Mata yang sekian lama terpejam cuba dicelikkan sehabis mungkin namun gagal dek kerana cahaya lampu yang memancar diatas mukanya.
Mata dikerdipkan beberapa kali bagi menghilangkan kabur sebelum semuanya kembali jelas.
Pada pandangannya ketika ini terlayar siling putih yang dirinya sendiri tidak tahu keberadaan dirinya sebelum bebola mata dililaukan ke segenap bilik.
Dengkuran halus seseorang yang berada begitu hampir denganya itu dipandang dengan riak terkejut.
Kelihatan Aniq sedang lena dibuai mimpi beralaskan lenganya namun yang lebih menarik perhatian ialah tautan tangan antara dirinya dan Aniq yang kelihatan erat seperti tidak mahu berpisah.
Perasaan benci dan marah mula hadir dalam diri Syiffa apabila mengenangkan perkara yang terjadi antara dirinya dan Aniq. Sungguh sampai ke hari ini dirinya tidak dapat menerima kenyataan bahawa dirinya dan Aniq bergelar suami isteri dalam tempoh perkenalan yang begitu singkat.
Tidak masuk akal bukan??
Gengaman tangan yang erat cuba dirungkaikan oleh Syiffa dengan marah. Dirinya tidak akan membenarkan Aniq menyentuh walau seinci pun kulit tubuhnya kerana dirinya jijik dengan lelaki itu.
Aniq yang terganggu lenanya akibat cubaan Syiffa yang ingin melepaskan genggaman tangan itu terpisat bangun sebelum menjerit syukur.
"Sayang dah sedar!??alhamdulilah..terima kasih Ya allah"ujar Aniq dengan girang.
"Jangan panggil aku sayang lah!!jijik telinga aku dengarlah!!"bentak Syiffa sebelum merentap kuat genggaman itu sebelum sehingga terlerai jua.
Luluh hati Aniq mendengar setiap butir bicara milik Syiffa namun dirinya tidak mengendahkanya kerana baginya Syiffa langsung tidak memaksudkan sebegitu cuma amarahnya sahaja yang memaksa dirinya berkata sedemikian.
"Ifa nak minum ke??kalau nak minum Abang boleh ambilkan..."pelawa Aniq sebelum bangkit dari duduknya menuju kearah meja yang diletakkan air diatasnya.
"Aku tak nak apa-apa...aku cuma nak kau keluar dari sini!"marah Syiffa sambil menunding jari kearah pintu wad.
Terjeda seketika Aniq yang sedang menuang air kosong kedalam gelas. Lantas jag dan cawan diletakkan kembali ke tempatnya sebelum langkah kaki diatur kearah katil Syiffa.
"Abang tak nak keluar..Abang nak jaga Ifa"pujuk Aniq dengan lembut.
Penuh pengharapan dalam bicaranya agar Syiffa mengizinkan dirinya menjaga gadis itu malah nada yang selembut mungkin digunakan agar gadis itu bersetuju namun jangkaanya meleset apabila Syiffa tetap dengan amarahnya.
"Aku cakap keluar maknanya keluar lah!!!!aku tak perlukan kau pun untuk jaga aku!!aku boleh jaga diri sendiri!"pekik Syiffa dihadapan muka Aniq.
Jelas tergambar riak benci dimukanya.
Aniq melepaskan keluhan yang berat melihat kedegilan Syiffa yang langsung tidak makan dek saman itu. Kerana tidak mahu menimbulkan kekecohan akhirnya Aniq mengalah untuk keluar dari wad itu.
"Kalau ada apa-apa panggil je Abang ...Abang ada dekat kerusi kat luar ni"pesan Aniq sambil tersenyum tawar sebelum melangkah keluar dari wad itu.
"Huh! Menyusahkan"omel Syiffa sendirian.
Sebaik sahaja kelibat Aniq hilang disebalik pintu wad , Syiffa mula memejamkan kembali matanya bersama dengan amarah yang tidak tahu bila akan berakhir.
°
°
°
°
Pada hari ini , bilik yang menempatkan Syiffa begitu riuh dengan kehadiran ahli keluarganya namun keriuhan itu sedikitpun tidak disampuk oleh Syiffa kerana baginya mereka sedang berseronok diatas penderitaan dirinya.
YOU ARE READING
SOULMATE MR.DUDA
RomantikSYED AL-ANIQ ceo kepada syarikat pembinaan TEGUH HOLDING SDN.BHD.Beliau seorang yang perfect..namun perfect itu cuma sekadar luaran..pada usia yg menjangkau 30 an beliau menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan abi setelah kematian isterinya sewaktu...