Aniq serta Haji Salleh berbual-bual kosong selepas menjamu selera sebentar sahaja tadi.
Didapur pula kelihatan Hajah Diah sedang mengacau seteko air teh panas manakala Ifa sedang ligat membasuh pinggan yang digunakan ketika makan malam tadi.
"Ecah dah siap lap meja?"tanya Hajah Diah kepada Ecah yang sibuk menggelap meja makan.
Sudah ditegah supaya tidak payah membantu dia dan Ifa didapur tetapi tetap jugak berkeras mahu membantu.
Tak padan dengan kecik
"Dah siap letak kain tu kat sini sayang"ujar Ifa kepada Ecah.
Dia begitu terharu melihat Ecah yang membantunya dan Hajah Dia mengemas dapur meskipun berusia 5 tahun.
Hebat sungguh didikkan yang diberi oleh Aniq.
"Dah siap aunty"ujar Ecah lalu meletakkan kain yang digunakan ditempat yang ditunjukkan oleh Ifa.
"Jom kita naik Ecah..ha Ifa mung bawok air tu naik atah"arah Hajah Diah kepada Ifa sambil memimpin tangan Ecah mendaki tangga.
Air yang sudah diletakkan diatas dulang itu ditatang dengan penuh berhati-hati sambil mendaki anak tangga menuju ke ruang atas.
Dulang diletakkan diatas meja kaca berhadapan dengan Haji Salleh dan Aniq.
Ifa yang menyedari setiap perbuatanya itu ditenung oleh Aniq bertindak mengabaikanya meskipun dirinya sudah terasa mahu meletup menahan debaran yang sudah menggila.
"Aku cucuk biji mata tu baru tahu..tengok serupa tak pernah tengok perempuan.opss lupa dia duda lah..lama sangat kot puasa sebab tu tengok macam nak telan..haha"detik hati Ifa
Aniq yang melihat Ifa tersenyum-senyum sambil menyusun air diatas meja itu hanya berdongkol geram.
"Mengutuk akulah tu"desis hati Aniq
Selesai sahaja menyusun cawan yang berisi air teh panas itu , Ifa akhirnya meminta diri untuk masuk ke biliknya.
Selepas mendapat anggukkan dari Hajah Diah, Ifa akhirnya melangkah mendekati biliknya sebelum dihilang disebalik pintu biliknya yang ditutup rapat itu..
●●●●●●●●
IFA POVSebaik sahaja pintu bilik ditutup , aku menghembuskan nafas lega apabila dapat melarikan diri dari pandangan si duda hot itu.
Jam di meja sisi katil aku kerling.Jarum jam menunjukkan pukul 9.00 malam.
Aku berjalan menuju kearah almari sebelum membuka pintu almari dan mengeluarkan sepasang baju tidur satin bertali halus berwarna merah pekat.
Baju yang aku pakai tadi aku buang sebelum memasukkan kedalam bakul baju kotor.Begitu juga dengan bra.
Aku tidak akan memakai bra ketika tidur ini kerana ia berisiko akan mendapat kanser payudara.
Baju tidur satin itu aku sarungkan ke tubuh.
Aku gemar berpakaian sebegini ketika malam.Baju-baju sebegini ada yang diberi oleh kakak-kakakku dan ada juga yang aku membelinya sendiri di kedai.
Aku turut tidak gemar memakai seluar ini kerana aku dan kakak-kakak ku sudah diajar untuk memakai kain batik apabila mula memasukki sekolah tingkatan.Kami dilarang memakai seluar kecuali hendak keluar dari rumah sahaja.
Ini kerana menurut Hajah Diah pemakaian kain batik dapat mengetakkan otot vagina.Jadi buat apa harus membeli supplemen untuk kuatkan otot vagina sedangkan ada cara yang paling berkesan iaitu memakai kain batik.
YOU ARE READING
SOULMATE MR.DUDA
RomansaSYED AL-ANIQ ceo kepada syarikat pembinaan TEGUH HOLDING SDN.BHD.Beliau seorang yang perfect..namun perfect itu cuma sekadar luaran..pada usia yg menjangkau 30 an beliau menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan abi setelah kematian isterinya sewaktu...