20

12.2K 1.1K 187
                                    

                         TIBA sahaja di sebuah restoran, Aisyah memilih untuk duduk di meja paling hujung. Di situ tidak ramai orang. Hanya ada sepasang kekasih yang duduk di meja sebelah kanan. Semasa melangkah masuk ke dalam restoran ini pun, Aisyah sedar ada mata-mata yang memerhati pakaian pelik semuanya. Nafas ditarik perlahan lalu dihembus. Sabar sajalah, Aisyah. Mamat dua ekor yang hasut Andrew berpakaian macam ini memang patut diajar habis-habisan!

"Duduklah." pelawa Aisyah. Andrew mengangguk kepala lalu melabuh punggung di hadapan wanita itu. Sekilas anak matanya mengerling memandang segenap ruang restoran ini. Boleh tahan mewah juga. Tak ramai pelanggan yang datang ke sini. Mungkin kerana harga makanannya terlalu mahal.

Kemudian datang seorang lelaki berpakaian kot hitam dengan membawa sekeping buku menu ke arah mereka. "Hi, welcome to..." Kata-kata lelaki itu terhenti saat terpandang wajah Andrew. Membeliak biji matanya saat ini. Serta-merta lututnya terasa longlai. Air liur diteguk berkali-kali. Tak sangka pelanggannya kali ini merupakan ketua Mafia. Ditoleh pula ke arah Aisyah. Lelaki itu semakin terkejut. Ketua H black rose pun ada!

Dia memandang Aisyah dan Andrew silih berganti. Mengapa dua orang ketua Mafia ada di sini?

"Saya nak buku menu tu, please." pinta Aisyah. Tangan kanan dihulur meminta buku menu yang dipegang lelaki itu.

"In... Ini dia, puan..." Terketar-ketar tangannya saat menghulur buku menu itu kepada Aisyah dan Andrew.

"Awak nak makan apa?" tanya Aisyah. Dia mendongak memandang Andrew yang masih memerhati makanan yang tersedia di buku menu itu. Rambang matanya. Tak tahu nak pilih mana satu. Semuanya nampak sedap dan menarik.

"Err... Aku nak wahyu."

"Maaf, Tuan. Wagyu bukan wahyu." tegur lelaki itu lembut. Anak mata Andrew tajam menikam lelaki itu.

"Suka hati aku lah nak sebut macam mana pun? Nah, ambil menu ni balik! Aku nak wagyu big plate ni satu, dengan ice mocha hazelnut coffee." Keras Andrew, lelaki itu mengangguk laju. Segera dia mencapai buku menu yang dipulangkan oleh Andrew.

"Puan pula?"

"Bagi saya spaghetti aglio olio and ice lemon tea." ujar Aisyah. Buku menu diserahkan semula kepada lelaki itu.

"Baik, terima kasih." ucapnya, lantas kaki diatur laju meninggalkan meja itu. Kurang sedikit debaran di dada seperti baru sahaja berjumpa dengan malaikat maut tadi.

"Boleh tak awak tanggalkan serban tu?"  tegur Aisyah. Kecil besar kecil besar sahaja dia memandang serban yang dipakai Andrew. Lelaki itu yang pakai, aku pula yang rimas. Ergh!

"Kenapa pula? Tadi kau kata... aku nampak comel pakai macam ni."

"Ya, saya tahu awak comel. Tapi tanggalkan dulu. Kita dekat restoran sekarang ni. Awak tak malu ke orang asyik tengok awak daripada tadi?"

"Eleh, mamat Dubai okay je pakai macam ni masuk restoran? Siap berjubah bagai."

"Awak sekarang dekat Dubai ke?" soal Aisyah dengan nada mengejek.

"Tak."

"Habis tu?"

"Okaylah, aku tanggalkan." keluh Andrew. Terpaksa dia mengalah demi Aisyah. Kemudian, serban yang dipakai pun buka lalu diletakkan di atas meja sebelah kanannya. Rambut yang sedikit serabai dibetulkan seketika. Setelah memastikan rambutnya kelihatan kemas, barulah dia memandang Aisyah semula.

Andrew mengukir senyuman kecil.

"Is that okay?"

Aisyah mengangguk kepala. Lebih baik daripada rupa tadi. "Saya tak sangka cemburu awak ni boleh buat sampai awak ubah penampilan diri?"

"Ini bukan cemburu. Tapi aku cuma nak jadi ciri-ciri lelaki yang perempuan suka. Dan professor tu kata perempuan suka lelaki jahat tapi baik."

"Habis kalau professor tu kata perempuan suka lelaki lembut, awak nak jadi lembut huh?" soal Aisyah. Andrew terdiam sejenak. Bingung. Kepala yang tidak gatal digarunya. Kalau perempuan suka lelaki lembut, macam mana aku nak ubah penampilan ya?

