenapa buat muka macam tu balik? Tak salah kalau hadiahkan senyuman dekat suami, kan? Dapat pahala lagi. Hati abang pun makin sejuk."

"Suka hati sayalah nak senyum ke tak." sinis Aisyah. Dia terus menanggalkan kasut stiletto merah itu dan masuk ke dalam rumah. Beg tangannya di campakkan ke atas sofa. Lantas, dia terus menuju ke dapur. Rasa dahaga pula. Terkocoh-kocoh Andrew berlari mengejar isterinya.

"Sayang nak tahu tak? Sayang ni bila marah, nampak cute sangat." puji Andrew lagi. Heh, sajalah tu nak ambil hati! Malah, Aisyah hanya buat-buat pekak sahaja. Dia membuka peti ais mencapai sebotol air mineral.

"Sebab tu abang tak kesah kalau Aisyah nak marah, abang." ujar Andrew. Aisyah hanya mengangguk sahaja. Tangannya cuba membuka penutup botol itu. Ish, time ni juga penutup botol ketat! Melihat wanita itu yang berkeras cuba membuka penutup botol itu, Andrew terus mengambilnya.

Aisyak tergamam. Dia menoleh memandang lelaki itu.

"Kenapa tak minta tolong abang je?" sekali direntap sahaja, penutup botol itu terbuka lalu diserahkan kepada isterinya semula.

"Terima kasih." balas Aisyah acuh tak acuh. Dia terus mencapai botol mineral itu dan meneguknya perlahan-lahan. Andrew hanya tersenyum sahaja saat melihat Aisyah sedang minum air. Haih, tengah teguk air pun masih cantik. Untung betul aku sebagai suami! Namun,  riak mukanya berubah ketika melihat buku lima wanita itu ada kesan lebam.

HOUSEHUSBAND MAFIAWhere stories live. Discover now