4

9.5K 1.1K 213
                                    

                        SETIBANYA di sebuah gudang kayu lama itu. Aisyah memberhentikan keretanya. Dia mengeluarkan sepucuk pistol dari dushboard kereta lalu disimpan ke belakang skirt hitam yang dipakai. Malam ini, dia memakai serba hitam daripada atas hingga ke bawah. Ingin menunjukkan bahawa wanita ini bukanlah calang-calang orang untuk berajak main. Nampak gerun dan menakutkan!

Selalunya, dia hanya biarkan sahaja kuncu-kuncunya berlawan dengan pihak Mafia sana. Tapi, disebabkan kumpulan Mafia itu semakin berani menyerang tempat mereka. Maka, dia terpaksa menonjolkan diri. Semasa perjalanan menuju ke dalam gudang itu, kedengaran kuat bunyi senjata berlaga. Suasana di bawah gudang lama itu bagaikan perang dunia yang terakhir. Tiada siapa pun yang mahu mengaku kalah. Apabila tumbang mereka akan bangkit semula dan berlawan sehabis nyawa!

"Roy, ke tepi." arah Aisyah serius apabila dia melihat Roy sudah termengah-mengah berlawan dengan pihak musuh. Roy mengangguk kepala. Dia terus berundur ke belakang, memberi laluan untuk Aisyah mengambil alih tempatnya.

"Hiyaa!" dia menghayunkan tendangan kuat ke arah Aisyah. Dengan pantas, Aisyah menunduk ke bawah lantas menumbuk perut lelaki itu. Direntap tangan lelaki itu yang memegang pistol sehingga terlepas jatuh ke lantai. Lantas, dia menyepak pistol itu jauh terpelanting ke tepi. Lalu, lengan lelaki itu dihentak kuat ke lututnya sehingga terdengar bunyi tulang patah.

"Arghhh!" Lelaki itu menjerit kesakitan. Tanpa memberi sedikit pun peluang, Aisyah terus menghentak dagu lelaki itu dengan lututnya sehingga tersembur darah. Akhirnya lelaki itu tumbang ke tanah. Dan Aisyah terus menyerang lelaki-lelaki kumpulan Mafia itu yang cuba menjatuhkan ahli H black Rosenya.
Satu demi satu ditumpaskan.

Begitu juga dengan Andrew yang baru tiba. Dia menumpaskan ahli H Black Rose yang menyerang kumpulannya dengan kuat dan tangkas. Lawan dan terus lawan tanpa henti. Keringat ikut sama tumpah dengan nafas yang termengah-mengah.

"Kau yang terakhir." gumam Andrew apabila dia selesai menumpaskan ahli H black rose. Kini cuma tinggal seorang lagi wanita yang sedang menendang kuncunya. Dengan nafas menderu dia melangkah penuh dendam. Sepucuk pistol dikeluar dari belakang seluarnya.

Malam ini, dia akan bunuh gadis itu. Hasyai adalah musuh terbesarnya. Dapat membunuh gadis itu, ibarat kemenangan besar buatnya.

KLIK!

KLIK!

pemicu pistol ditarik serentak dan dihala ke muka sesama sendiri. Dengan cahaya lampu ditengah mereka, menampakkan jelas muka si musuh itu. Air muka Andrew yang penuh kemarahan dan dendam terus berubah terkejut.

Namun, gadis yang digelar sebagai 'Hasyai' tampak tenang seperti dia sudah tahu semua ini bakal berlaku.

"Sayang?" perlahan-lahan Andrew menjatuhkan pistolnya ke bawah. Langkahnya automatik terundur beberapa tapak ke belakang.

Aisyah tersenyum sinis. "Cadang nak jumpa pukul 10 nanti, tapi tak sangka boleh jumpa dekat sini." ujar Aisyah, berlagak. Dia menjatuhkan pistol ke bawah.

"Tapi kenapa?" soal Andrew. Jelas mukanya tidak puas hati. Selama ini dia dipermainkan kah? Patutlah, Aisyah sedikit pun tidak mahu melayaninya dengan baik selama ini. Rupa-rupanya dialah musuh yang Andrew tercari-cari selama ini.

Aisyah tersenyum menyenget. "Panjang ceritanya kalau nak saya cerita dekat sini." tuturnya.

Kuncu-kuncu yang terbaring, kembali bangkit secara perlahan-lahan dan berkumpul di belakang ketua mereka masing-masing. Badri yang berdiri di sebelah Andrew turut terkejut melihatnya. Eh? Itu bukan isteri bos ke?

"Kau tak patut buat aku macam ni!" terkacip-kacip gigi Andrew menahan geram. Kedua-dua belah tangannya mengepal kuat.

"Kan saya cakap, panjang ceritanya. Kalau saya cerita pun tak guna. Sebab awak takkan percaya. I have no choice, Andrew. Ini sahaja jalan yang ada..."

HOUSEHUSBAND MAFIAWhere stories live. Discover now