Syiffa yang sedari tadi asyik mengerling jam yang tergantung elok ditepi dinding itu tidak dapat menahan dirinya dari terus berjalan mundar mandir diruang tamu itu.
"Mane ye ni??nok ato anok ke xmboh??"omel Syiffa sendiri
Jam dikerling sekali lagi.Jarum jan sudah menunjukkan pukul 12.45 tengah hari tetapi batang hidung Aniq dan Ecah masih tidak muncul jua.
Hajah Diah yang datang dari arah dapur sambil menjinjing mangkuk tingkat itu hanya mengelengkan kepala melihat tingkah laku anaknya itu.
"Tekgi ye sapa ah tu..sabor"ujar Hajah Diah lalu keluar untuk menghantar makanan tengahhari kepada suaminya di bendang.
Tidak lama selepas itu kedengaran bunyi enjin kereta masuk ke pekarangan rumah.
Syiffa cekap mencapai tudung sarung yang tersangkut di pemegang sofa kayu itu.
"Assalamualaikum mama..Ecah dah sampai"laung Ecah dari halaman rumah.
"Waalaikumussalam"jawab Syiffa sebelum melangkah keluar rumah menuju kearah Ecah.
"Mintak maaf lah..saya lewat sikit ambil Ecah harini..banyak kerja kat tapak projek"ujar Aniq serba salah
Beg berwarna baju pink ditangan kirinya diserah kepada Syiffa
"Owhh tak apalah"ujar Syiffa sambil menyambut beg baju yang dihulur itu.
"Ermm Ecah ni sekolah kat mana?"tanya Syiffa
"Dia sekolah kat hujung simpang sana je"ujar Aniq sambil menujukkan arah
"Kalau macam tu tak apalah..esok biar saya je ambik Ecah"cadang Syiffa sekadar ingin membantu.
Dari riak wajah Aniq dia sudah mengetahui yang lelaki itu terkejar kesana sini menyiapkan kerja sebelum datang kesini.
"Tak susahkan awak ke?"tanya Aniq
Risau kalau-kalau dia menyusahkan anak dara didepanya ini.
Syiffa hanya menggelengkan kepala sebelum bertanya kepada Ecah adakah dirinya sudah makan atau belum.
"Belum..Abi pun belum makan"adu Ecah
Syiffa yang mendengar jawapan Ecah itu mengaru kepalanya yang berlapik tudung itu.
"Aduhh sian lah pulok..kang kalu aku ajok masuk kang dok pasal nikoh free..dohlah mok xdok"desis hati Syiffa
"Mintak maaflah..bukan tak nak ajak masuk makan tapi mak ngan ayah saya tak ada"ujar Syiffa serba salah
Aniq yang melihat tingkah laku Syiffa yang serba salah itu hanya mengukirkan senyuman manis kepadanya.
Terpana seketika Syiffa dibuatnya.Terasa dunia berhenti berputar apabila melihat senyuman Aniq yang bisa mencairkan hati gadisnya.
"Allah..bidadara kayangan ke ni!!??senyuman ye arghh pecah ovari titew"gelestis hati Syiffa
"Sokey..saya makan kat warung kat depan sana"ujar Aniq
Tubuhnya direndahkan bagi menyamai ketinggian Ecah sebelum tanganya mengusap kepala Ecah dengan penuh kasih sayang.
"Duduk dengan Mama elok-elok tau..Abi tak nak dengar Mama ngadu Ecah naughty-naughty"pesan Aniq sambil mencuit hidung mancung Ecah.
Tanpa dia sedari, ada insan yang sudah mengeletis dalam diam apabila mendengar panggilan yang diberi kepadanya.
"Omg!!!mama!!??rase macam bini ye doh..arghhh"
Aniq akhirnya meminta diri untuk beredar kerana dirinya harus kembali ke tapak projek pula.
"Jom masuk sayang"ajak Syiffa sambil memegang tangan Ecah.
YOU ARE READING
SOULMATE MR.DUDA
RomanceSYED AL-ANIQ ceo kepada syarikat pembinaan TEGUH HOLDING SDN.BHD.Beliau seorang yang perfect..namun perfect itu cuma sekadar luaran..pada usia yg menjangkau 30 an beliau menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan abi setelah kematian isterinya sewaktu...