❤️BAB 22❤️

197 6 3
                                    

Pintu bilik kayu yang berukir cantik itu dipandang dengan penuh debaran. Sudah hampir 15 minit Aniq berdiri tegak dihadapan pintu bilik isterinya.

Takut , gugup berdebar semua ada didalam dirinya. Normal lah yaaa ada perasaan sebegini kalau bini korang macam harimau..ahakss

"Apa yang ditenung pintu tu lama sangat tu Aniq? " Tanya Anita yang kebetulan melangkah naik ke ruang atas dari bahagian dapur sambil mengelap tangan yang basah dibaju yang dipakainya.

"Eyh xdelah ni hah nk masuk lah ni " ucap Aniq sambil tergesa-gesa memulas tombol pintu sebelum menghilang disebalik daun pintu..

Anita hanya tersenyum sambil mengelengkan kepala melihat telatah su adik ipar yang jelas-jelas terlihat riak gugup untuk masuk kedalam bilik adiknya.

"Semoga kebahagian akan menjadi milik korang satu hari nanti " doa Anita didalam hati.

Sejujurnya dirinya menyukai sikap Aniq yang begitu sempurna itu. Status Aniq bukanlah menjadi satu isu untuk menjadi ahli keluarganya kerana Haji Salleh dan Hajah Diah sudah menerapkan bahawa duit pangkat kuasa status bukanlah satu ukuran untuk menjadi menantu mereka tetapi agama , budi bahasa dan rajin mencari rezeki halal itu yang lebih utama.

∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆

ANIQ POV

Daun pintu aku tutup dengan perlahan-lahan kerana tidak mahu mengejutkan penghuni bilik yang berkemungkinan sudah dibuai mimpi.

Keadaan bilik yang gelap hanya terbias oleh samar-samar lampu jalan tidak menghalang aku untuk memandang sekeliling bilik tidur yang serdahana luas itu.

"Hurm biasa je bilik bini aku ni xdelah besar sangat..besar lagi bilik aku "

Tiba-tiba....

Pap!

Lampu meja disisi katil menyala. Secara tiba-tiba bilik yang samar tadi dilimpahi cahaya meskipun tidak seterang lampu pandaflor tetapi masih terang untuk melihat susuk tubuh yang  duduk menyandar dikepala katil memandang aku dengan pandangan bengis.

Gulp!

Air liur di telan payah. Jangkaanya meleset sama sekali rupanya penghuni bilik itu masih belum dibuai mimpi.

"Arghhh malasnya nak bergaduh!!!!!" Jerit hatiku.

Aku tahu pasti sebentar nanti akan meletus amukan Syiffa kerana dirinya masuk kebilik ini tanpa kebenaran si empunya bilik. Entah kenapa malam ini dirinya begitu tekad untuk bermalam dirumah ini buat pertama kalinya. Puas dirinya mencuba memberanikan diri meminta izin Haji Salleh dan ipar duai yang lain untuk bermalam disini.

Sudahlah malu malah ditertawakan lagi oleh ipar duai nya kerana meminta izin untuk tidur dibilik isteri sendiri.

Cisss nyampah

"Sape bagi kebenaran kau masuk bilik aku?"

Suara tegas Syiffa mematikan lamunanku. Perlahan-lahan aku membuka langkah mendekati sisi katil. Amaran Syiffa supaya aku tidak mendekatinya tidak aku endahkan.

Sebaik sahaja tiba disisi katil aku terpegun seketika melihat keadaan Syiffa.

Sempurna. Ya itulah yang dirasakanya ketika pertama kami melihat aurat Syiffa yang halal untuknya. Rambut separas bahu beralun cantik seperti mahkota itu sering mendapat sentuhan salon. Raut wajah yang sembab tetapi masih tidak mampu menutup kecantikan yang dimiliki oleh sosok tubuh itu.

Air liur ditelan payah apabila mataku jatuh memandang sebatang leher yang gebu itu seolah-oleh mengamit aku untuk bernafas bersamanya. Perasaan untuk memeluk dan mengomol tubuh itu begitu berkobar-kobar dalam dirinya.

"Dah puas tilik aku dari atas sampai bawah?? Kalau dah puas sila berambus dari bilik aku. Aku nak tidur"

Ucapan Syiffa mematikan lamunanku. Syiffa yang sudah bersedia untuk berbaring itu aku tahan.

"Kalau saya nak tidur sini jugak boleh?" Ujarku. Suara sehabis lembut aku gunakan dan didalam hati tidak henti-henti aku berdoa kepada Tuhan supaya tidak akan berlaku sebarang amukan. Panggilan abang sayang yang selalu aku bahaskan aku tukarkan kepada saya awak kerana Syiffa begitu bencikan panggilan itu. Jadi untuk berbaik dengan isterinya itu langkah pertama yang dia harus lakukan ialah ubah panggilan dan yang kedua ialah tidur sebilik.

"Ya Allah , Kau bantulah aku janganlah terjadi sebarang pergaduhan antara aku dan dia"

Syiffa yang mendengar permintaan tidak terjangka dek akal itu membuntangkan mata. Dengan cepat dirinya bangun dari duduk sebelum berdiri berhadapanku. Faktor ketinggian yang berbeza membuatkan Syiffa mendongak memandang aku dengan wajah yang marah.

"Cisss pendek betul...ingat buat muka marah aku takutlah eiii kepit celah ketiak baru tahu " kutuk aku tapi dalam hati je lah mana berani nak cakap depan-depan.  

Ini bukan takut bini ya tapi bini yang menakutkan...uhukss

"Apa kau cakap?? Nak tidur sini??? Kau lupa ke yang aku benci kau?? " Ujar Syiffa yang mengawal tone suaranya agar perlahan kerana tidak mahu Haji Salleh dan Hajah Dia mendengar bicaranya denganku sekarang.

"Tapi saya suami awak" ucapku perlahan

"Suami?? "

" Ya suami. Saya suami awak yang SAH. Saya suami awak yang bertanggungjawab keatas AWAK. Semua salah silap awak saya akan TANGGUNG dari hujung rambut sampai hujung kaki " ujarku panjang lebar.

Sengaja aku tekankan perkataan tersebut supaya Syiffa sedar bahawa aku lah pembimbingnya. Aku lah syurganya setelah ijab yang diucapkan oleh Haji Salleh aku sambut dengan tenang.

Syiffa terkedu seketika kerana tidak menyangka aku akan berkata sebegitu. Yelah selama ini apa yang diamukan oleh Syiffa aku hanya diam dan menunduk seolah-olah aku pengecut.

"Kenapa awak diam? Tak betul ke apa yang saya bagitahu?? Tolong Ifa , saya rayu dengan awak. Jangan hukum saya macam ni terus. Bukan awak sorang yang terlibat dalam perkahwinan tiba-tiba ni. Saya pun terlibat tapi saya sedaya upaya terima semua ni dengan berlapang dada. Bukan saya sorang , anak saya gembira sambut awak sebagai seorang ibu. Kenapa awak tidak boleh belajar terima semua benda ni?? Awak sendiri nampak saya pun menidakan kes tu. Saya sendiri bayar denda dengan rela hati asalkan nama awak nama saya bersih tapi ayah yang minta saya kawin dengan awak. Saya terima permintaan tu sebab saya memang sukakan awak dari hari pertama kita berjumpa." Ujarku dengan lirih.

Syiffa tidak mampu untuk berkata-kata kerana apa yang diucapkan olehku sebentar tadi semuanya benar belaka. Syiffa sangat tidak menyangka bahawa lelaki dihadapanya ini sudah menyukainya sejak hari pertama mereka bertemu.

Aku duduk berlulut dihadapan Syiffa. Tangan lembut itu ku raih keduanya sebelum digenggam erat lalu ku bawa ke dahi.

"Tolong Ifa jangan hukum saya macam ni. Tolong cuba terima saya sebagai suami awak. Saya janji selagi nafas masih ada saya akan jaga awak. Tolong Iffa saya pernah kehilangan saya tak mahu kehilangan lagi " rayuku

Syiffa bagaikan mati kata apabila melihat seorang lelaki yang juga seorang ayah duduk melutut merayu meminta sedikit ihsan darinya supaya menerima dirinya dan tidak meninggalkan dirinya.

Luluh. Ya itu yang dirasa oleh Syiffa sekarang ini. Jujur hatinya sedikit luluh mendengar ini semua.

Tanpa mereka sedari , semua ahli keluarganya mencuri dengar diluar bilik. Mereka semua tidak dapat menahan sebak mendengar permintaan yang diucap oleh si adik ipar. Haji Salleh meminta anak menantunya beredar ke bilik masing-masing apabila tidak lagi mendengar sebarang komuniksi dari dalam bilik itu.

✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨

Dengan tiba-tiba ia muncul...ahaksss
Tak sedar ya dah lama story ni tergantung...ahahahahaha

SOULMATE MR.DUDA Where stories live. Discover now