“JEMPUT minum, Tuan Megat." diletakkan secawan kopi di atas meja makan. Lelaki tua dalam lingkungan 40 tahun itu hanya mengangguk kepala. Surat khabar dilipat dan kopinya diteguk sedikit.
"Anak saya dah sampai ke?" soal Tuan Megat. Kemudian cawan kopi itu diletakkan semula ke atas meja. Dia mengerling ke arah pembantu rumahnya, Cik Sum. Wanita muda yang usianya baru 26 tahun. Kebanyakan pekerja di rumah agam ini semuanya muda-muda. Dia tidak berapa suka untuk mengambil pekerja yang sudah meningkat ke 40 tahun. Nanti macam-macam alasan mereka untuk cuti.
Cik Sum menggeleng kepala. Tadi semasa dia keluar menjenguk ke halaman, tak nampak pun kereta milik Tuan Muda. "Belum, kenapa ya Tuan?"
"Tak ada apalah, sebab semalam dia kata nak datang ke rumah hari ini. Katanya nak datang pukul 9 pagi tadi. Sekarang dah pukul 1 masih tak sampai-sanpai. Pelik."
"Mungkin jalan jem kot tuan?"
Tuan Megat mencebik bibir dan menjongket bahu. Entah. Takkan awal-awal pagi lagi dah jem? Atau Andrew terlampau sibuk di rumah?
"It's okay. Saya rasa saya nak pergi ke rumah dia sendiri." cadang Tuan Megat. Dia bangun dari kerusi.
"Tuan tak nak breakfast dulu ke?" soal Cik Sum. Bimbang pula jika big boss tak ambil sarapan pagi. Buatnya jatuh sakit nanti, apa pula alasan dia nak bagi kepada Tuan Muda Andrew nanti? Malah lelaki tua itu hanya menggeleng kepala.
"Saya tak rasa lapar pun. Tolong arahkan Encik Mat untuk siapkan kereta untuk saya. Saya nak pergi bersiap sekejap."
"Baik, Tuan Megat." Akur Cik Sum. Lantas, Tuan Megat mengatur langkah meniti anak tangga menuju ke tingkat atas. Kemudian, Cik Sum melangkah ke halaman rumah, meluru ke arah pondok sekuriti yang berada di tepi pagar. Mengarahkan Encik Mat untuk menyiapkan kereta membawa Tuan Megat ke rumah anaknya.
PERLAHAN-LAHAN kelopak mata Andrew terbuka. Mukanya berkerut saat terasa berdenyut-denyut di kepala. Apabila dia sudah tersedar, terus dia mengubah posisi kepada duduk. Anak matanya melingas ke segenap ruang tamu. Kenapa dia terbaring di atas lantai? Keningnya berkerut pelik. Manakala otaknya cuba memproses apa yang berlaku kepadanya beberapa jam yang lepas.
"Aisyah." terpacul nama itu dibibirnya. Muka laju terpaling garang ke arah dapur. Kedengaran air singki mengalir, pasti Aisyah berada di sana. Terketap-ketap gigi menahan amarah. Panas membara! Berani betul wanita itu menyerangnya dari belakang. Tak guna!
"Kurang ajar punya perempuan!" Desisnya, geram. Tanpa berlengah, dia terus bangun dari situ. Dengan langkah bengis, Andrew berjalan menuju ke dapur. Sakit hatinya melihat Aisyah yang ralit menggaul tepung untuk membuat cucuk udang. Wanita itu nampak gembira, seperti tiada apa-apa yang berlaku sebentar tadi. Siap boleh bernyanyi kecil lagi.
Apa Aisyah sudah terlupa kesalahan yang dibuat kepadanya?
"Berani kau pengsankan aku tadi?!" keras Andrew menyoal dengan riak bengis. Air mukanya juga semakin keruh dan tegang. Bengang dengan tindakan Aisyah tadi.
Namun wanita itu hanya tersenyum menyenget. "Itu sahaja jalan terakhir yang saya ada. Siapa suruh awak degil sangat? Tapi awak jangan risau, saya tak buat apa-apa pun." ujar Aisyah dengan nada mengejek. Dia mengenyitkan sebelah matanya sebelum melangkah ke arah singki. Sayur kucai dicapainya lalu dibasuh.
"Tiada siapa yang berani serang aku daripada belakang!"
"Well... saya berani." balas Aisyah selamba. Sengaja hendak menaikkan darah lelaki itu. Makin menyirap Andrew mendengar balasannya.
YOU ARE READING
HOUSEHUSBAND MAFIA
RomanceSTOP UPDATE SEKEJAP. JGN BACA SELAGI AYAT NI TAK PDM "Sayang nak makan apa hari ni?" "Ada baju yang sayang nak abang basuhkan?" Apa? Salah ke jika seorang lelaki membantu membuat kerja-kerja isteri di rumah? Okay fine, to be honest aku Muhammad Hans...