21

6.6K 733 60
                                    

                          SEBAIK sahaja melangkah masuk ke dalam butik, Aisyah terus diserbu oleh pekerja-pekerjanya. Tak sabar ingin mendengar cerita tentang lelaki berjubah yang datang ke butik tadi. Kacak juga walaupun berpakaian agak pelik. Tetapi yang jadi tanda tanya sekarang siapa lelaki itu?

"Haih... kauorang nak apa?" Soal Aisyah memandang muka mereka yang masih menanti Aisyah membuka cerita.

"Tadi tu suami you ke?" Soal Shami tersenyum-senyum dengan muka gatalnya. Kalau bab jumpa lelaki kacak, memang dialah yang nombor satu ingin tahu identiti lelaki itu!

Aisyah mengeluh sambil menapak langkah ke kaunter. Beg sandang diletakkan di atas meja. Kemudian dia melabuh punggung di situ. Nampaknya mereka sudah tahu siapa suami aku, jadi aku tak boleh biarkan mereka tahu identiti sebenar Andrew. Omel Aisyah di dalam hati.

"Ya, suami aku. Kenapa?"

"Oh my god, so handsome!" Shami mengatup mulut yang terlopong luas. Terkejut dalam masa yang sama teruja mengetahuinya. Damia dan Maya turut terkesima.

"Jadi dialah househusband yang bos cakap selama ni? Pandai masak, pandai kemas rumah. Wah, beruntungnya! Mana nak dapat suami macam bos? Cemburu saya!" Kata Maya.

"Tak payah nak cemburu sangatlah. Bukan dia seorang sahaja lelaki dalam dunia ni yang macam itu." Balas Aisyah dengan nada malas. Kemudian, pen di atas meja dicapai. Buat-buat seperti mencatit sesuatu di atas kertas.

Damia mencebik bibir sambil memeluk tubuh. "Bagi bos memanglah bukan dia seorang sahaja yang macam itu. Tapi nak cari lelaki yang tak berkira ambil tugas dekat rumah payah tau zaman sekarang."

"Betul tu! Sesetengah lelaki zaman sekarang anggap yang kerja rumah ni semua perempuan yang kena buat. Kira beruntung siapa yang dapat lelaki yang faham tentang kerjasama dalam rumahtangga."sokong Shami. Antara salah satu sebab wanita takut hendak kahwin ialah takut dijadikan orang gaji sahaja di dalam rumahtangga. Padahal, dalam Islam sendiri sudah sebut, tugas isteri hanya melayani dan menghormati suami dengan baik. Pernah juga terbaca di akhbar harian tentang seorang suri rumah yang hampir naik gila disebabkan hanya dia seorang sahaja yang menguruskan hal rumah. Manakala si suami hanya fikirkan tentang kerja. Apa salahnya jika bantu sekali-sekala?

"Eh eh kau ni Shami... cakap macam kau tu perempuan pulak." ejek Maya. Terkekek dia ketawa.

Shami menjeling menyampah. "Hello? Even I ni lelaki, I faham okay apa yang perempuan rasa?"

"Hei, sudah. Sudah. Jangan nak buka kedai bawang dekat sini. Apa kata kauorang pergi sambung kerja semula? Ada banyak kerjakan?"Aisyah mencelah sambil tangan buat-buat mengutip lukisan baju pengantin yang bersepah di atas meja. Konon sibuk sangat. Padahal nak lari daripada buka cerita tentang suaminya.

"Alas bos... sikit pun jadilah." Leret Shami dengan nada manja. Cuba untuk memujuk bosnya membuka sedikit cerita tentang lelaki berjubah tadi. Mata berkedip-kedip memandang Aisyah. Maya dan Damia turut buat reaksi comel yang sama. Mereka pun nak dengar juga. Jarang nak tengok bos mula bercerita mengenai latar belakang suami sendiri.

Tatkala Aisyah mengeluh panjang. Kertas yang dikutip tadi diselit di celahan fail. Kepala kembali mendongak memandang mereka yang berdiri di hadapan mejanya.

"Apa yang kau orang nak tahu sangat tentang dia?" soal Aisyah, akhirnya mengalah.

Terus bersinar-sinar mata mereka pabila mendengar soalan yang keluar daripada mulut Aisyah. Macam banyak benda nak tanya ni!

"Siapa nama dia?" Maya bertanya terlebih dahulu.

"Andrew." Sepatah Aisyah menjawab. Dia tidak boleh memberitahu nama penuh. Bahaya. Walaupun pekerja-pekerjanya baik tetapi sebagai seorang mafia, dengan sesiapa pun mereka harus merahsiakan identiti sebenar.

"Dia lelaki yang macam mana?" Damia pula mencelah.

"Caring, baik, bertangungjawab, gentleman..." jawab Aisyah acuh tak acuh.

"Macam mana bos boleh berkahwin dengan dia?" Soal Shami.

