10

9.3K 1.1K 110
                                    

                         AISYAH keluar dari perut kereta setelah tiba di halaman rumah banglo milik suaminya. Dia melangkah ke belakang bonet, mengeluarkan beberapa plastik beg berisi barangan kosmetik dan produk kecantikan yang dibelinya tadi di kedai Watsons. Lantas, dia melangkah ke arah pintu. Tombol pintu yang tak berkunci terus dipulas, lalu ditolak perlahan.

Setelah menanggalkan kasut tumit tinggi yang dipakainya, dia terus meluru masuk ke dalam rumah. Pintu ditutup rapat semula dan dikunci. Apabila dia memusing ke hadapan, dia terkejut apabila melihat Andrew yang duduk di sofa ruang tamu. Merenung ke arahnya dengan pandangan tajam.

Kening Aisyah berkerut. Riak wajahnya masih lagi selamba dan tenang. "Kenapa awak pandang saya macam tu? Ada saka ke dekat belakang saya ni?" tanya Aisyah dengan nada mengejek.

"Kenapa kau balik lambat? Dah tak ingat suami ke?" soal Andrew keras. Persoalan Aisyah tadi langsung tidak dijawab. Dia bangkit dari sofa, melangkah menghampiri isterinya yang masih tercegat di hadapan pintu. Kini Andrew berdiri betul-betul di hadapan Aisyah. Pandangannya masih sama seperti tadi.

"Siapa kata saya tak ingat suami?"

"Kalau kau ingat, kau takkan balik lewat."

"Traffic jammed. Saya tak boleh nak buat apa-apa. Kalau kereta tu boleh terbang, dah lama saya sampai rumah."

"Ha. Ha. Ha. So... funny." Andrew ketawa dengan nada sinis. Tak lucu langsung apa yang Aisyah katakan tadi. Dia tiada mood untuk bercanda lebih. Kening Aisyah makin berlapis memandang suaminya. Macam pelik pula perangai mamat ni. Tiba-tiba nak hangin macam datang bulan ni dah kenapa?

"What's wrong with you huh? Takkan awak jadi macam ni sebab cemburu saya keluar dengan cayang?"

"Berhenti panggil dia cayang boleh tak? Aku menyampah!"

"Habis tu saya nak panggil dia apa kalau bukan cayang?"

"Panggil nama sebenar dia lah! Kenapa? Lelaki tu tak ada nama ke sampai kau nak kena panggil dia cayang? Kau fikir sweet sangat ke nama panggilan untuk boyfriend kau tu? Huh?!" nada suara Andrew semakin meninggi. Dia tidak boleh sabar lagi. Hatinya terlampau sakit sekarang.

"Awak merepek apa ni? Memang daripada dulu lagi saya panggil dia cayang, apa salahnya?"

"Oh, dari dulu? Jadi maksud kau, kau dah lamalah ada hubungan dengan dia? Okay aku faham. Faham sangat-sangat." Kepala Andrew tergangguk-angguk sendiri. Dia mengetap bibir. Cuba mengawal rasa panas di dalam hati dan kata-kata Aisyah tadi bagaikan menyiram minyak tanah ke atas bara api di dadanya.

"Patutlah kau tak pernah bagi aku sentuh kau, rupa-rupanya tubuh kau ni cuma layak dekat jantan tu." perli Andrew dengan riak wajah tegang.

Aisyah tercengang. Wah, menjolok sarang tebuan nampaknya! Aisyah meletakkan beg plastik Watsons itu di atas sofa dan kembali berdiri di hadapan Andrew. Meluap-luap rasa geram dihatinya.

"Awak cakap apa tadi?" Bergetar suara Aisyah menahan geram. Mahu saja menarik-narik rambut Andrew yang lancang menuduhnya yang bukan-bukan.

"Apa? Tak betul ke apa yang aku cakap tadi? Kau memang dah lama ada hubungan dengan mamat tu kan? Mesti kau dah pernah serahkan segala-galanya dekat dia! Dasar perempuan murahan. Harap je pakai tudung tadi sebenarnya dah lama gadai maruah dekat jantan lain!"

Aisyah terlopong. Kenapa mulut Andrew cabul benar menuduhnya tanpa usul periksa. "Awak ni dah kenapa? Tiba-tiba nak cakap saya macam tu? Awak ada bukti ke yang saya ni perempuan murahan huh?!"

HOUSEHUSBAND MAFIAWhere stories live. Discover now