Aisyah mengeluh kecil. "Maksud professor tu, dia nak awak jadi diri sendiri. Lelaki yang jahat tapi baik tak wujud dalam dunia ni. Ini bukan drama yang kita boleh cipta semua watak jadi apa yang kita nak. Saya tak kesah pun siapa awak? Sebab awak dah pun ada ciri-ciri lelaki BadLim yang awak maksudkan tu."

"Seriously?"

Aisyah mengangguk kepala. "Awak jadi bad, depan orang lain. Tapi awak jadi baik tambah mengada depan saya. Dan lagi satu, awak tu menja terlebih!" ujar Aisyah.

Andrew terlopong. Kepala digeleng berkali-kali seperti tidak percaya. Sejak bila pula aku jadi mengada-ngada depan Aisyah? Manja? Aku seorang yang serius okay?

"Siapa kata aku manja? Mengada? Satu Malaysia kenal aku sebagai lelaki tergarang tahu tak? Kau sepatutnya takut dengan aku supaya kau tak berani suka dekat lelaki squidwerd tu."

Aisyah menjuling anak mata ke atas dengan mimik muka menyampah. Agaknya dia lupa Kut sesiapa yang menangis depan butik tadi? Kalaulah musuh nampak watak Andrew yang sebenar, rasanya mereka akan viralkan satu Malaysia!

"Lagipun, aku jadi macam ni cuma depan kau seorang sahaja." sambung Andrew. Aisyah memandang suaminya semula.

"Aku takkan garang depan kau. Itu sebab kau nampak aku ni lemah. Tapi hakikatnya, aku bukan macam yang kau sangka. Aku bukan lelaki yang jenis kuat menangis macam tadi. Tadi tu cuma... Extra drama daripada aku."  ujar Andrew. Ayat hujungnya kedengaran perlahan. Tak berani nak cakap kuat-kuat. Kalau orang tahu, habis jatuh pandangan orang terhadap dirinya.

"Tapi kau boleh janji dengan aku sesuatu?" tanya Andrew.

"Apa dia?"

"Jangan bagitahu sesiapa yang aku menangis depan kau. Lebih-lebih lagi dekat kuncu-kuncu aku. Kalau diaorang dapat tahu, diaorang takkan hormat aku lagi."

Aisyah mengeluh panjang. Nak tak nak, dia harus berjanji juga. Walaupun dia tidak suka berpegang pada janji. "Ya, saya janji saya takkan bagitahu sesiapa." ujar Aisyah.

Andrew tersenyum lebar. Tiba-tiba suasana menjadi sepi buat seketika.

"Jadi... berbalik kepada topik tadi, kau suka lelaki yang macam mana?" soal Andrew, sengaja dia ingin tahu. Dia mendekatkan sedikit kerusi ke hadapan. Kononnya ingin mendengar dengan lebih jelas dan fokus.

"Kenapa awak nak tahu?" soal berbalas soalan.

"Saja. Takkan suami sendiri tak boleh tahu apa yang isteri dia suka?"

Aisyah tersenyum kecil. Kalau itu yang Andrew mahu tahu, baiklah. Aisyah berdehem beberapa sekali. Kerusi turut digerakkan sedikit ke hadapan. Dia mendekatkan wajahnya dengan muka lelaki itu. Anak mata mereka saling bersatu.

"Saya..."

Jantung Andrew mula berdebar.

"Suka..."

Semakin berdebar kencang.

"Lelaki yang pandai mengaji."

Mata Andrew membulat. Ah sudah, doa qunut pun dia tergagap-gagap apabila baca. Apatah lagi mengaji?

Aisyah tersenyum menyenget. "Tapi itulah, saya tahu awak takkan boleh jadi lelaki macam itu." ejek Aisyah. Sengaja dia ingin membuat lelaki itu tercabar dengan kata-katanya. Andrew mengetap bibir. Pantang betul jika ada orang merendah-rendahkan dirinya. Terasa seperti jiwa sedang terbakar sekarang.

"Kau rasa aku tak boleh jadi lelaki macam itu?"

Aisyah mengangguk kepala penuh angkuh. "Ya, sebab saya dah lama kenal awak. Awak bukannya jenis suka mengaji. Kelas mengaji online pun awak ponteng, apatah lagi..." belum sempat Aisyah menghabiskan kata-katanya, jari terlunjuk Andrew pantas melekap di bibir Aisyah. Menyuruh wanita itu senyap buat sementara. Panas pula hati aku ni!

"Kau belum kenal aku sepenuhnya." ujar Andrew dengan muka tegang. Aisyah tersenyum penuh sinis.

"Makanan dah sampai."

HOUSEHUSBAND MAFIATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang