BEFORE YOU READ THIS CHAPTER , PLEASE TAP STAR BUTTON FOR VOTE♥️THANK YOU😘
Suasana pagi yang damai ditemani bunyi kokokkan ayam amat menenangkan bagi penduduk kampung disini tetapi suasana itu tidak sedikitpun meredakan kegusaran yang bertandang dihati Hajah Diah yang sedang termenung diatas tangga yang menghubungkan ruang dapur dengan ruang tamu.
Sesekali terdengar keluhan berat dilepaskan dari bibir mulut tua itu.
Haji Salleh yang baru sahaja melangkah keluar dari bilik terpinga melihat keadaan isterinya yang terlalu asyik dengan dunianya tersendiri.
Langkah kaki diatur perlahan kearah isterinya sebelum bahu itu ditepuk lembut namun cukup menghapuskan dunia Hajah Diah.
"Allah! Kejut saya" ujar Hajah Diah sambil mengosok lembut dadanya yang terkejut dengan tepukkan Haji Salleh.
"Mende yang awok menung pagi bute ni sapa saya awok dok sedor?" Ujar Haji Salleh sebelum melabuhkan duduk dibelakang isterinya.
"Saya mikir ke Ifa je..Saya rase betul nape yang Ifa kabo"luah Hajah Diah memandang kearah Haji Salleh.
"Mende yang Ifa kabo?"
"Hubungan ye dengan Aniq patutnya dok wujud..mende ni saloh"tegas Hajah Diah
"Bakpe awok rase saloh??Saya wat hok molek doh untuk masa depan ye..Doh saya dok wehi awok cakap psl benda ni agi"ujar Haji Salleh dengan riak wajah yang serius.
Baginya apa yang diatur untuk anak bongsunya itu merupakan aturan yang terbaik. Bukan kerana Aniq itu seorang yang berharta tetapi hati tuanya kuat mengatakan bahawa Aniq boleh membimbing anaknya menjadi lebih baik.
"Awok kena ingat senoktah Ifa tengking Aniq , selangkah ye bawok awok , Aniq , abang-abang ye ke neraka"ujar Hajah Diah sebelum bangkit dari duduk dan mengorak langkah menuju kearah bilik.
Dirinya tidak betah berada lama disitu. Daripada dirinya menjadi isteri yang derhaka lebih baik dirinya pergi menyejukkan hati tuanya yang geram dengan kedegilan Haji Salleh yang langsung tidak makan saman.
Haji Salleh terkaku apabila dirinya dilemparkan kata-kata begitu oleh Hajah Diah untuk pertama kalinya.
Untuk kesekian kalinya perasaan ragu-ragu akhirnya wujud didalam benaknya.
"Betul ke apa yang aku buat?"
✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨
New chapter unlocked😭😭usaha jugak buat bab baru setelah sekian lama tak bergerak😭Mintak maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki sebab chapter kalini teramatlah pendek😭😭Idea last minit😣Harap still ada yang sudi baca and vote😣
YOU ARE READING
SOULMATE MR.DUDA
RomanceSYED AL-ANIQ ceo kepada syarikat pembinaan TEGUH HOLDING SDN.BHD.Beliau seorang yang perfect..namun perfect itu cuma sekadar luaran..pada usia yg menjangkau 30 an beliau menggalas tanggungjawab sebagai ibu dan abi setelah kematian isterinya sewaktu...