❤️ BAB 23 ❤️

174 9 1
                                    

Suasana petang yang berangin ditambah pula dengan suasana sawah yang menguning itu menambahkan lagi kedamaian petang itu. Beberapa orang kanak-kanak terlihat begitu seronok memancing di parit ditepi sawah sambil ditemani burung-burung yang berterbangan.

Syiffa duduk bersantai diatas pankin dibawah pohon jambu itu sambil menemani Ecah yang begitu asyik bermain dengan mainan masak-masak yang dibeli oleh Aniq beberapa hari yang lalu ketika lelaki itu keluar ke pekan.

Fikiran Syiffa jauh dibawa mengelamun. Sudah beberapa hari sejak kejadian dibiliknya itu berlaku , fikiranya tidak berhenti dari memikirkan permintaan Aniq yang merayu untuk menerima dirinya.

Entahlah pada Syiffa dirinya tidak keberatan untuk menerima Aniq menjadi suaminya tetapi tidak pernah terfikir begini cara pernikahan mereka. Tidak bercinta , tidak berkenalan secara berlebih , tidak ada pertunangan tidak ada majlis besar besaran yang diimpikan oleh dirinya sejak sekian lama.

Memang betul lelaki itu berjanji akan mengadakan majlis setelah semua pekerjaan nya selesai sebelum pulang ke kota tetapi Syiffa sedikit pun tidak tertarik.

Lamunan Syiffa tersentak apabila kereta milik Aniq memasuki halaman rumah sewanya. Ecah yang asyik bermain itu mula meninggalkan mainanya sebelum menuju kearah Syiffa.

"Mama , abi dah balik lah..boleh tak Ecah nak pergi dekat Abi?" Tanya Ecah yang sedikit comot kerana bermain masak-masak mengunakan pasir.

Apa korang ingat budak bandar tak reti main pasir ke????

Syiffa mengalihkan pandangan ke arah Aniq yang tergesa-gesa keluar dari kereta sebelum masuk ke dalam tumah sebelum memandang kembali kepada Ecah.

"Ecah pergi masuk dalam dekat Nenek bagitahu Mama suruh Nenek mandikan Ecah" ujar Syiffa sambil mengelus lembut kepala Ecah.

Seluruh kasih sayang telah ditumpahkan untuk si kecil ini. Meskipun belum menerima kehadiran si bapa namun dia tidak akan sesekali mengherer si kecil ini didalam masalahnya dan Aniq. Si kecil ini tidak bersalah. Si kecil ini hanya mahukan perhatian dan kasih sayang dari seorang ibu iaitu dirinya.

Dapatkah dirinya menerima kehadiran Aniq dengan berlapang dada sepertimana yang diucapkan Aniq pada malam itu???

" Eii apa Mama ni , Ecah dah besarlah. Ecah dah pandai mandi sendiri lagipun malu lah " ujar Ecah sambil menarik muncung.

Tergelak Syiffa mendengar celoteh Ecah. Terasa bahagia sebentar harinya dapat mendengar celoteh yang keluar dari mulut itu.

"Yelah Mama bagitahu je tapi ingat bagitahu jugak kat Nenek yang Ecah nak mandi nanti Nenek tak jumpa pula cari Ecah " pesan Syiffa

"Mama nak pergi jumpa Abi sekejap ok?"

Ecah hanya mengangukan kepala sebelum berlari menunju ke dalam rumah sebelum kedengaran suara itu riuh memanggil Hajah Diah.

Selipar disarung lalu bergerak menuju ke rumah seberang tak lain tak bukan rumah sewa suami sendiri.

Aikkk claim suami nampakk???

Yelah kenalah claim suami walaupun tak berapa nak terima lagi nanti karang orang lain yang claim pulak sia-sia jeeee

Sampai sahaja dihadapan pintu utama rumah itu salam diberikan namun tiada sahutan dari penghuni didalam. Sekali lagi salam diberikan namun masih lagi sama.

Tombol pintu dipulas. Tidak berkunci. Tombol dilepaskan kembali.

"Aish nak masuk ke tak eyh? Karang kalau aku masuk nanti dia cakap aku ceroboh rumah dia pulak..tak masuk karang tak kan lah aku nak berdiri je kat sini " detik hati Syiffa.

SOULMATE MR.DUDA Where stories live. Discover now