PERUT berkeroncong membawa Aisyah ke ruang bawah untuk sarapan. Aisyah mengintai ke ruang tamu apabila mendapati ruang bawah sunyi sepi. Selalunya waktu-waktu begini dia sudah terdengar bunyi Vacum. Andrew memang selalu Vacum lantai pada waktu seperti ini.
"Hey, morning." Sapa Andrew sepatah dengan senyuman lebar. Dia meletakkan pinggang berisi telur dadar di atas meja. Aisyah menoleh ke ruang makan. Haih, baik nampak dia sapa aku pagi ni? Ada apa-apa ke? bisik hati Aisyah. Lantas, Aisyah berjalan menghampiri meja makan.
"Morning. Banyaknya awak masak pagi ni."
"Of course. Aku kan pandai masak, jadi aku masaklah banyak-banyak. Lepas aku masak banyak-banyak, kau makan. Lepas kau makan, kenyang. Lepas kenyang, baru happy pergi kerja. Kan?" ujar Andrew sambil dia melangkah menuju ke dapur mengambil lagi hidangan yang ada di sana.
"Awak mengejek saya ke apa?" soal Aisyah. Lain macam sahaja ayat Andrew tadi. Tahulah aku tak tahu masak!
"Mana ada. Aku tak ejek kau. Eh, siapa nama mamat semalam tu? Ed... Ed..."
"Edward."
"Yes, si squidwerd tu. Dia pandai masak?" sengaja Andrew bertanya dengan nada mengejek. Geram betul dia dengan lelaki semalam tu. Disebabkan mamat sotong tu lah aku tak boleh tidur semalaman! Risau pula jika lelaki itu datang ke tempat kerja Aisyah sekali lagi.
Kening Aisyah berkerut, tidak faham. "Kenapa awak nak tahu dia pandai masa ke tak?"
"Sajalah. Manalah tahu lepas ni aku boleh jadi kawan dia ke? Boleh ajak pergi shopping sama-sama. Beli bawang, beli kunyit."ujar Andrew. Heh, kawan? Silap-silap jadi lawan!
"Dia tak pandai masak pun."
"Cincah!" Andrew menjuih bibir dengan mimik muka berlagak. Tak adalah hebat mana lelaki tu rupa-rupanya! Tak seperti aku, pandai masak, pandai basuh baju sendiri, siap jadi suri rumah lagi! Tambah pula, Aku seorang yang hot dan digilai ramai gadis. Memang aku ada ciri-ciri lelaki prefect ten.
"Nampaknya dia tak adalah hebat mana, kan? Cakap bukan main berlagak semalam. Bukan lawan dia konon, dia tu yang bukan lawan aku! Kalau kau cakap dia pandai masak, baru je aku nak ajak dia join master chef dengan aku. Tengok siapa lagi bagus." ujar Andrew. Jelas berbaur cemburu di ayatnya.
Aisyah tersenyum menyenget. "Takkan dengan Edward pun awak dah jealous?" soal Aisyah dengan nada mengejek. Dia menarik kerusi lalu melabuh punggung di situ. Nasi yang berada di dalam mangkuk disendukkan ke pinggannya. Andrew mula terkulat-kulat.
"Mana ada aku jealous."
"Habis tu yang awak nak sangat lawan dengan Edward tu kenapa?"
"Saja. Aku tengok mamat tu poyo sangat. Macam dia je yang handsome dalam dunia ni sampai kau tergilakan dia! Padahal tak adalah handsome mana, selipar jamban aku cantik lagi daripada dia!" ejek Andrew. Dia mendengus geram.
Aisyah senyum penuh makna. "Tapikan... saya tengok Edward tu boleh tahan juga."
"Apa maksud kau?" tanya Andrew. Cuba mengawal nada suaranya daripada tinggi. Tanpa sebarang isyarat, kerusi di sebelah kanan Aisyah ditarik lalu dia melabuh punggung di situ. Menantikan penjelasan. Serius benar mukanya.
"Yalah, Edward sudahlah tinggi, ada perangai bad boy pula tu. Bila dia lontarkan suara, hati saya ni rasa macam nak meletup awak tahu tak?"
"Suara aku hati kau tak meletup ke?"

YOU ARE READING
HOUSEHUSBAND MAFIA
RomanceSTOP UPDATE SEKEJAP. JGN BACA SELAGI AYAT NI TAK PDM "Sayang nak makan apa hari ni?" "Ada baju yang sayang nak abang basuhkan?" Apa? Salah ke jika seorang lelaki membantu membuat kerja-kerja isteri di rumah? Okay fine, to be honest aku Muhammad Hans...