Allahuakbar!!
Terasa mahu pitam bila melihat keadaan isterinya yang terkulai dengan pengelangan yang berlumuran darah.
"Allah ifa!!!"jerit Hajah Diah melihat keadaan anak bongsunya itu.
Tanpa membuang masa , tubuh yang terkulai layu itu dicempung oleh Aniq sebelum bergerak laju menuju ke pintu utama tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.
"Guna kereta aku...biar aku dengan Farhan teman kau"cadang Mirza cemas
Aniq hanya mengiyakan sahaja apa yang diperkatakan oleh abang iparnya itu kerana dalam situasi sekarang yang menjadi keutamaanya ialah Syiffa.
°
°
°
°
Mirzal dan Farhan hanya memerhati lagak Aniq yang berjalan ke hulur ke hilir dihadapan wad Syiffa.Sudah satu jam Syiffa ditolak masuk kedalam bilik itu namun masih tiada khabar dari doktor yang merawatnya.
"Niq , sabar insyallah tak ada apa-apa"pujuk Mirzal menenangkan adik ipar 'terkejut'nya itu.
"Aku tak boleh..kalau aku tak ikut keinginan aku nak kawin dengan Ifa mesti semua ni tak akan terjadi"ujar Aniq dengan nada sayu.
Rambut yang serabai dikusutkan lagi sebelum menghempaskan batang tubuh miliknya ke dinding wad.
Mirzal dan Farhan saling memandang antara satu sama lain kerana terkejut mendengar butir bicara yang ditutur oleh Aniq sebentar tadi.
Mereka tidak menyangka pertemuan yang singkat antara Aniq dan Syiffa dapat menimbulkan bibit cinta dalam diri si duda itu.
Bunyi pintu yang dikuak dari dalam mengalihkan pandangan mereka.Kelihatan doktor wanita yang merawat Syiffa melangkah keluar dari wad.
"Macam mana keadaan isteri saya?"tanya Aniq dengan nada cemas
Doktor muda yang memakai tag nama Anis itu tersenyum melihat kekalutan Aniq.
"Isteri encik baik-baik sahaja..alhamdulilah kesan torehan tak mengenai nadi dia"
Aniq yang mendengar penerangan dari doktor itu mula mengucapkan syukur ke hadrat ilahi begitu juga dengan Mirzal dan Farhan.
"Tapi apa yang saya nampak isteri encik dalam keadaan stress..kandungan air dalam tubuh juga berkurang..jadi saya harap encik boleh tangani punca isteri encik stress"pesan doktor itu lagi.
Semua yang mendengar hanya tersenyum tawar sebelum mengangukkan kepala tanda memahami apa yang diujarkan oleh doktor itu.
Setelah disarankan hanya ahli keluarga yang terdekat sahaja dibenarkan untuk melihat keadaan Syiffa , doktor itu mula meminta diri untuk beredar.
"Kau masuklah dulu...aku nak call orang kat rumah bagitahu keadaan Iffa"ujar Mirzal sambil menepuk belakang Aniq tanda sokongan moral sebelum berlalu pergi.
"Aku masuk dulu"pinta Aniq kepada Farhan yang sedia menanti diatas kerusi yang disediakan diluar wad.
∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆∆
AKHIRNYA🤣🤣SORRY LATE UPDATE😓SORRY JUGAK IF HAMBAR OR BOSAN😌THANK YOU PADA SAPE2 YANG X JEMU2 TUNGGU UPDATE DARI AQ💕AQ HARGAI GILER😘ADA SEBARANG TYPO SILA ABAIKAN🤣SO ALANG2 DH TAIP NI AQ NK PESAN KAT KORANG SEMUA DUK UMAH DIAM2 SEPANJANG PKP NI..JGN DUK GALOK GELENGYAR NK TUBIK UMOH😡AQ SEPAK KANG😡GURAU JE🤣APA2 POM STAY SAFE💕YANG KAT DALAM UMAH DUK ELOK2..YG KAT DLM HATI JGN GATAL NK LARI🤣🤣TIBER🤣HAKIKATNYA SINGLE😂😌P/S BARU AQ TAHU BERHARAP DEKAT MANUSIA SAKIT GILER NK MATI😌NK2 MANUSIA YANG SIKIT PUN X NK HARGAI USAHA KITA YG SEDAYA UPAYA TARIK PERHATIAN DIA😌
YOU ARE READING
SOULMATE MR.DUDA
RomanceSYED AL-ANIQ ceo kepada syarikat pembinaan TEGUH HOLDING SDN.BHD.Beliau seorang yang perfect..namun perfect itu cuma sekadar luaran..pada usia yg menjangkau 30 an beliau menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan abi setelah kematian isterinya sewaktu...