Aisyah terdiam. Soalan itu membuatkan lidahnya terasa kelu untuk jawab. Tanpa sedar tona kulit wajahnya juga bertukar merah, malu apabila kenangan sewaktu kali pertama berjumpa dengan Andrew kembali terlayar di fikiran. Wajah mereka dipandang lama. Nampak seperti mereka masih ternanti-nanti Aisyah membuka mulut untuk bercerita.

Bibir mencorek satu senyuman. Aisyah bersandar pada bahu kerusi. Gaya santai.

"Pergi sambung kerja." Senyuman kembali mati. Aisyah terus mencapai pen dan fail. Buat-buat seperti sedang sibuk bekerja. 

"Alaaaaa...." Mereka sama-sama menunduk kepala. Kecewa.














                              “APA? Dia nak bos belajar mengaji?!" Badri terkejut. Membulat matanya memandang Andrew yang sedang bersandar pada gazebo kayu itu. Sedang termenung memikirkan sesuatu. Kemudian, Badri menoleh memandang Criss. Lelaki itu juga nampak terkejut mendengarnya.

"Bos, bos kena ingat bos tu mafia. Kalau bos ubah sedikit demi sedikit. Kantoilah dengan kumpulan lain nanti!" Ujar Criss. Dulu, waktu mula-mula kahwin, cakap nak jadi househusband sahaja. Sekarang, nak jadi suami yang mithali pula. Siap nak belajar mengaji lagi semata-mata untuk wanita itu. Dah jelas sekarang, Aisyah bukan wanita sebarangan sehingga mampu membuatkan bos mereka bertukar menjadi anak kucing yang patuh pada arahan!

"Haah, nanti mesti diaorang akan perlekehkan bos!" kata Badri.

"Ah, suka hati akulah aku nak jadi apa sekalipun? Bukannya aku bertukar jadi binatang! Lagipun, memang itu tugas seorang suami yang sepatutnya. Pandai agama." Ujar Andrew. Dia dah lama bersiap sedia untuk bertukar menjadi sesiapa sahaja selepas bergelar suami. Asalkan itu yang terbaik. Tentang identiti sebenarnya. Semua itu boleh disorok.

"Haih, bos ni nampaknya dah betul-betul angau dengan dia. Apa agaknya yang dia buat sampai bos jadi macam ni ya?" Badri tertanya-tanya. Pelik juga. Selama ini dia tidak pernah melihat Aisyah melayani Andrew dengan mesra. Tetapi apa yang buatkan bosnya benar-benar tertarik dengan wanita itu?

"Tiada sebab selain kerana dia isteri aku." Jawab Andrew dengan senyuman nipis. Dia memusing memandang Criss dan Badri yang duduk di bawah gazebo.

"Bila dah jadi suami, tak kira musuh atau apa sekalipun dia. Kau tetap kena jaga dia. Jadi itu yang aku buat sekarang. Memang dia Hasyai dan sepatutnya kami kena berentam untuk lihat siapa yang akan mati dulu. Tapi, aku tak boleh terus buat macam tu dekat dia. Perkahwinan aku dengan dia bukan untuk bermusuhan. Tapi saling melindungi. Aku pasti, kalau dia dah tahu aku ni musuh dia sebelum kahwin lagi. Mesti dia ada sebab kenapa dia pilih aku untuk jadi suami dia."

"Kiranya bos ni macam bekas mafia yang ikan tulah. Siapa nama dia?" Criss menoleh memandang Badri. Manalah tahu jika Badri ingat. Dia pun dah lama lupa tentang bekas mafia itu.

"Maksud kau Shark?" Badri meneka.

Kening Andrew berkerut. Tubuhnya terus menegak seolah-oleh teruja ingin tahu.

"Siapa Shark?"

"Bos tak kenal Shark?"soal Badri tak percaya.

Andrew menggeleng kepala. Dia tidak pernah lagi dengar gelaran Shark daripada mana-mana kumpulan mafia.

"Shark tu dulu Mafia juga. Macam bos! Tapi dengar cerita, ada orang nampak si Shark tu tiba-tiba kahwin dekat Thailand dengan seorang perempuan bertudung. Sejak daripada situ, nama Shark dah lama tak dengar. Business dia pun dah lenyap. Rupa-rupanya waktu tu dia cuba nak berubah untuk pikat isteri dia. Dan sekarang, saya dapat tahu Shark tu ada buka restoran baru. Restoran sushi tak silap."ujar Badri, panjang lebar dia bercerita.

Tatkala Andrew hanya menadah telinga mendengar dengan teliti. Oh, begitu rupanya. Kepala Andrew terangguk-angguk tanda faham.

"Kau tahu restoran sushi mamat ikan tu dekat mana?" Soal Andrew ingin tahu.


Alhamdulillah. Saya dah jumpa jalan keluar.

HOUSEHUSBAND MAFIAWhere stories live. Discover now